Asal Usul Takaful

Tahukah anda takaful sudah wujud sejak Tamadun Arab lagi. Cuma ia tak di panggil takaful ketika itu. Konsep yang digunakan lebih kurang dengan konsep Takaful yang kita guna sekarang.

Takaful digunakan dahulu adalah untuk perkongsian risiko perniagaan. Sistem Pengangkutan dulu takde lori. Oleh itu untuk pergi berdagang, setiap pedagang akan membawa puluhan ekor unta untuk membawa barang dagangan mereka. Mereka akan bergerak secara berkumpulan iaitu satu trip akan ada beberapa orang tauke. Setiap tauke Arab ni akan membuat perjanjian sesama mereka, iaitu jika salah seorang dari mereka di rompak atau di timpa bencana, Maka setiap tauke yang turut serta akan memberikan seekor unta yang penuh dengan muatan sebagai bantuan kepada rakan mereka yang kerugian.

Konsep yang diguna pakai oleh Saudagar Arab nie menyerupai konsep takaful yang diamalkan di Malaysia dan di dunia sekarang. Cuma sekarang ada banyak kelebihan. Kita bukan hanya untuk perkongsian risiko perniagaan, ia juga boleh digunakan untuk perlindungan keluarga, perlindungan perubatan,perlindungan pendapatan dan berbagai-bagai lagi.Konsep yang digunakan tetap sama iaitu apabila ahli takaful di timpa musibah maka pengendali takaful akan memberikan bantuan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Takaful adalah sangat penting untuk meningkatkan ekonomi Umat Islam sekarang. Cuba kita kaji kembali mengapa Saudagar Arab membuat perjanjian takaful dulu. Mereka berbuat begitu untuk mengelakkan diri mereka mengalami kerugian besar. Oleh itu setiap pedagang membuat perjanjian perkongsian kerugian atau lebih tepat lagi perkongsian risiko dimana jika berlaku sesuatu mereka akan mendapat pampasan dari ahli yang lain, jadi Tauke Arab tersebut masih boleh berniaga.

Jadi kita di Malaysia terdapat banyak risiko yang boleh di kongsi seperti risiko perniagaan, risiko kehilangan pendapatan, risiko bil perubatan dan lain lain lagi. Terdapat juga 12 syarikat Takaful yang bersedia untuk berkongsi risiko dengan anda

By hazlyagensi