Sedekah Sebagai Pengurusan Kewangan Terbaik

Menerusi kaedah dan kemahiran pengurusan kewangan yang baik serta disiplin diri yang tinggi, ibadah sedekah yang dianjurkan dalam Islam pasti tidak akan diabaikan oleh semua penganutnya. Bukankah ini bagus? Walau teruk macam mana sekalipun keadaan ekonomi, hilang pekerjaan dan berlakunya inflasi sekalipun, kita tetap ada keupayaan untuk sentiasa memberi kepada mereka yang lebih memerlukan.

Si miskin tak perlu sampai kena hidup meminta-minta, manakala si berada tidak perlu menunggu diminta baru nak memberi.

Sedekah ini adalah satu ibadah yang menjadikan si pemberi menjadi bertambah kaya. Tak pernah dengar pun lagi bila kita bagi sedekah kat orang, kita jadi makin miskin.

Jika dilihat dalam al-quran pada surah al-Baqarah ayat yang ke 261, terdapat sepotong ayat yang memotivasikan kita untuk beri sedekah banyak-banyak.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.  al-Baqarah ayat 261

Inilah salah satu sebab kenapa kita tak akan jadi semakin miskin disebabkan banyak bersedekah dan membelanjakan harta kita di jalan Allah. Sebabnya Allah akan pelihara kita, dan setiap perbelanjaan kita, akan digandakan sebanyak 700 kali manfaatnya. Mungkin kita tak nampak dalam bentuk wang ringgit, tapi yakinlah pulangannya memang akan kembali kepada kita.

Tak perlu nak tunggu pada hari akhirat pun, dalam dunia ni jugak kita akan dapat semula balasan baik daripada ibadah sedekah tersebut. Contoh yang tidak melibatkan monetari adalah ketenangan jiwa, masa lapang, anak-anak yang soleh dan soleha, pasangan yang baik, kesihatan yang bagus dan lain-lain lagi. Semua ini tak dapat dibeli kalau kita hanya bergantung harap dengan wang ringgit semata-mata.

Dalam catatan pada kali ini, saya ingin merungkaikan topik sentiasa ada kemampuan untuk memberi. Persoalan utama adalah, kita nak beri apa? Macam mana kita nak memberi kalau pada masa kini kita tak ada kemampuan dari segi kewangan? Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak kais, tak makan la gamaknya.

Ha… yang ni la kita silap. Kita dah buat silap yang besar kalau kita menyempitkan definisi memberi itu cuma dalam ruang lingkup kewangan semata-mata.

Apalah agaknya dah jadi dengan dunia kita sekarang ni, segalanya nak dikaitkan dengan duit. Kalau tak ada duit macam apa pun tak boleh nak buat. Ok, macam mana nak bersedekah tanpa duit? Anyone boleh teka? Tak pe, teka dalam hati je, kalau salah pun tak pe, bukan ada orang dengar pun.

Bentuk-bentuk Sedekah

kelebihan-memberi-sedekah1

Credit pic to : ctrustnetwork.com

1. Wang Ringgit

Saya letakkan wang ringgit sebagai high priority sebab kita tak boleh nak lari dari hakikat yang mana memang kita semua sangat memerlukan wang ringgit untuk meneruskan kelangsungan hidup kita atas muka bumi ni.

Kadang-kadang kita tengok jiran kita ni, hidup susah. Rumah buruk dan rosak sana sini, makan pun tak menentu, kejap makan kejap tak makan, hutang dengan orang tak mampu nak bayar, dan dari segi pakaian pulak koyak sana sini. Nasib baiklah dia masih lagi ada inisiatif nak tampal mana-mana bahagian yang berlubang.

Dalam kondisi dia macam ni, pemberian dalam bentuk apa yang paling bermanfaat untuk dirinya? Tenaga untuk kita bantu repair rumah dia? Makanan? Wang ringgit? Atau baju baru?

Kalau tanya pada saya, saya sendiri pun tak tau mana satu yang paling diperlukan. Memanglah semua yang kita senaraikan untuk kita bagi tu diperlukan dan penting untuk dia, tapi kita tak tau mana satu yang jadi prioriti untuk dia. Kita nak bagi semua sekali pun kita ni bukannya mampu sangat.

Bagi memudahkan kita yang nak memberi, dan memudahkan diri dia yang nak menerima, ha… kita bagi je la duit. Pandai lah dia nak guna duit tu untuk apa. Duit lagi mudah untuk ditukar dengan barang, atau nak diurus untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Sedekah Tanpa Wang

Sedekah dengan duit, itu biasa. Kita pun biasa buat.

Satu hari kita tengah makan kat warung, tiba-tiba datang peminta sedekah. Secara automatik kita seluk poket dan hulurkan duit kat orang tu. Tak pernah lagi saya nampak orang seluk poket, dan bagi selain daripada duit kat peminta sedekah tu. Contohnya bagi kunci kereta ke, bagi handphone atau bagi kunci rumah.

Macam mana nak sedekah tanpa melibatkan wang

1. Harta

Boleh tak ada masalah. Kalau kita tak ada wang, kita boleh sedekahkan harta kita.

Harta yang baik dan beri manfaat, yang kita dah tak gunakan lagi tak ada salahnya untuk kita sedekahkan kepada mereka-mereka yang lebih memerlukan.

Antara harta milik kita yang boleh kita sedekahkan
1. Barangan terpakai seperti barangan elektrik,
2. Buku-buku, majalah dan lain-lain bacaan ilmiah.
3. Pakaian
4. Makanan
5. Ubat-ubatan yang masih elok
6. Dan lain-lain

Pendek kata, selagi mana harta itu pada asalnya milik kita, masih lagi berada dalam keadaan baik, boleh dimanfaatkan oleh orang lain, itu kita boleh sedekahkan kepada orang lain untuk dimanfaatkan.

See? Mana ada libatkan wang ringgit.

2. Tenaga

Of Course, tenaga kita pun ada nilainya.

Ramai dekat luar sana yang memerlukan sumbangan tenaga dari kita. Kita je yang tak perasan, tak sedar dan buat-buat tak tahu.

Tenaga kita amatlah diperlukan untuk kerja-kerja seperti repairing, maintenance, pembersihan, keselamatan dan banyak lagi.

Sedang kita jalan-jalan, tiba-tiba kita ternampak jiran kita tengah sibuk kemas barang nak pindah rumah. Yang ni kalau kita volunteer nak tolong mesti jiran kita malu-malu kucing nak terima offer kita. Niatkan untuk bersedekah, nak beribadah insya allah ada barakah.

3. Sedekahkan Masa

Masa itu kan diibaratkan sebagai emas. Ia berguna buat kita dan dah tentu ia juga ada banyak kegunaan untuk orang lain juga.

Macam mana kita nak sedekahkan masa kita.

Well, ada macam-macam cara.

Kita peruntukkan masa kita untuk terlibat dengan kerja-kerja amal. Join aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Ataupun, kita boleh spend masa kita untuk jadi pendengar yang setia. Secara spesifik kita jadi pendengar kepada masalah orang.

Kita rasa macam kita ada banyak masalah dan tak tau nak cerita kat sape… sebenarnya orang kat sekeliling kita pun ada masalah yang sama. Mereka ni pun ada banyak masalah tapi tak tau nak story kat sape.

Jadi inilah kesempatannya untuk anda memberi telinga anda untuk jadi pendengar yang setia dan penyimpan rahsia yang pandai memelihara kerahsiaannya.

4. Menulis & Menghasilkan Penulisan Ilmiah

Sebagai penulis, kita berikan segalanya yang kita tahu. Kita beri informasi, kita beri solusi kepada setiap masalah dan cabaran yang dihadapi oleh orang lain.

Mana kita tahu sama ada penulisan kita yang tak seberapa tu rupa-rupanya dah beri manfaat yang sangat besar kepada orang lain. Sebagai contoh, kita duduk di Selangor, tetapi penulisan kita mampu menyelesaikan masalah orang yang berada di Sabah, misalnya.

Dah tentu mereka akan berterima kasih kepada kita sebabnya kita dah bantu dia dalam menyelesaikan isu dan masalah yang ada pada dia, dan pada masa yang sama kita dah bantu jimatkan kos dan masa orang tu untuk dapatkan jawapan.

Ilmu yang kita ada jika kita ajarkan kepada orang lain, insya Allah akan semakin bertambah ilmu-ilmu kita yang dah sedia ada.

5. Beri Salam

Ucapan salam itu sebenarnya adalah suatu doa bagi mengharapkan kesejahteraan orang yang kita beri salam.

Sebab itu kita kena ucapkan salam dengan lafaz yang paling sempurna sebabnya disebalik salam itu ada doa yang kita panjatkan kepada yang maha Esa.

6. Senyum

Ha.. yang ni siapa tak tau?

Beri senyuman tu kan salah satu daripada sedekah.

Kalau dah tak mampu sangat nak beri apa-apa, bagi senyum je pun jadi lah.

senyuman-manis

credit pic to : shine.yahoo.com

At least senyum itu mampu untuk mendamaikan hati yang resah.

Wallahua’lam

Credit 2:- http://www.sabreehussin.com/motivasi/sentiasa-ada-kemampuan-untuk-memberi/

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Hazly Agensi menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda dan anda boleh pergi dengan aman (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang anda bayar kepada kami sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.
Bertindaklah sekarang, miliki polisi perlindungan anda sebelum terlambat…
Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.
quotation (1)
By hazlyagensi