Pampasan Insurans Konventional

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita tentang ayah kawan saya

sendiri. Saya bukannya ingin membuka aib orang tetapi saya
ingin berkongsi pengajaran yang telah mereka lalui.

Ayah kawan saya baru sahaja meninggal dunia pada beberapa bulan yang
lepas. Dia meninggal akibat pendarahan didalam otaknya secara
tiba-tiba. Ini bermakna sehari dua sebelum dia meninggal, dia
kelihatan amat sihat sekali.

Ayah kawan saya telah mengambil pakej Medical Card dari sebuah
syarikat Insurance sejak 15 tahun yang lepas. Ketika itu, tiada
lagi syarikat Takaful yang menawarkan pelan Medical Card kepada
orang ramai.

Walaupun kawan saya sudah menjadi ejen Takaful sejak tahun 2011 lagi,
amat susah untuk kawan saya meyakinkan ayahnya untuk menukar kepada pelan
Takaful kerana beliau telah mencarum sekian lama dengan syarikat
Insurance itu.

Memang dia akui, oleh kerana pada masa dahulu tiada syarikat Takaful yang menawarkan pelan Medical Card, tidak salah untuk ayahnya mengambil pelan Insurance.

Tetapi apabila ada syarikat Takaful yang menawarkan pelan Medical
Card. Sebaiknya, kita perlu bertukar kepada produk dari Takaful.

Berbalik kepada kes ayah kawan saya yang baru meninggal itu. Setelah dia
meninggal, syarikat Insurance tadi telah mengeluarkan pampasan
sebanyak RM 90,000 kepada keluarga mereka.

Yang menjadi masalahnya ialah, mereka mempunyai masalah untuk
menggunakan duit tersebut kerana mereka ragui sumber kewangan
tersebut dan adalah bermasalah untuk mereka faraidkan duit itu
dikalangan mereka.

Mengikut seorang ustaz yang sememangnya arif tentang permasalahan
ini, mereka hanya boleh menyalurkan duit tersebut kepada mana-mana
pihak yang hanya benar-benar memerlukan wang tersebut seperti untuk
mangsa kebakaran, mangsa kemalangan dsb.

Wang Pampasan Insurans Haram Dipusakai

Mari kita lihat keputusan Jawatankuasa Fatwa dibawah untuk merungkai permasalahan ini.

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

E-fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagaigolongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Jika ayahnya  mengambil pelan Takaful, maka duit itu bolehlah digunakan
oleh ibunya untuk menyara kehidupan mereka. Namun ia sudah terlewat.
Sememangnya mereka tidak dapat menggunakan wang tersebut untuk
keluarga mereka. Ianya hanya boleh disedekahkannya sahaja.

Namun, mereka sedar dan redha dengan ketentuan Allah ini dan berjaya
menyalurkan derma ini kepada pihak-pihak yang memerlukan. Dia
berharap agar derma ini dapat sampai kepada ayahnya sebagai
sedekah jariah diatas nama ayahnya.

Oleh itu, saya berharap agar anda mendapat “point” yang saya ingin
kongsikan kepada anda ini. Adalah penting untuk kita memilih
pelaburan @ perlindungan yang diredai oleh Allah sahaja supaya
keluarga kita mendapat manafaat dari caruman kita itu.

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Great Eastern menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda dan anda boleh pergi dengan aman (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang anda bayar kepada Takaful Great Eastern tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.
Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…
Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.
quotation (1)
By hazlyagensi