Kenapa Perlu Takaful ?

PENGENALAN

  • Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.

  • Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.

  • Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.

  • Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.

  • Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.

  • Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.

  • Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah.

  • Sistem takaful menguntungkan.

PERLINDUNGAN

Surah Al-Maidah Ayat 2
“Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan”.

.

Hadith riwayat Bukhari
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”.

.

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu”.

.

Hadith riwayat Ibnu Majah
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia”.

.

Hadith riwayat Ahmad
“Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit”.

Antara alasan-alasannya kenapa tak mahu ambil takaful? Hanya sebagai renungan kita bersama  kerana diriku juga pernah beri alasan yang sama sehinggalah aku ceburi profesion ini.

1. AKU NAK TUNGGU DULU LAH!
-> TAK APE… TAPI NAK TUNGGU SAMPAI BILA??? JANGAN SAMPAI TUA SEBAB PREMIUM DAH TINGGI, JANGAN SAMPAI SAKIT, SEBAB DAH TAK ADA SYARIKAT INSURANS/TAKAFUL YANG NAK TANGGUNG… AMBILLAH SEMENTARA MASIH MUDA, SIHAT DAN KUAT BEKERJA. TAHUKAH ANDA, JUMLAH CARUMAN ADALAH MURAH KETIKA MASIH MUDA DAN SIHAT SERTA TIDAK AKAN MENINGKAT SEHINGGA USIA 80 TAHUN. :)
2. APA UNTUNGNYA AMBIL TAKAFUL/INSURANS NI??
-> BANYAK UNTUNGNYA… SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK PERLINDUNGAN MASA HADAPAN, MEMANG LA MASA HADAPAN KITE TAK BOLEH TAHU  TAPI MALANG TIDAK BERBAU DAN KITA BOLEH RANCANG DARI SEKARANG… CUBA ANDA KIRA BETAPA RUGINYA ANDA TAK ADA PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDAIKATA MASUK HOSPITAL BIL PULUH2 RIBU?? HABIS SIMPANAN BANK, NAK CARI MANE LAGI?? PINJAM MAK AYAH, SEDARA MARE, KAWAN2… DAN      YANG PALING TERUK SEKALI SAMPAI TERPAKSA HUTANG ALONG… ISH,ISH,ISH… ITU LAH SEBABNYA KENAPA TAKAFUL/INSURANS INI DAH JADI SATU KEPERLUAN UNTUK KITA… LAGIPUN DUIT CARUMAN TAKAFUL/INSURANS JADI SIMPANAN KITA JUGAK, TAK RUGI MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN KAN?? :) )
3. AKU DAH BUAT DAH SIMPANAN UNTUK ANAK2!!
-> ALHAMDULILLAH! BAGUS! BERTUAH ANAK2 ANDA.!! ANDAIKATA KITA KENA SAKIT JANTUNG@STROKE DAN SEBAGAINYA? AGAK2 SIAPA LAGI NAK MENYIMPAN UNTUK ANAK2 YER? DUIT HABIS BAYAR BIL PERUBATAN, NAK PAKAI DUIT MANA LAGI YE?? HARU!! DUIT DISIMPAN UNTUK ANAK TADI TERPAKSA DIGUNAKAN… ADUHH..! MAKIN RAMAI ANAK2 YANG TERPAKSA BERHENTI SEKOLAH DAN TAK DAPAT SAMBUNG BELAJAR DAN KENA PULA BUAT PINJAMAN. MAKA DARI SITU DATANGNYA KEUNTUNGAN CARUMAN TAKAFUL INI YANG DAPAT MENJAMIN SIMPANAN ANDA DI SAMPING MEMBIAYAI KOS PERUBATAN ANDA, ISTERI DAN ANAK2… :D
4. SORRY, SAYA TAK MINAT LA TAKAFUL2 NIE…!
-> KAT MANE YANG TAK MINAT TU? TAKAFUL/INSURANS NI BUKANLAH SESUATU YANG HARUS DIMINATI @ ADA, ADA LA; TAKDE, TAKDE LA.. IANYA MERUPAKAN SATU KEPERLUAN DI MASA KINI… ZAMAN DAHULU KALA MUNGKIN LA, TAPI TIDAK DI ZAMAN INI… KITA HARUS BERKEMBANG MAJU DAN MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN… TAPI, SAYA ADA 1 SOALAN… ANDA ADA INSURANS KERETA TAK? KALAU ADA, KENAPA AGAKNYE YE? RASANYE PENTING KE TAK INSURANS KERETA TU BILA BERLAKU KEMALANGAN??? BUKAN SAME KE KAEDAHNYE??? :D .;D
5. COMPANY SAYA DAH TANGGUNG DAN COVER SEMUA RAWATAN DAN PERUBATAN, NAK BUAT APA TAKAFUL LAGI??
-> SAMPAI BILA AGAKNYA ANDA AKAN DICOVER?? SAMPAI PENCEN? JUST NAK INFO, ANDAI KATA SEORANG PEKERJA DISERANG KANSER, WELL, TENTULAH DAH TAK DAPAT PERFORM KERJA DGN BAGUS KAN? SEBAB KENE PERGI BUAT RAWATAN LA, KENE REHAT LA, KENE AMBIL MC LA, CUTI DAN SEBAGAINYA… SO, KALAU ANDA JADI BOSS, APE YANG ANDA BUAT DENGAN PEKERJA INI? TAKKAN COMPANY TANGGUNG SEUMUR HIDUP.. ?? BUDAK SEKOLAH PUN TAU JAWAPAN NI… KALAU DAH KENA BERHENTI, RASA2NYE SENANG KE NAK CARI KERJA LAIN? AT LEAST KALAU ADE SIMPANAN TAKAFUL DAN PAMPASAN SERTA ELAUN2 YANG ADA, ANDA BOLEH MULAKAN KERJAYA BARU DENGAN MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN SEBAGAINYA UNTUK MENAMPUNG HIDUP DAN MENERUSKAN KEHIDUPAN… MACAMANA??? BETUL TAK??

Terfikir jugak kadang-kadang kenapa saya perlu mempunyai Pelan Takaful yang berasaskan pelaburan beserta kad perubatan sekarang walaupun saya tidak menggunakannya buat masa sekarang.

https://i1.wp.com/lh5.ggpht.com/-HTyClFOAWEs/ShyxuhCaspI/AAAAAAAAAJM/SyoVcIHhQfc/j0289344.jpg

Walaubagaimanapun, bila difikirkan balik berasaskan kepada fakta-fakta masa hadapan, saya rasa bersyukur kerana dapat memilikinya sekarang :

1 – Jika kita ditakdirkan panjang umur, kita akan menjadi tua juga pada satu hari nanti. Kita mempunyai simpanan dan tidak perlu membebankan anak-anak dengan menyediakannya terlebih dahulu dengar kadar sumbangan bulanan yang cukup minima.

2 – Dengan umur yang meningkat, kos penjagaan kesihatan atau perubatan akan semakin bertambah. Tambahan lagi, pelbagai penyakit atau wabak seperti H1N1 yang boleh melanda pada bila-bila masa dan paling tidak ianya memerlukan kaedah rawatan yang terkini. Untuk rawatan yang terkinibermakna kosnya juga adalah tinggi.

3 – Kadar inflasi akan menyebabkan kos perubatan semakin meningkat pada masa akan datang. Sebagai contoh, mahu tak mahu, harga secawan kopi sekarang tidak lagi boleh diperolehi dengan harga 50 sen. Apakah yang akan berlau dalam tempoh 20 tahun akan datang? Begitu juga yang berlaku dengan kos rawatan hospital.

4 – Kita pasti pada masa hadapan hanya mereka yang tua dan berpenyakit akan terbela dan mampu dirawati oleh mereka yang sihat, bekerja dan membuat persediaan pelan Takaful bermula pada tika dan saat ini.

5 – Pelan perlindungan yang diberikan adalah sehingga berumur 80 tahun di mana keperluan takaful adalah sangat diperlukan pada ketika itu nanti.

6 – Manfaat perlindungan yang diberikan oleh majikan adalah cukup terhad dan diberikan hanya ketika anda berkhidmat dengan majikan sahaja.

7 – Setiap sumbangan yang dibuat ke atas pelan Takaful diberi pelepasan cukai oleh kerajaan. Secara tidak langsung  kepentingan diri dan keluarga diberikan perhatian terlebih dahulu.
8 – Penyakit yang bakal menghidapi diri sendiri atau keluarga tidak akan menunggu sehingga kita atau keluarga terlebih dahulu mendapatkan persediaan kos rawatan perubatan.

9 – Dengan sumbangan bulanan secara minima RM150 saya telah mendapat jaminan kewangan untuk kos perubatan tersedia bermula dengan nilai RM500,000. Pengiraan secara kasarnya adalah seperti berikut :
– Untuk menyimpan RM500,000 dengan sumbangan bulanan RM100, bermakna saya perlu membayar untuk tempoh selama 5000 bulan atau 416 tahun!!!

10 – Saya menyertai pelan Takafulink adalah kerana ianya adalah Takaful berkaitan pelaburan yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Sumbangan ini akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah. Secara tidak langsung, ini membolehkan anda menerima pulangan yang lebih baik sekiranya anda bercadang untuk mempunyai matlamat simpanan jangka panjang.

11 – Saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma sekiranya saya tidak menggunakannya pada hari ini saya halalkan sumbangan ini untuk digunakan kepada peserta Takaful yang memerlukan. Inilah salah satu yang dapat saya lakukan untuk membantu saudara saya yang lain. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dan dimurahkan lagi rezeki.

Secara ringkasnya

Ada 11 sebab mengapa anda perlu memiliki takaful :

1. Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
3.Menyediakan dana persaraan.
4.Menyediakan dana pendidikan anak-anak.

5. Menyediakan dana bila sakit dan berpenyakit kritikal.

6. Mengelakkan dari berhutang.
7. Melindungi aset.
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melindungi perniagaan.
10.Melakukan amal jariah.
11.Mengurangkan cukai pendapatan

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Great Eastern menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda dan anda boleh pergi dengan aman (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang anda bayar kepada Takaful Great Eastern tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.
Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…
Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.
quotation (1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s