Apa Yang Kita Fikir, Kata, Rasa, dan Bertindak Adalah Doa

Terdapat berjuta cerita tentang kehidupan.

Apa Kita Fikir, Kata, Rasa dan Bertindak Adalah Doa

Perkara yang lebih indah adalah betapa besarnya kuasa Allah. Kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil. Allah tidak pernah sesekali menyakiti hambaNya. Melainkan hambaNya itu yang menyakiti dirinya sendiri.

Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan pengalaman kehidupan. Setiap hari, kita ada pilihan.

Pilihan untuk menjadikan hidup ini lebih baik dari semalam. Atau sebaliknya.

Lebih menarik, kedua-dua pilihan ini adalah betul. Apabila kita pilih untuk merosakkan keindahan hari ini, ia adalah tindakan kita sendiri.

Kenapa saya berkata begini?

Kerana berbalik semula pada ayat di atas. Manusia mempunyai pilihan.

Aku Adalah Sangkaan Hambaku

Mesej ini menyegarkan minda sekali lagi apabila menyertai sebuah seminar anjuran syarikat Richworks. Apa yang kita sangka terhadap Allah, maka itu adalah keputusan kita terhadap Tuhan yang Maha Esa.

Apa yang kita fikir terhadap kehidupan yang kita lalui sekarang, itu adalah doa.

Apa yang kita kata terhadap kehidupan, itu adalah doa.

Apa yang kita rasa terhadap kehidupan, itu adalah doa.

Apa yang kita lakukan (bertindak) terhadap kehidupan, itu adalah doa.

Betapa besarnya setiap perilaku manusia dalam kehidupan seharian. Semuanya berkait rapat dengan doa.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah, lakukan segala-galanya dari aspek yang baik dan positif. Kerana firman Allah,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Al-Baqarah, ayat 286.

Jangan Bersikap Lemah

Saya pernah berjumpa dengan seorang yang tidak sempurna tubuh badannya. Beliau tidak dapat bergerak seperti manusia normal. Namun itu bukan alasannya untuk menyerahkan keputusan di tangan Tuhan.

Sebaliknya, beliau bersyukur dan berusaha menggunakan kelebihan yang Tuhan berikan untuk memulakan perniagaan. Kini, perniagaannya sudah menjadi sebuah empayar.

Satu daripada pengajaran yang saya peroleh daripada beliau adalah,

“Saya tahu saya ada kekurangan. Tetapi saya tidak boleh bersikap lemah. Saya perlu berusaha lebih keras dan buktikan pada diri saya sendiri, bahawa setiap kurniaan Allah adalah kurniaan yang adil.”

Semuanya Adalah Doa – Jadi?

Amalkan setiap apa yang kita fikir, kata, rasa dan bertindak dengan cas-cas yang positif. Bantuan yang pasti adalah bantuan daripada Allah. Ini disebutkan dalam firmanNya:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlath berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” – Al-Baqarah, ayat 45.

Jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran. Minta dengan penuh kesabaran dan kepercayaan bahawa Allah pasti tunaikan. Soalnya bila, itu bukan hak kita. Kerana Allah sahaja yang tahu bila masa yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada hambaNya.

Tugas kita? Berusaha sehabis baik dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada impian yang diinginkan.

Credit 2 :- http://aqifazizan.com/semuanya-doa-fikir-kata-rasa-dan-bertindak

By hazlyagensi