Kisah Perunding Kewangan & Risiko

Demi Masa Depan Anak

Suatu hari, Rizal melawat En Ahmad seorang pengurus bank yang baru sahaja kehilangan isteri kerana kanser parudara. Rizal mengucapkan takziah kepada beliau dan memulakan perbualan bertanyakan tentang diri dan anak beliau.

Kemudian Rizal bertanya tentang arwah isteri beliau. Beliau telah menceritakan kepada Rizal dari mula isteri beliau disyaki mengidap barah sehingga ke hari beliau meninggal.

Rizal bertanya lagi : ” En Ahmad, apakah perkataan terakhir yang isteri tuan ucapkan sebelum beliau meninggal?”

Beliau menjawab : “Jika sekiranya saya tiada lagi di dunia ini tolonglah jaga anak-anak kita. Beliau meminta agar saya memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak sepeninggalanya. Beliau juga meminta agar saya berkahwin lagi dan carilah seseorang yang boleh memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak kita.”

Rizal bertanya :” En Ahmad , adakah anda menyayangi anak anda?”.

Beliau menjawab : “Sudah tentu”

Rizal berkata : “Encik Ahmad, apakah akan terjadi kepada anak-anak tuan, jika sekiranya tuan meninggal seperti isteri tuan.

Beliau menjawab :” Saya tidak tahu. Saya hanya menyerah kepada Tuhan.”

IMG_1903

Rizal berkata : ” Encik, saya mempunyai satu rancangan yang mampu membantu tuan dan keluarga tuan jika sekiranya sesuatu terjadi kepada tuan. Saya cadangkan tuan menyimpan beberapa ratus ringgit sebulan dan jika sesuatu terjadi kepada tuan, anak-anak tuan akan mempunyai kewangan yang cukup untuk semua keperluan asas mereka. Dengan duit simpanan ini anda tidak perlu risau tentang masa depan anak-anak tuan jika tuan tiada nanti.

En Ahmad Menjawab :’ ” Cukupkah dengan hanya simpan beberapa ratus ringgit sahaja…Kalau saya simpan RM250 sebulan setahun baru RM3000 manalah cukup kalau nak sara hidup 5 orang anak saya. Makan, pakaian dan duit sekolah sahaja dah melebihi RM 300 sebulan.”

Rizal berkata : “Cukup malah lebih daripada cukup.”

En Ahmad bertanya : “Bagaimana, boleh cukup?.”

Rizal menjawab : “Cukup, dengan hanya menyimpan RM100 dengan syarikat kami, syarikat kami akan memberi perlindungan sebanyak RM200,000.

Sambung Rizal : ” Mampukah En. Ahmad simpan lebih daripada RM250?”

Jawab En Ahmad : “Demi anak-anak saya, saya sanggup simpan RM 350 sebulan”

Rizal berkata : ” Oh..itu sudah cukup untuk syarikat kami memberikan Perlindungan penuh kepada keluarga En. Ahmad. Dengan RM350 En. Ahmad akan mendapat, RM400,000 berupa pampasan kematian atau lumpuh, RM100,000 kalau terkena 36 jenis penyakit, RM100,000+ RM400,00 jika kematian akibat kemalangan, dan kad perubatan yang menjamin jaminan Kos Perubatan 1.2juta seumur hidup. Bagus tak?”

Beliau menjawab : ” Bagus.”

Rizal bertanya lagi : ” Jika tuan meninggal nanti duit ini cukup tak untuk tampung perbelanjaan anak-anak tuan, sekurang-kurangnya sehingga mereka dewasa dan boleh bekerja sendiri”

Beliau menjawab : “Cukup-cukup.”

Akhirnya En. Ahmad bersetuju untuk menyimpan RM400 sebulan dan jumlah keseluruhan perlindungan melebihi RM1.2 juta.

Advertisements
By hazlyagensi

Apakah Penghalang Dari Mendapatkan Medical Card?

Soalan yang sering saya tanya kepada diri saya pada suatu masa dahulu sebelum saya menjadi perunding kewangan dan risiko. Saya tanya semula kepada diri anda?

Apakah yang menghalang anda dari memiliki kad perubatan/perlindungan?

Adakah produk ini tidak baik atau haram atau tipu?
Tak best ke produk nie?
Haram ke perlindungan/medical card/tabungan pergi haji ini?
Salahkah produk ini di sisi undang-undang?
Hinakah kerja merunding kewangan dan risiko ini?
Tipukah produk ini ?

Inilah yang bermain di fikiran kita setiap kali ada perunding kewangan atau risiko menegur kita.

Dan setiap kali jawapan kita pula…
Perlindungan nie memang bagus..tapi …..
Takaful nie halal..insurans konvensional yg haram….tapi…..
Kan Bank Negara Malaysia yang sahkan setiap kali ada produk perlindungan yang hendak dikeluarkan..tapi…nanti saya fikir dulu
Inikan kerja yang halal sbb produk yang jual juga halal…tapi….
Dah ramai yang claim dan dibantu oleh takaful….tapi….
Saya dah ada la…buat apa nak ambik banyak-banyak..

Sebenarnya kita sendiri yang
1)- Tak berduit..
Tapi baju mahal, seluar mahal, minyak wangi yg mahal, phone, gajet, dan rokok …berbelanja secara tak berhemah, bermewah-mewah. tidak membuat simpanan. Bila tegur kita mula nak marah.

2)- Tak ada kesedaran
Tapi bila dah kena, demam, kemalangan, lumpuh, kanser, dan lain-lain baru la nak cari orang seperti perunding kewangan/risiko.
keratan akbar melayu kurang ambil insurans
3)- Sibuk
Tapi bila senang..suka berlengah-lengah, nanti la dulu, tawakal tanpa usaha dan persediaan..

4)- Masih muda dan sihat.
Tapi…ramai anak muda mati di jalanan..kena aids…hisap dadah..mati secara tiba-tiba..masa sihat la ambik takaful bukan masa dah sakit baru terhegeh-hegeh.

Bagi saya..Kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai penanggung keluargalah yang menyebabkan saya memilih untuk memiliki perlindungan…jika saya masih bujang agaknya saya mungkin tidak akan memiliki takaful.

Tak kiralah apa pon alasan…takaful tidak langsung merugikan/menjejaskan duit atau kewangan anda kerana selain menjamin perlindungan ia juga merupakan tabung simpanan….seberapa banyak anda bayar..banyak itulah yang akan anda dapat balik apabila tamat polisi nanti..Kalau nak harap simpan sendiri secara disiplin…mimpi je lah..Hari ini simpan esok dah pakai dah.

Duit simpanan itulah untuk guna masa pencen, pendidikan anak, buka bisnes dan lain-lain lg..Inilah simpanan masa depan anda.

Takaful For You And Me

Hazly TakafulGE
PERUNDING TAKAFUL GREAT EASTERN
Call /SMS saya 012-5358469 / 0215358470

By hazlyagensi

Apa Yang Kita Fikir, Kata, Rasa, dan Bertindak Adalah Doa

Terdapat berjuta cerita tentang kehidupan.

Apa Kita Fikir, Kata, Rasa dan Bertindak Adalah Doa

Perkara yang lebih indah adalah betapa besarnya kuasa Allah. Kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil. Allah tidak pernah sesekali menyakiti hambaNya. Melainkan hambaNya itu yang menyakiti dirinya sendiri.

Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan pengalaman kehidupan. Setiap hari, kita ada pilihan.

Pilihan untuk menjadikan hidup ini lebih baik dari semalam. Atau sebaliknya.

Lebih menarik, kedua-dua pilihan ini adalah betul. Apabila kita pilih untuk merosakkan keindahan hari ini, ia adalah tindakan kita sendiri.

Kenapa saya berkata begini?

Kerana berbalik semula pada ayat di atas. Manusia mempunyai pilihan.

Aku Adalah Sangkaan Hambaku

Mesej ini menyegarkan minda sekali lagi apabila menyertai sebuah seminar anjuran syarikat Richworks. Apa yang kita sangka terhadap Allah, maka itu adalah keputusan kita terhadap Tuhan yang Maha Esa.

Apa yang kita fikir terhadap kehidupan yang kita lalui sekarang, itu adalah doa.

Apa yang kita kata terhadap kehidupan, itu adalah doa.

Apa yang kita rasa terhadap kehidupan, itu adalah doa.

Apa yang kita lakukan (bertindak) terhadap kehidupan, itu adalah doa.

Betapa besarnya setiap perilaku manusia dalam kehidupan seharian. Semuanya berkait rapat dengan doa.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah, lakukan segala-galanya dari aspek yang baik dan positif. Kerana firman Allah,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Al-Baqarah, ayat 286.

Jangan Bersikap Lemah

Saya pernah berjumpa dengan seorang yang tidak sempurna tubuh badannya. Beliau tidak dapat bergerak seperti manusia normal. Namun itu bukan alasannya untuk menyerahkan keputusan di tangan Tuhan.

Sebaliknya, beliau bersyukur dan berusaha menggunakan kelebihan yang Tuhan berikan untuk memulakan perniagaan. Kini, perniagaannya sudah menjadi sebuah empayar.

Satu daripada pengajaran yang saya peroleh daripada beliau adalah,

“Saya tahu saya ada kekurangan. Tetapi saya tidak boleh bersikap lemah. Saya perlu berusaha lebih keras dan buktikan pada diri saya sendiri, bahawa setiap kurniaan Allah adalah kurniaan yang adil.”

Semuanya Adalah Doa – Jadi?

Amalkan setiap apa yang kita fikir, kata, rasa dan bertindak dengan cas-cas yang positif. Bantuan yang pasti adalah bantuan daripada Allah. Ini disebutkan dalam firmanNya:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlath berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” – Al-Baqarah, ayat 45.

Jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran. Minta dengan penuh kesabaran dan kepercayaan bahawa Allah pasti tunaikan. Soalnya bila, itu bukan hak kita. Kerana Allah sahaja yang tahu bila masa yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada hambaNya.

Tugas kita? Berusaha sehabis baik dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada impian yang diinginkan.

Credit 2 :- http://aqifazizan.com/semuanya-doa-fikir-kata-rasa-dan-bertindak

By hazlyagensi