Kisah Perunding Kewangan & Risiko

Demi Masa Depan Anak

Suatu hari, Rizal melawat En Ahmad seorang pengurus bank yang baru sahaja kehilangan isteri kerana kanser parudara. Rizal mengucapkan takziah kepada beliau dan memulakan perbualan bertanyakan tentang diri dan anak beliau.

Kemudian Rizal bertanya tentang arwah isteri beliau. Beliau telah menceritakan kepada Rizal dari mula isteri beliau disyaki mengidap barah sehingga ke hari beliau meninggal.

Rizal bertanya lagi : ” En Ahmad, apakah perkataan terakhir yang isteri tuan ucapkan sebelum beliau meninggal?”

Beliau menjawab : “Jika sekiranya saya tiada lagi di dunia ini tolonglah jaga anak-anak kita. Beliau meminta agar saya memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak sepeninggalanya. Beliau juga meminta agar saya berkahwin lagi dan carilah seseorang yang boleh memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak kita.”

Rizal bertanya :” En Ahmad , adakah anda menyayangi anak anda?”.

Beliau menjawab : “Sudah tentu”

Rizal berkata : “Encik Ahmad, apakah akan terjadi kepada anak-anak tuan, jika sekiranya tuan meninggal seperti isteri tuan.

Beliau menjawab :” Saya tidak tahu. Saya hanya menyerah kepada Tuhan.”

IMG_1903

Rizal berkata : ” Encik, saya mempunyai satu rancangan yang mampu membantu tuan dan keluarga tuan jika sekiranya sesuatu terjadi kepada tuan. Saya cadangkan tuan menyimpan beberapa ratus ringgit sebulan dan jika sesuatu terjadi kepada tuan, anak-anak tuan akan mempunyai kewangan yang cukup untuk semua keperluan asas mereka. Dengan duit simpanan ini anda tidak perlu risau tentang masa depan anak-anak tuan jika tuan tiada nanti.

En Ahmad Menjawab :’ ” Cukupkah dengan hanya simpan beberapa ratus ringgit sahaja…Kalau saya simpan RM250 sebulan setahun baru RM3000 manalah cukup kalau nak sara hidup 5 orang anak saya. Makan, pakaian dan duit sekolah sahaja dah melebihi RM 300 sebulan.”

Rizal berkata : “Cukup malah lebih daripada cukup.”

En Ahmad bertanya : “Bagaimana, boleh cukup?.”

Rizal menjawab : “Cukup, dengan hanya menyimpan RM100 dengan syarikat kami, syarikat kami akan memberi perlindungan sebanyak RM200,000.

Sambung Rizal : ” Mampukah En. Ahmad simpan lebih daripada RM250?”

Jawab En Ahmad : “Demi anak-anak saya, saya sanggup simpan RM 350 sebulan”

Rizal berkata : ” Oh..itu sudah cukup untuk syarikat kami memberikan Perlindungan penuh kepada keluarga En. Ahmad. Dengan RM350 En. Ahmad akan mendapat, RM400,000 berupa pampasan kematian atau lumpuh, RM100,000 kalau terkena 36 jenis penyakit, RM100,000+ RM400,00 jika kematian akibat kemalangan, dan kad perubatan yang menjamin jaminan Kos Perubatan 1.2juta seumur hidup. Bagus tak?”

Beliau menjawab : ” Bagus.”

Rizal bertanya lagi : ” Jika tuan meninggal nanti duit ini cukup tak untuk tampung perbelanjaan anak-anak tuan, sekurang-kurangnya sehingga mereka dewasa dan boleh bekerja sendiri”

Beliau menjawab : “Cukup-cukup.”

Akhirnya En. Ahmad bersetuju untuk menyimpan RM400 sebulan dan jumlah keseluruhan perlindungan melebihi RM1.2 juta.

By hazlyagensi