i-Great Iqra

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Previous entry saya, saya ada cerita sikit macam mana nak buat simpanan pendidikan anak-anak….

Mengapa kita mesti merangka penyimpanan pendidikan untuk anak-anak tersayang?
1) Salah satu cara untuk mendidik anak-anak supaya tidak mengenal hutang sejak dari awal lagi
2) Cara yang terbaik untuk mengajar anak bagaimana kaedah menyimpan wang dengan betul
3) Supaya anak-anak nampak apa yang akan dirancang terhadap dirinya dalam tempoh 10-20 tahun yang akan datang iaitu mengaji ke peringakat universiti. Secara tak langsung, sama ada sedar @ tidak, kita sebagai ibu-bapa telahpun menyuntik semangat anak untuk terus belajar dan cemerlang sebab dia tahu, masa hadapan dia telah terjamin.
Apa yang ibu bapa harus lakukan? 

Seandainya anak anda sudah mula memahami nilai wang, sudah mula memahami masa depan, tunjukkan kepada mereka buku simpanan wang pendidikan….Jelaskan kepada mereka, kenapa buku tersebut diwujudkan…..Teringat waktu saya kecil dahulu, cita-cita ingin menjadi seorang doktor…dan katakanlah kepada anak anda, sekiranya ingin menjadi seorang doktor, inilah wang yang dikumpulkan mulai sekarang untuk belajar di universiti nanti demi menjadi seorang doktor yang berjaya….

Apakah wasilah @ cara yang terbaik untuk menyimpan? Adakah melalui ASB, simpanan tetap, SSPN atau macam-macam produk lain di pasaran?
Jawapan saya sangat mudah….untuk dapatkan hasil yang terbaik, pilihlah produk yang terbaik……So, saya nak perkenalkan salah satu produk yang terbaik dari Great Eastern Takaful iaitu….
Kenapa i-Great Iqra’ lain daripada produk yang sedia ada berada di pasaran?
Untuk pengetahuan anda, i-Great Iqra’ diwujudkan atas dasar keperluan semasa oleh ramai ibu-bapa yang mula memikirkan masa depan anak-anak. Majoriti daripada ibu-bapa sudah mula memikirkan alternatif lain selain daripada pinjaman kewangan serta penyimpanan wang di dalam akaun tetap untuk pendidikan anak di peringkat universiti mahupun kolej nanti…
Berapakah budget simpanan anda untuk pendidikan anak?
Kita anggarkan simpanan minimum yang anda rancang ialah RM 100 untuk sebulan selama 240 bulan bermula dari umur anak anda 30 hari pada 1 April 2012.
Seandainya anda ingin mengeluarkan wang pendidikan seawal umur 18 tahun, anda akan mendapat jumlah tunai sebanyak RM 29,137.00…Satu jumlah yang banyak kan? Hanya dalam tempoh 17 tahun daripada umur anak anda 30 hari tadi, anda berjaya mengumpulkan extra RM 7,537 daripada amaun yang sebenarnya kalau kita simpan sendiri iaitu RM 21,600.
Ingin diingatkan disini bahawa umur minimum yang membolehkan anda membuat caruman untuk anak anda ialah seawal 30 hari dan umur maksimum ialah 17 tahun. Jadi, usah tunggu lama-lama. Buat planning daripada awal, daripada baby masih di dalam rahim lagi. Masa depan anak-anak ditentukan oleh planning ibu bapa sejak dari sekarang.
Apa yang membezakan simpanan wang pendidikan dalam i-Great Iqra’ dengan akaun simpanan tetap di bank mahupun ASB?
Kami menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada anak-anak anda yang berjaya dalam peperiksaan utama di Malaysia dengan setiap daripadanya mempunyai minima kepujian. Sebagai contoh, sekiranya UPSR, keperluan minima yang diperlukan untuk mendapat reward ialah 3A dengan setiap satu A dihadiahkan dengan RM 50.00. Jadi, semuanya berjumlah RM 150.00. Inilah yang membezakan produk takaful yang ditawarkan oleh kami dengan agensi kewangan lain mahupun bank iaitu Excellent Achiever Award.
Adakah anda menginginkan manfaat tambahan selain daripada simpanan pendidikan?
Jawapan saya adalah…Tiada Masalah…plan i-Great Iqra’ turut menawarkan manfaat tambahan yang diperlukan..antaranya ialah :-
1) Manfaat 36 Penyakit Kritikal
2) Manfaat 20 Penyakit Peringkat Awal
3) Caruman Percuma Sekiranya Pencarum Meninggal Dunia/ TPD/ Penyakit Kritikal 
6 Sebab Mengapa Anda Tidak Perlu Berfikir Terlalu Lama untuk Mengambil Plan Takaful i-Great Iqra’….
1) Anda bebas untuk memilih tempoh caruman anda, dengan tempoh minimum 8 tahun
2) Anda bebas megubah jumlah caruman anda sama ada untuk mengurangkan mahupun menambah jumlah caruman
3) Anda bebas mengubah jumlah perlindungan
4) Anda bebas mengeluarkan wang apabila anda memerlukannya
5) Anda bebas menambah pelaburan anda dengan membuat penambahan caruman tunggal
6) Anda bebas membuat sedekah jariah dengan membuat caruman untuk anak-anak yatim serta anak mereka yang tidak berkemampuan. Bukankah ini yang lebih penting untuk dibawa menghadap Ilahi nanti? Gembirakanlah hati mereka yang tidak beribu dan berbapa, nescaya mereka akan mendoakan kebaikan kita di dunia dan akhirat.
Bagaimana kebebasan tersebut boleh anda lakukan?
Anda hanya perlu hubungi saya sebagai servis agen anda dan saya pastinya akan sentiasa membantu =)
Setakat ini yang saya boleh berkongsi dengan anda…Sebarang pertanyaan atau bantahan anda boleh kemukakan kepada saya melalui telefon mahupun email mahupun fb….Saya sedia membantu apabila diperlukan…dunia kan hanya dihujung jari sahaja…….
Credit 2: http://wangdantakaful.blogspot.com/2012/04/berbaloi-ke-simpanan-pendidikan-dengan.html

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Great Eastern menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda dan anda boleh pergi dengan aman (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang anda bayar kepada Takaful Great Eastern tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.
Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…
Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.
quotation (1)
By hazlyagensi