Medical Card Adalah Satu Keperluan

Jika dilihat senario masa kini, masih ramai antara kita yang belum memiliki polisi  insurans/takaful. Tidak kiralah pakej berteraskan insurans nyawa, perubatan, pendidikan, mahupun pelaburan. Kepentingan memiliki insurans/takaful masih kabur di mata masyarakat di Malaysia.
Situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans/takaful masih baru, berikutan tiada didikan serta kesedaran pentingnya dilindungi pakej insurans/takaful. Apatah lagi dalam persekitaran hidup era ini yang mencabar dari aspek ekonomi, keselamatan & kesihatan, membuatkan pengetahuan berkenaan insurans/takaful ini diambil mudah.
Bagi sesetengah pihak, insurans/takaful dilihat sebagai beban! Hal ini berlaku kerana mereka “terpaksa” memperuntukkan sebahagian daripada gaji untuk membayar premium, sedangkan pulangan dan manfaatnya entah bila dapat merasa. Apabila berlaku sesuatu kejadian atau malapetaka, barulah kepentingan dan faedah polisi insurans/takaful  dapat dimanfaatkan. Faktor “sayang duit” sering menjadi punca enggan memiliki polisi insurans/takaful. Bagi segelintir individu, purata bayaran premium bulanan RM100, RM150, atau RM300 sebulan dilihat sebagai beban! Ini membentuk mentaliti masyarakat untuk mengelak setiap kali didatangi ejen insurans/takaful.
 “PANDANGAN NEGATIF MENGENAI PEMILIKAN INSURANS/TAKAFUL”
Suatu ketika dulu, apabila bercakap mengenai insurans/takaful, orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang sekarang tidak berminat untuk bercerita tentang kematian. Itu cerita 10 tahun dahulu, di mana pakej insurans banyak menjurus pada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan pada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia. Pada zaman kini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans/takaful seperti bantuan perubatan, kad perubatan, rawatan kemalangan diri, dan sebagainya…

Melihat pada keratan akhbar di atas, menunjukkan senario hari ini tentang kos rawatan perubatan dan kesihatan yang semakin meningkat! Musibah yang tiba tidak memberi petanda, setiap dari kita berisiko ditimpa penyakit, tidak kira seawal usia seorang bayi, sehingga belia… Apakah persediaan anda dari segi kewangan dalam menghadapi situasi yang melibatkan rawatan perubatan?? Adakah anda telah menyediakan dana perubatan yang cukup untuk diri dan keluarga tersayang??

Hari ini, memiliki Insurans Hayat, Pelan Takaful, mahupun Kad Perubatan, bukan lagi mencerminkan kemewahan, tetapi ia telah menjadi satu keperluan! Dengan keadaan persekitaran yang banyak berlaku pencemaran, kuman dan bakteria yang semakin tahan terhadap kesan ubatan, kemalangan diri yang tidak dijangka, kesemua keadaan musibah seperti ini memerlukan anda menyediakan satu penyelesaian bijak yang menenangkan jiwa.

HAZLY TAKAFULGE

PERUNDING TAKAFUL GREAT EASTERN

012-5358469

Marilah menyumbang sedikit wang sesama kita secara berterusan, dalam suatu perlindungan beramai-ramai yang diberi nama TAKAFUL. Ia merupakan alternatif yang terbaik dalam menyediakan kita bagi menghadapi ujian yang Allah akan anugerahkan kepada kita sebagai penghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat kita.

Melalui pakatan ini, orang yang dilanda musibah akan mendapat manfaat perlindungan yang berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat ini, diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

TAKAFUL adalah jalan yang terbaik bagi menjamin perlindungan diri dan keluarga anda, pelaburan yang patuh syariah, pembiayaan kos perubatan yang semakin meningkat, sumber pendapatan yang tetap tidak terputus jika berlaku kematian, lumpuh, sakit, kemalangan dan lain-lain musibah.

Bilakah anda perlukan Medical Card Takaful?
Ketika anda masih sihat.

Bilakah Takaful tidak lagi dapat anda miliki?
Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.

Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…

Klik di bawah untuk menerima quotation secara percuma.

quotation (1)

By hazlyagensi