Aku Sekeping Polisi Hayat

Policy

Aku polisi Hayat tuan aku. Aku dan tuan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama didunia ini.

Sekarang ini, tuan sedang melaksanakan tugas dan tanggungjawab iaitu menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu tuan juga menyediakan penddidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Tuan menyediakan semua ini menggunakan pendapatan yang tuan perolehi siang dan malam memerah keringat.

Semuanya tuan perlu sediakan secara berterusan termasuk membela aku yang sedang tidur lena di tempat penyimpanan, tidak diusik, tanpa dihiraukan namun aku mengumpulkan segala tenaga dan meningkatkan nilaian aku tahun demi tahun dengan hasil pendapatan tuan.

Aku mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap tuan. Tuan mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan tuan untuk menyimpanku. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa tuan.

Ketika ini, apabila kehidupan tuan berjalan lancar dan pelayaran bagai di air yang tenang, aku seolah-olah tidak berguna kepada tuan aku. aku ibarat sebagai tayar spare dalam kereta atau pelampung atau sampan penyelamat dalam kapal penumpang yang besar. Namun aku bersyukur aku tidak dibuang terus oleh tuan aku seperti nasib tayar spare tadi, cuma aku rasa terkilan, kerana tidak dapat berbakti lagi buat masa ini.

Tetapi aku berazam setiap hari supaya aku dapat membuktikan taat setia dan kebolehan aku kepada tuan. Akan tiba suatu hari aku pasti menolong, dan pasti bertukar tempat dengan tuan aku.

Lalu sampai sudah masa dan ketikanya, tuan aku disemadikan dengan aman, aku dengan pantas bangkit untuk menyumbang dan menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan suatu ketika dahulu.

Nilaian yang tercatat dalam dadaku lebih dari cukup untuk aku menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang telah ditinggalkan oleh tuan aku.

Harapanku agar roh tuan aku diterima oleh Allah kerana segala hutang piutangan tuan aku telah aku hapuskan. Aku mula dihargai oleh ahli keluarga tuan aku. Aku beri wang penddidikan kepada anak tuan aku sehingga dapat berdikari. Akan aku pastikan kesihatan dan kebajikan yang tuan aku sediakan untuk isteri tersayang, tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.

Tuan aku bersemadilah dengan aman di sana tugas anda sudah selesai, tugas mu sudah aku jalankan. Tuan,aku akan terus berbakti dan melalui aku, keluarga tuan hidup terbela.

Terima kasih tuan, setiap kali tuan rasakan harga yang tuan perlu keluarkan untuk memelihara aku membebankan, aku membalasnya dengan melakukan lebih, untuk anak dan isteri tuan. Inilah bukti taat setia aku terhadap tuan.

Hasil daripada tuan menunaikan tanggungjawab tuan membela aku, aku dengan bangganya akan melaksanakan tanggungjawab untuk membalas tuan.

Yang ikhlas,

Polisi Hayat.

By hazlyagensi