Terimalah Hakikat Anda Akan Diuji oleh Allah S.W.T

bismillah

Assalamualaikum

Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Ketahuilah wahai saudaraku – semoga Allah merahmati kita semua- telah menjadi ketetapan dari Allah Azza wa Jalla bahawa setiap manusia pasti pernah mengalami sakit dan musibah selama hidupnya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman  lagi :

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(QS. Al-Hadid : 22).

“Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah” (QS. At-Taghaabun : 11).

Ini adalah hikmah terpenting sebab diturunkannya sakit dan musibah. Dan hikmah ini sayangnya tidak banyak diketahui oleh saudara-saudara kita yang tertimpa musibah. Acapkali kita mendengar manusia ketika ditimpa sakit dan musibah malah mencaci maki, berkeluh kesah, bahkan yang lebih parah meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir Allah. Nauzubillah, kita berlindung kepada Allah dari perbuatan sebegini. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, maka -insya Allah- sakit dan musibah terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’ala.b0060

Antara hikmah dibalik sakit dan musibah diterangkan Rasulullah SAW, dimana beliau bersabda:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”.(HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, disahihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”.(HR. Al-Hakim I/348, disahihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

Walaupun demikian, apabila seorang mukmin ditimpa suatu penyakit tidaklah biar tanpa usaha  (ikhtiar) untuk berubat. Rasulullah SAW bersabda : “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan Ubatnya”. (HR. Bukhari no. 5678).

Perlu diketahui bahawa sesungguhnya Allah swt menyediakan ubat bagi setiap sakit yang datang. Dan haram bagi kita untuk berubat dengan cara yang salah, menggunakan bahan yang haram tanpa benar-benar mudarat, perubatan yang mensyirikkan Allah dan seumpamanya.

“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”. (HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash- Shohihahno. 1633).

Kita sudah tahu kita akan diuji maka perlulah kita berikhtiar dan berusaha sedaya yang mungkin dengan “menyediakan payung sebelum hujan” .

4 (2)

Bagaimana?????

Sebelum itu…terlebih dahulu kita mesti menerima hakikat bahawa satu hari nanti kita akan sakit, ditimpa musibah dan malapetaka.

Jika anda masih belum dapat menerima hakikat ini…Bacalah persoalan dibawah dan jawab dengan jujur

Adakah anda tidak pernah mengalami sakit , atau kemalangan atau kecelakaan? (Sila jawab dalam 2 minit)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Sekiranya 3 minit tadi aku kemalangan dan tidak berupaya lagi untuk bekerja, syarikat membuang aku dari kerja, siapakah yang akan menyara hidup aku dan bagaimana aku nak dapatkan rawatan dengan sempurna? (Sila jawab dalam 5 minit)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Sekiranya semalam AKU di sahkan mengidap masalah jantung akibat stress bekerja dan hospital minta RM100,000 untuk kos rawatan, adakah AKU mampu sediakan wang itu hari ini?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Jika semalam AKU mati, siapakah yang akan menyara dan membantu keluarga aku hari ini?
(cuba anda jawab dalam masa 2minit)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Adakah anda boleh memberi jaminan semua diatas tak akan berlaku kepada anda?
(cuba anda jawab dalam masa 2minit)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

Jika kita sudah dapat menerima hakikat tersebut …

Seterusnya, kita perlu tolong-menolong dalam membuat persediaan bagi menghadapi sakit, musibah atau kecelakaan yang pasti datang kepada kita, keluarga kita, jiran kita, sahabat kita, ibu dan bapa kita,  sama ada kita mahu atau tidak mahu.

Dengan “Menyediakan Payung Sebelum Hujan” iaitu dengan menyumbang sedikit wang  saya dan anda semua secara berterusan, dalam suatu perlindungan beramai-ramai yang diberi nama TAKAFUL merupakan alternatif yang terbaik dalam menyediakan kita bagi menghadapi ujian yang Allah akan anugerahkan kepada kita sebagai penghapus dosa-dosa kita.

Melalui pakatan ini, orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat ini, diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

Kita bukannya hendak melawan takdir tetapi kita bersedia menerima takdir yang ditentukan ke atas kita.

Islam menyediakan kaedah penyelesaian yang bukan sahaja praktikal malah dapat memberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebagai agama yang praktikal, Islam menyediakan solusi kepada setiap perkara yang berlaku ke atas kita.

Tolong-menolong adalah solusi terbaik dan asas kepada wujudnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Banyak dalil yang menyokong perkara ini seperti firman Allah S.W.T:-

Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.          (Al-Baqarah: 254)

Pengajarannya:-

1- Kita perlu terima hakikat bahawa kita akan tua, sakit, susah, kemalangan, diculik, dirompak, dipukul, dirogol dan sebagainya.

2-Musibah yang berlaku kepada kita merupakan ujian Allah terhadap hambanya bagi penghapus dosa dan meninggikan darjat.

3- Kita boleh ambil beberapa langkah bagi mengurangkan risiko sebelum atau selepas ianya berlaku seperti

:- mengelak (jika kemalangan atau kecelakaan tersebut dapat kita elak) 

:- mengurangkan kecederaan atau kesakitan.

:- mengubati kesakitan atau kecederaan.

:- bersabar dan menerima dengan hati yang terbuka

:- berkongsi ( kita boleh tolong-menolong dari segi kewangan dengan menyertai TAKAFUL).- mencegah    

TAKAFUL adalah jalan yang terbaik bagi menjamin perlindungan diri dan keluarga anda, pelaburan yang patuh syariah, pembiayaan kos perubatan yang semakin meningkat, sumber pendapatan yang tetap tidak terputus jika berlaku kematian, lumpuh, sakit, kemalangan dan lain-lain kecelakaan..  

Sekian…Terima Kasih kerana sudi membacanya artikel ini…Diharap anda  mendapat manfaat daripadanya..

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Great Eastern menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda dan anda boleh pergi dengan aman (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang anda bayar kepada Takaful Great Eastern tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.
Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…
Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.
quotation (1)
By hazlyagensi