Soalan kuiz saya pada kali ini.. Senaraikan syarikat takaful mana yang sudi memberi manfaat tuntutan bagi penyakit kritikal di peringkat awal? Jawapan saya ialah TIADA..Sebabnya, hanya Great Eastern Takaful satu-satunya yang menawarkan manfaat bagi tuntutan penyakit peringkat awal. Kenapa mesti penyakit peringkat awal?
Saya bagi contoh. Andai kata hari ini kita di ‘diagnose’ sakit buah pinggang, yang mana sebelah buah pinggang kita telah rosak dan perlu dibuang. Tidak dinafikan, memang semua takaful mahupun insurans menawarkan manfaat bagi penyakit kritikal, akan tetapi..apa yang bagusnya ialah, Great Eastern Takaful lebih memahami keperluan pelanggannya dengan memberi pampasan atau sejumlah wang apabila sebelah buah pinggang kita terpaksa dibuang TANPA menunggu sebelah buah pinggang lagi rosak atau dengan kata lain, Great Eastern Takaful akan memberi pampasan apabila kita di’diagnose’ dengan penyakit kritikal dari peringkat awal lagi tanpa perlu menunggu penyakit kita berada di peringkat akhir serta tidak boleh diubati lagi.. Pernahkah anda terbaca arikel yang saya paparkan di bawah?
Bayangkan, wanita ni dah ada 3 polisi, tapi satu polisi pun tak cover penyakit kanser peringkat awal beliau.. Sekiranya anda juga turut concern mengenai pampasan penyakit kritikal untuk meringankan biaya perubatan anda, carilah takaful yang boleh bagi coverage sedari peringkat awal lagi.
Tahukah anda bahawasanya Great Eastern Takaful menawarkan perlindungan sehingga 80 tahun tanpa perlu menambah nilai caruman? Antara manfaat yang ramai pelanggan tak nampak atau mungkin tidak diberitahu oleh agen. Saya suka highlight tentang umur perlindungan ini kerana ada sesetengah takaful yang hanya menawarkan perlindungan sehingga 60 atau 70 tahun sahaja. dan sekiranya ingin extend sehingga umur 80 tahun, maka nilai caruman perlu ditambah. Tetapi tidak di Great Eastern Takaful…Kesemua pemegang medical card Great Eastern Takaful secara automatik mendapat perlindungan sehingga 80 tahun tanpa perlu menambah langsung nilai caruman.
Kos pemindahan organ (bukan kos organ) oleh sebab sakit yang ditanggung dan bukannya untuk pendermaan organ kepada orang lain turut ditanggung tertakluk kepada had tahunan. Untuk rawatan kanser serta dialisis buah pinggang bagi pesakit luar (outpatient) juga turut ditanggung oleh medical card Great Eastern Takaful
yang turut tertakluk kepada had tahunan.
Sekiranya kita tidak membuat apa-apa claim, atau tidak masuk wad dalam tempoh 3 tahun, secara automatik had tahunan medical card kita akan bertambah sebanyak 10% daripada nilai asal tanpa perlu menambah nilai caruman! Sebagai contoh, sekiranya kita mengambil medical card yang berharga Rm 100, had tahunan ialah Rm 60,000.. dalam 3 tahun, tiada claim dibuat, medical card langsung tidak digunakan, secara automatik had tahunan naik sebanyak Rm 6,000 menjadikan had tahunan bernilai Rm 66,000…dan begitulah untuk 3 tahun yang seterusnya dan seterusnya lagi
Cuba bayangkan sekiranya had tahunan medical card kita naik sehingga 10 kali (iaitu 100%) sekiranya kita memang langsung tak membuat apa-apa claim dalam tempoh 30 tahun, bukankah had tahunan akan naik sehingga 120,000… Lebih daripada cukup sebagai persediaan sakit di hari tua nanti..
Kos tabarru’ merupakan kos sebenar yang perlu dibayar oleh peserta takaful untuk melindungi diri untuk tujuan perubatan. Untuk pengetahuan anda, kos tabarru’ yang dikenakan oleh Great Eastern takaful adalah antara yang terendah jika hendak di bandingkan dengan syarikat takaful yang lain.. Anda boleh kaji dan bertanya kepada agen takaful anda sendiri.
Sebagai contoh, mengikut ilustrasi di bawah, sekiranya pemegang polisi adalah seorang wanita yang berumur 30 tahun, membayar premium medical card yang berharga Rm 100, jumlah kos tabarru’ yang perlu dibayar ialah Rm 358.00 setahun, bersamaan dengan Rm 29.83 sebulan sahaja. Satu amaun yang lebih rendah daripada syarikat takaful yang lain.
Antara kelebihan yang ramai orang tak sedar ialah, Great Eastern Takaful memberi kelebihan kepada pemegang medical card iaitu tempoh 60 hari sebelum kemasukan wad bagi membuat ujian diagnosis serta rundingan pakar serta tempoh 90 hari rawatan selepas keluar dari hospital. Tempoh masa yang diberikan agak banyak berbanding dengan syarikat takaful lain yang hanya memberi tempoh 30 hari rawatan sebelum kemasukan wad dan ada juga syarikat takaful yang memberi manfaat rawatan dalam tempoh 30 hari selepas keluar dari wad.
Antara kelebihan yang tiada di dalam medical card daripada syarikat takaful yang lain. Setiap pemegang medical card Great Eastern Takaful akan mendapat sticker untuk dilekatkan di cermin kereta yang mana seandainya kereta kita rosak, kita akan mendapat towing kereta secara percuma yang berjarak 60km dari tempat kejadian ke bengkel yang terdekat.
*****Kesimpulannya, kalau nak cerita pasal tarikan atau kelebihan yang Great Eastern bagi untuk pemegang polisinya, teramatlah banyak…2 pages pun belum tentu cukup..hehe.. Terpulang pada kita untuk menilai medical card mana yang bagus untuk diguna pakai sehingga ke akhir hayat. Cuma, pesan saya…fahami apa yang anda ingin ambil dan seelok-eloknya buatlah research serta perbandingan sebelum membuat keputusan.
Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.
Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.