8 Sebab Kenapa Anda Tak Perlukan Takaful

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Teringat salah seorang client saya bertanya…Perlu ke ambil produk takaful ni? Especially medical card, pampasan lumpuh, kemalangan dan sebagainya? Jawapan saya senang je…Tak perlu pun kalau anda ada 8 sebab ni :
1) Anda seorang kaya-raya dan income sebulan anda mencecah RM 50,000 serta simpanan anda mencecah RM 1,000,000
 -Orang banyak duit boleh pilih je nak dapatkan treatment daripada mana? dalam negeri, overseas…petik jari je semua boleh pergi…Betul tak?
-Imagine pula kalau accident, malang pula tak berbau….terus lumpuh, dah tak boleh kerja…Tapi, disebabkan dalam akaun ada RM 1 juta….katakan mereka boleh hidup lagi 20 tahun…Jom buat calculation sikit…
RM 1,000,000
20 tahun
=
RM 50,000 setahun
RM 50,000
 12 bulan
=
RM 4,166.70 sebulan
RM 4,166.70
 30 hari
=
RM 138.90 sehari
Rasa-rasanya RM 4,166.70 sebulan cukup tak untuk perbelanjaan makan, minum tanpa langsung boleh bekerja? Mungkin cukuplah untuk mereka guna duit ni untuk kelangsungan hidup..
2) Anda sudah mempunyai penyakit-penyakit kritikal serta lumpuh
-Terus-terang saya cakap, keadaan orang yang mengambil takaful pada satu-satu masa mestilah orang yang masih sihat, yang masih mampu menggunakan anggota badan untuk bergerak ke sana-sini dan akan di’cover’ segala musibah seperti penyakit, accident dan lumpuh yang menimpanya selepas mereka mengambil takaful…
-So, sekiranya anda masih sihat, masih belum terlambat untuk mengambil protection untuk diri anda sendiri…tapi, kalau anda nak tangguhkan niat anda pun boleh…tapi pastikan anda terus sihat, jangan accident dan jangan terjadi apa-apa musibah kepada anda dalam tempoh anda masih hidup ni…
3) Anda sentiasa ceria, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan anda, tidak merokok, tak makan daging, vegetarian, makan makanan organik, tiap-tiap hari check tekanan darah dan kolestrol dan sebagainya
-Disebabkan anda terlalu concern dengan kesihatan anda, pasti anda dijamin sihat dan takkan sakit dan takkan sesekali berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Mungkin hayat anda pun boleh extend sehingga 100 tahun!!
 
4) Anda seorang yang betul-betul penyabar dan suka untuk menungguberjam-jam lamanya
– Sebagai contoh, anda sakit gigi dan pergi ke klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan.. Sebab tak payah keluar duit kan.. First step, Anda pun daftar dan ambil nombor…Second step, anda kena dapatkan rawatan..Tapi, dah 3 jam menunggu, anda tengok nombor giliran anda tak dipanggil, tapi nombor giliran selepas anda dah 2, 3 berlalu…
-Anda sabar dan anda tunggu lagi..4 jam menunggu, akhirnya nombor anda dipanggil… Tiba-tiba dapat pula doktor houseman (dr praktikal), baru 5 hari bertugas kat situ..gusi anda lupa untuk dibius..Anda sabar menahan sakit gigi dicabut…
-Situasi yang sama berlaku apabila anda nak ambil ubat..Disebabkan terlalu ramai pesakit yang nak ambil ubat juga, jadi anda sabar menunggu nombor giliran anda dipanggil untuk mengambil ubat..
-Ucapan saya…tahniah, kerana anda orang yang paling sabar di dunia ni….!!
5) Anda seorang pemandu terlatih yang boleh elak sebarang accident daripada berlaku terhadap diri anda dan keluarga
– Anda pemandu seperti Michael Schumacher…hebat, drift macam mana pun memang takkan melanggar dan dilanggar oleh orang lain.. Paling penting anda memang bijak meramal apa yang bakal berlaku pada jalan di hadapan dan belakang anda..Comfirm tak accident
 
6) Anda makan makanan tambahan yang Custom Made punya
– Bayangkan makanan tambahan yang anda kata hebat dan anda boleh mematikan segala penyakit yang baru nak bertapak dalam badan, yang boleh menumbuhkan semula tangan atau kaki yang telah hilang akibat dari accident, kena kisar dengan mesin, yang boleh membuatkan anda jadi muda semula selepas tua…memang hebatlah…
 
7) Anda kebal macam Incredible Hulk

-Buatlah apa-apa kat anda sekalipun, besi jatuh atas badan, peluru sesat menujah anggota badan anda, Kereta terbabas sehingga menghempap diri anda macam yang telah berlaku semasa aktiviti drag kereta di Putrajaya pada Perhimpunan Sejuta Belia, takkan sikit pun memudaratkan diri anda..Malah anda tetap normal dan boleh teruskan kehidupan seperti biasa.

8) Company anda terlalu sayangkan anda sehingga selepas anda pencen pun masih mahu menaggung bil perubatan anda

-Saya tabik lah kalau ada company yang betul-betul concern tentang pekerjanya sehinggakan masih mahu menaggung bil perubatan tak kiralah dengan menggunakan insurans yang disediakan oleh company, mahupun company tersebut yang mengeluarkan 100% dana untuk membiayai bil perubatan anda sekalipun anda telah pencen dan meninggalkan company anda 5 tahun lamanya.. Saya akan sarankan orang ramai untuk bekerja di tempat anda bekerja supaya mereka juga tak perlu mengambil takaful.

Inilah antara sketsa kenapa anda jangan ambil produk takaful.. Produk takaful hanya untuk mereka yang sentiasa sedar tentang erti kehidupan, tentang langit yang tak selalunya cerah, tentang hidup yang bagaikan roda, yang tak selamanya berada di atas…Janganlah selalu berfikir tentang masa depan yang sentiasa cerah, kadang-kadang tetap perlu menyelitkan sekiranya hidup tak seindah seperti yang diharapkan sebagai peringatan serta persediaan untuk diri kita juga..

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Great Eastern menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda dan anda boleh pergi dengan aman (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang anda bayar kepada Takaful Great Eastern tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.
Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…
Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.
quotation (1)
Credit 2:- http://wangdantakaful.blogspot.com/2012/06/7-sebab-penting-kenapa-anda-jangan.html
By hazlyagensi