Situasi Hidup Tanpa Perancangan Kewangan dan Risiko

Magic bill1

Adakah hidup kita semua berbelanja sama seperti yang digambarkan di atas? Anda penat mencari duit yang halal untuk menyara keluarga anda, walaupun tak setimpal dengan kerja yang dilakukan, akhirnya habis untuk perkara-perkara diatas. Baki yang tinggal hanya cukup-cukup makan dan pakaian atau mungkin sifar dan yang lebih menyedihkan negatif.

Kita sentiasa nak yang terbaik dalam kerja kita, dalam kehidupan juga kita nak yang terbaik. Tetapi malang sekali kita hanya dibayar mengikut masa dan bukan mengikut result atau hasil kerja yang berkualiti.

Bolehkah anda hidup begini buat selama-lamanya?

Cuba bayangkan jika 10% ditolak dari sumber pendapatan anda? Adakah keluarga anda masih boleh hidup sempurna?

Kemudian bayangkan pula anda kehilangan 100% dari sumber pendapatan anda? Apakah yang akan berlaku kepada keluarga anda?

Bagaimana dengan bil-bil yang tertunggak dan keperluan hidup mereka?

Hanya dua keadaan je yang menakutkan yang menyebabkan 100% sumber pendapatan anda hilang.

Anda lumpuh atau anda mati.

Jika anda mati atau lumpuh, ada tak orang yg sanggup ambil alih tugas anda dan menyara hidup keluarga anda?

Jika ada, nyatakan 3 orang  yang sanggup?

1:-________________________

2:-________________________

3:-________________________

Fikirkan sejenak…Adakah isteri anda sanggup..ibu bapa anda sanggup..adik-beradik anda sanggup atau sahabat rapat anda sanggup?

Jika tiada siapa yang sanggup? Inilah yang akan berlaku seperti gambar dibawah…wujud black hole.

Magic bill1 black hole

Sanggupkah anda membiarkan anak-anak, isteri anda meminta sedekah bagi menanggung perbelanjaan yang ditinggal oleh anda? Cuba bayangkan jika anda sudah mati dan Tuhan hidupkan anda semula cuma sehari dan dibekalkan 10% wang daripada pendapatan anda?Siapakah anda akan cari untuk membantu keluarga anda yang dalam kesusahan?

Adakah anda cari doktor, atau Pegawai Bank atau Perdana Menteri atau menteri-menteri yang sewaktu dengannya.

Tidak sama sekali..Anda hanya akan mencari orang seperti kami..

Hanya kami pengganti anda..Dan sudah menjadi tugas kami untuk sanggup menyara hidup keluarga anda.

Ya!!!! Kami sanggup untuk menutup lubang hitam anda.

Ya!!!!  Kami sanggup menyelesaikan perbelanjaan keluarga anda.

Ya!!!! Kami sanggup untuk menyara hidup keluarga anda setidak-tidaknya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Dan yang paling penting

Ya!!! Kami sanggup mengemis dan meminta sedekah bagi pihak keluarga anda daripada anda kerana sudah menjadi tanggungjawab kami membantu sesama saudara Islam.

Jika anda merasakan kerja kami ini hanya untuk kepentingan peribadi dan keuntungan peribadi maka anda sudah silap.

Kami sanggup tidak mengambil komisyen jika anda merasakan kami hanya mahukan duit anda.

Sebanyak mana anda carumkan itulah yang jumlah simpanan yang anda dapat dan mungkin lebih. Jadi di mana yang anda rasakan kami mencuri duit anda.

Jadi, kami ingin meminta sedekah daripada anda sekarang demi kebaikan keluarga anda..Berilah kami peluang membantu anda dan keluarga anda.

Call kami 012-5358469 sekarang jika tidak lubang hitam itu akan sentiasa wujud. Hanya kami sahaja yang sanggup menolong anda.

Hanya 10% daripada pendapatan anda itu, sudah cukup untuk kami mengantikan tempat anda, melangsaikan bil dan hutang anda.

Insya Allah kami akan tunaikan janji kami..Kami doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya kerana dengan kesihatan dan kekayaan anda dapat membantu orang lain.

Berbeza dengan doktor..kalau dia doakan semua orang sihat maka tutup kedai dia.

Begitu juga dengan tokey bank kalau doakan semua orang kaya..balik awal bankrup terus.

Sorry para doktor dan tokey bank. Bergurau je..Jangan marah.

Sekian..Terima Kasih kerana membaca..Terima Kasih kerana terus menyokong kami…

Kami di Hazly Agensi menyusun 10 jari dan memohon maaf jika ada salah dan silap…Semoga penerangan kami tadi memberi manfaat buat anda semua.

 HAZLY HARUN

PERUNDING KEWANGAN DAN RISIKO

012-5358469

Marilah menyumbang sedikit wang sesama kita secara berterusan, dalam suatu perlindungan beramai-ramai yang diberi nama Perlindungan Risiko. Ia merupakan alternatif yang terbaik dalam menyediakan kita bagi menghadapi ujian yang Allah akan anugerahkan kepada kita sebagai penghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat kita.

Melalui pakatan ini, orang yang dilanda musibah akan mendapat manfaat perlindungan yang berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat ini, diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

Perancangan Kewangan dan Risiko adalah jalan yang terbaik bagi menjamin perlindungan diri dan keluarga anda, pelaburan yang patuh syariah, pembiayaan kos perubatan yang semakin meningkat, sumber pendapatan yang tetap tidak terputus jika berlaku kematian, lumpuh, sakit, kemalangan dan lain-lain musibah.

Bilakah anda perlukan Medical Card ?
Ketika anda masih sihat.

Bilakah Medical Card tidak lagi dapat anda miliki?
Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.

Bertindaklah sekarang, miliki polisi anda sebelum terlambat…

Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.

quotation (1)

Advertisements
By hazlyagensi

Pendaftaran Haji Melalui KWSP

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 dalam Akaun 1 KWSP boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Tabung Haji (TH) bermula 3 Januari 2012.

Inisiatif ini membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji. Untuk makluman kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

 

* Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

 

Kaedah Pelaksanaan
Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

 
 
Soalan & Jawapan berkaitan Pendaftaran haji Ahli KWSP
 
1. Apa yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
2. Adakah melalui kemudahan ini ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka?
Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri.
Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.
3. Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap
ii. Beragama Islam
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
4. Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.
*Nota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum)

5. Di mana ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP?
Ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP daripada:
i. Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
ii. Kios KWSP
iii. Laman web myEPF – pengguna i-Akaun
iv. Penyata Tahunan Ahli KWSP yang dikirim melalui mel
6. Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji di bawah kemudahan ini bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak ahli?
Tidak. Kemudahan ini hanya bagi pendaftaran individu ahli sahaja.
7. Bila kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa?
Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.
8. Bolehkah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dibatalkan?
Boleh. Terpulang kepada ahli KWSP
9. Bolehkah ahli yang berumur 55 tahun ke atas menggunakan kemudahan ini?
Tidak boleh, hanya ahli yang berumur di bawah 55 tahun layak menggunakan kemudahan ini.
10. Mengapa ahli yang berumur 55 tahun ke atas tidak layak menggunakan kemudahan ini?
Pada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, mereka bolehlah membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji.
11. Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini membolehkan ahli mengerjakan ibadah haji lebih cepat berbanding prosedur sebelum ini?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.
12. Bolehkah ahli yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini?
Boleh. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada.
Manakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.
13. Adakah pendaftaran haji ini terjejas sekiranya ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP seperti Pengeluaran Hilang Upaya atau Pengeluaran Pekerja Berpencen?
Pendaftaran haji tidak terjejas dan kekal seperti sedia ada.
14. Bolehkah ahli yang membuat Pengeluaran Hilang Upaya diberi keistimewaan untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dengan syarat mereka mempunyai simpanan yang mencukupi?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.
15. Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji?
Tidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.

Sumber : Laman Web KWSP

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:

a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my

Credit 2 :- http://www.anamarzablog.com/2011/12/pendaftaran-haji-ahli-kwsp-syarat-dan-q.html

By hazlyagensi

MEDICAL CARD lagi..tak habis-habis!!..Tunggulah dulu baca sampai habis

MEDICAL CARD adalah satu keperluan untuk semua. Namun begitu, masih ramai dikalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tidak menitikberatkan soal memiliki . Sekiranya anda ingin mengetahui samada anda patut memiliki medical card atau sebaliknya, sila fahami dan hayati kenyataan di bawah untuk memastikan keperluan anda untuk memiliki .

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta. Medical card akan membantu anda serta merta dan anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan.
2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya dengan medical card berkelompok. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memiliki medical card, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Sekalipun saya masih sihat, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi untuk memiliki medical card.
3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya mungkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Pasti anda sudah ketemui jawapan samada anda perlukan medical card atau sebaliknya. Tepuk dada tanyalah diri sendiri…adakah aku benar-benar perlukan medical card setelah menjawab persoalan di atas?

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan. i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.

Melindungi Anda Bagi Perbelanjaan Perubatan Yang Mahal

Nikmati had tahunan dan had seumur hidup yang tinggi. Bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan boleh dibayar balik dalam satu jumlah sekali gus sehingga had tahunan sebanyak RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM2,000,000.

Peroleh Ganjaran dengan Kesihatan yang Baik

Had tahunan anda akan meningkat sebanyak 10% pada akhir setiap 3 tahun sijil jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 3 tahun – membantu anda menangani kos perubatan yang meningkat.

Melindungi Anda Dengan Manfaat Komprehensif

Urusan kemasukan hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan. Beberapa manfaat utama termasuk Rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.

Lindungi Orang Tersayang

Bergantung kepada pelan pilihan anda, orang tersayang akan menerima sehingga RM20,000 jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Membantu Pemulihan Anda 

Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sebanyak RM50 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun sijil jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia.

Melindungi Anda Sehingga Umur 80 Tahun

Sesiapa yang berumur antara 30 hari hingga 60 tahun hari jadi berikutnya layak memohon i-Medik Rider dan dilindungi dari segi perubatan sehingga umur 80 tahun hari jadi berikutnya.

Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara

Nikmati perlindungan yang lebih baik semasa dalam perjalanan dengan Supreme Assist – perkhidmatan bantuan perubatan kecemasan dan perjalanan yang boleh dipercayai, di mana sahaja di seluruh dunia.

Saya boleh memberi jaminan kepada anda Great Estern takaful adalah yang terbaik dan mampu milik untuk semua orang dengan kos rawatan yang ditanggung amat tinggi! Namun begitu, sebagai seorang customer, anda boleh membuat perbandingan terlebih dahulu, tetapi saya guarantee, anda tidak akan dapat yang terbaik kerana Great Eatern mempunyai kelebihan seperti berikut:

1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi

Dengan caruman bulan RM200, Great Eastern boleh memberikan medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM100,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care.

2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi

Medical card untuk Room & Board bernilai RM150 Great Eastern memberikan had tuntutan seumur hidup berjumlah RM900,000 dan had tahunan RM90,000. Ini adalah yang paling tinggi sekali setakat ini, berbanding dengan syarikat-syarikat takaful yang lain.

HAZLY HARUN

AGEN TAKAFUL GREAT EASTERN

0125358469

Marilah menyumbang sedikit wang sesama kita secara berterusan, dalam suatu perlindungan beramai-ramai yang diberi nama TAKAFUL. Ia merupakan alternatif yang terbaik dalam menyediakan kita bagi menghadapi ujian yang Allah akan anugerahkan kepada kita sebagai penghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat kita.

Melalui pakatan ini, orang yang dilanda musibah akan mendapat manfaat perlindungan yang berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat ini, diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

TAKAFUL adalah jalan yang terbaik bagi menjamin perlindungan diri dan keluarga anda, pelaburan yang patuh syariah, pembiayaan kos perubatan yang semakin meningkat, sumber pendapatan yang tetap tidak terputus jika berlaku kematian, lumpuh, sakit, kemalangan dan lain-lain musibah.

Bilakah anda perlukan Medical Card Takaful?
Ketika anda masih sihat.

Bilakah Takaful tidak lagi dapat anda miliki?
Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.

Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…

Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.

quotation (1)

By hazlyagensi