Mudahnya Menjemput Rezeki

mudahnya menjemput rezeki

“Kenapa menjemput dan bukan mencari rezeki?”

“Apa bezanya menjemput vs mencari?

Mungkin itulah yang terlintas di fikiran kita apabila memandang buku ini. Sebuah karya yang penuh dengan ilmu dan panduan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Jika kita mencari sesuatu yang kita sendiri tidak tahu di mana tempatnya, memang susah. Ibarat hilang kunci kereta, satu rumah dicarinya. Sehinggakan di dalam solat pun masih terfikir di mana letaknya kunci tersebut. Cari di ruang tamu, di dapur, malah sehingga cari di bilik air tidak juga jumpa kunci tersebut. Apa perasaan kita masa itu? Marah, pening, resah dan gelisah.

Rezeki juga begitu. Kita tidak pernah tahu di mana letaknya rezeki. Sudah tentulah sukar mencarinya. Berapa banyak yang kita akan dapat? Bila kita akan dapat? Melalui bisnes yang mana satu? Semuanya dalam urusan Allah.

Berbeza dengan “menjemput”, biasanya kita sudah tahu siapa yang mahu dijemput dan di mana mereka tinggal. Pergi sahaja berjumpa dengan orang yang kita mahu jemput, serahkan kad jemputan dan selesai.

Maka, kaedah menjemput rezeki adalah lebih mudah daripada mencari rezeki. Sebabnya kita sudah tahu satu-satunya Pemberi rezeki hanyalah Allah. Buat sahaja apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Asal jadi orang baik, soal rezeki jangan risau, Allah jamin. Kalau beli barang yang ada jaminan 3 tahun pun kita sudah yakin dan beli tanpa was-was, kenapa jaminan daripada Allah kita tidak yakin?

Penulis juga berkongsi strategi yang boleh kita gunakan untuk menjemput rezeki ini. Antaranya adalah mengutamakan solat berjemaah, bersedekah, solat Dhuha, tekun berusaha, solat Tahajud dan banyak lagi. Disertakan juga 12 kisah sebenar mengenai topik menjemput rezeki ini.

Tidak salah untuk berimpian. Allah tidak pernah halang cita-cita kita selagi mana masih di dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Mahu jadi doktor? Mahu jadi lawyer? Mahu jadi majistret? Mahu buat bisnes? Mahu jadi jutawan? Mahu jadi pelabur? Silakan. Berusahalah ke arah impian tersebut. Tetapi dalam masa yang sama jangan dilupakan tanggungjawab kita kepada Allah.

Aspek sunnatullah juga perlu diambil kira. Allah suruh kita berusaha, rezeki Dia tentukan. Jangan kita asyik berdoa tetapi tidak diiringi dengan usaha yang betul dan bersungguh-sungguh. Jika mahu berniaga nasi lemak, pergi belajar dahulu cara-cara membuat nasi lemak yang sedap. Selesai belajar, praktiskan terus ilmu tersebut. Pagi-pagi sudah buka kedai. Ada hari untung, ada hari rugi. Biasalah adat berniaga. Dalam masa yang sama, tingkatkan hubungan kita dengan Allah. Buat sahaja. Usaha perlu konsisten.

Itu sahaja syaratnya.

Mudah.

Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Credit 2:- http://www.pakdi.net/mudahnya-menjemput-rezeki/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+pakdi-net+%28Pakdi.Net%29

Marilah menyumbang sedikit wang sesama kita secara berterusan, dalam suatu perlindungan beramai-ramai yang diberi nama Perlindungan Risiko. Ia merupakan alternatif yang terbaik dalam menyediakan kita bagi menghadapi ujian yang Allah akan anugerahkan kepada kita sebagai penghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat kita.

Dengan sumbangan ini juga, orang yang dilanda musibah akan mendapat manfaat pampasan berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat ini, diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

Sumbangan berbentuk simpanan dan pelaburan ini adalah jalan yang terbaik bagi menjamin masa depan diri dan keluarga anda, pembiayaan kos perubatan yang semakin meningkat, sumber pendapatan yang tetap tidak terputus jika berlaku kematian, lumpuh, sakit, kemalangan dan lain-lain musibah.

Moga-moga dengan sumbangan ini dapat menjemput rezeki yang lebih banyak dan besar datang kepada kita.

Bilakah anda perlukan Kad Perubatan ?
Ketika anda masih sihat.

Bilakah Kad Perubatan tidak lagi dapat anda miliki?
Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.

Adakah anda ingin kami bantu sebelum terlewat?

Sila SMS < I  Nak > ke 0125358469.

Kami akan menghubungi anda untuk membuat temujanji.

Sila klik di bawah untuk mengisi borang bagi mendapatkan quotation percuma..

quotation (1)

By hazlyagensi