Kisah Si Burung

Burung adalah sejenis makhluk yang unik. Sebaik sahaja ia bertemu dengan pasangannya, ia akan bersama-sama sepanjang hayatnya. Selepas musim mengawan, ia akan mula bekerjasama membuat sarang.

Ada sepasang burung yang sangat setia. Pernahkah anda melihat burung membuat sarang? Selepas memilih tempat yang sesuai, mereka mula bekerja dengan tekun membina sarang. Setiap ekor terbang berulang-alik dengan membawa rumput yang kering, daun kering dan sebagainya. Ia terbang beribu kali, berulang-alik berusaha keras menyiapkan sarangnya. Setelah sarang siap dibina, si ibu akan duduk bertelur. Sebaik saja bertelur, si ibu akan mengeram telur tersebut sehingga menetas. Tugas burung jantan pula menyediakan makanan untuk pasangannya dan juga mengawalnya daripda gangguan binatang lain.

Sebaik sahaja telurnya menetas, keadaan di sarang akan menjadi riuh rendah oleh kicauan anak-anaknya yang lapar. Ia memerlukan makanan.

Kisah Burung

Suatu pagi, si bapa sedang berusaha untuk menarik bangkai seekor ular di atas jalanraya, apabila secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah belakang lalu melanggar si bapa dan ia mati serta merta. Si Ibu yang tidak tahan mendengar kicauan anak-anak, keluar untuk mencari si bapa dan di waktu yang sama juga berusaha untuk mencari makanan untuk anak-anaknya.

Akhirnya ia ternampak, si bapa terlantar di atas jalan raya. Ia berusaha untuk mengalihkan bangkai si bapa ke tepi jalan. Ia cuba membangunkan si bapa tetapi sia-sia.

Segala-galanya sudah terlambat. Ia merasa kecewa dan sedih. Dengan rasa yang penuh kehampaan, ia terbang kebali ke sarang untuk melihat anak-anaknya. Ia tidak berhati-hati. Di belakang terdapat seekor ular yang sedang bersedia untuk menyerang. Akhirnya ular tersebut dapat menelansi ibu.

Tinggallah si anak dalam keadaan yang lapar. Menangis dan menangis. Walaupun terdapat banyak burung-burung lain yang bertebangan di atas sarang mereka, tetapi tiada sekor pun yang datang untuk memberi makanan kepada mereka. Dikala itu, adakah kita boleh salahkan burung-burung lain yang tidak menghiraukan mereka?. Tidak, kerana mereka juga mempunyai keluarga untuk dijaga dan diberi makan.

Inilah hakikat sebenar yang berlaku kepada manusia sekarang. Ramai dikalangan kita yang tidak akan mengambil tahu tentang anak-anak yatim yang berada dalam kelaparan, kecuali kami perunding perancangan kewangan dan risiko. Kami berusaha keras untuk memastikan bahawa setiap ibu bapa menyimpan  sebahagian daripada pendapatan mereka untuk masa depan anak-anak mereka. Tidakkah anda fikir bahawa tugas kami adalah tugas yang baik dan mulia? Simpanan ini sebenarnya dapat menyumbang untuk perlindungan orang lain juga.

Oleh itu, marilah menyumbang sedikit wang sesama kita secara berterusan, dalam suatu perlindungan beramai-ramai yang diberi nama Perlindungan Risiko. Ia merupakan alternatif yang terbaik dalam menyediakan kita bagi menghadapi ujian yang Allah akan anugerahkan kepada kita sebagai penghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat kita.

Dengan sumbangan ini juga, orang yang dilanda musibah akan mendapat manfaat pampasan berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat ini, diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

Sumbangan berbentuk simpanan dan pelaburan ini adalah jalan yang terbaik bagi menjamin masa depan diri dan keluarga anda, pembiayaan kos perubatan yang semakin meningkat, sumber pendapatan yang tetap tidak terputus jika berlaku kematian, lumpuh, sakit, kemalangan dan lain-lain musibah.

Moga-moga dengan sumbangan ini dapat menjemput rezeki yang lebih banyak dan besar datang kepada kita.

Bilakah anda perlukan Kad Perubatan ?
Ketika anda masih sihat.

Bilakah Kad Perubatan tidak lagi dapat anda miliki?
Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.

Adakah anda ingin kami bantu sebelum terlewat?

Sila SMS < I  Nak > ke 0125358469.

Kami akan menghubungi anda untuk membuat temujanji.

Sila klik di bawah untuk mengisi borang bagi mendapatkan proposal percuma.

quotation (1)

By hazlyagensi