Insurans? Takaful ? Perlukah?

Hari ni saya terfikir nak buat topik ni secara tiba-tiba masa tengah sibuk buat kerja di office. Saya dah berkerja sebagai Eksekutif Polisi di dua buah syarikat insurans terkemuka Malaysia. Chewaaaahhh.. Terus terang, saya bukan tertarik dengan jawatan ni, tapi sebenarnya saya sendiri tak semena-mena dapat berkerja dengan mereka selepas tamat pengajian. Bukan ini yang nak saya ceritakan.

Sebenarnya, sebelum saya berkerja dengan insurans sendiri, saya masih tak tahu keperluan insuran. Yang saya fikirkan, syarikat insurans hanya mahukan wang sahaja. Buat apa kita beri wang tiap-tiap bulan pada syarikat insurans sedangkan kita boleh menyimpan. Sebab bagi kita, kita hanya nak beli jika ianya tangible, solid, tapi insurans is comodity, sesuatu yang kita tak nampak, ianya cuma service. So, kita tak rasa kena ada benda ni. Tak faham konsep insuran dan manfaatnya yang besar dari sudut berlainan menyebabkan saya rasa mungkin ramai di luar sana yang berfikiran begini.

Lagi satu, pernah tak terfikir, “buat apa beli insurans, sedangkan syarikat saya bekerja sendiri dah pun membeli insurans untuk saya.” Hello, baguslah syarikat anda, beruntung mempunyai majikan yang menjaga kebajikan dan insurans sebagai satu numeration untuk anda. Tapi, sampai bila anda nak berkerja dengan mereka. Ok, la let say, anda bekerja sampai bersara, contohnya 55 tahun. Manfaat insuran tu mungkin tidak lagi diteruskan, pada masa tu, anda yakin ke sihat sepenuhnya, dan jika baru nak beli, premium insurans anda tinggi dan mampukah anda masa tu?

Contohnya, untuk sum assured RM50K termasuk manfaat tambahan mungkin anda perlu bayar sehingga mencecah RM500 sebulan sedangkan pada sum assured yang sama, jika beli seawal 20 ke 30 tahun, anda hanya bayar RM150-200 sebulan. Terus terang saya cakap ye, premium bulanan insurans berbeza mengikut, umur, jantina dan status merokok dan tidak merokok dan ini semua tertakluk pada terma dan syarat.

Lagi satu, fahamilah pepatah ni “sediakan payung sebelum hujan” memang kena sangat dengan keperluan ni. Dalam sebuah keluarga yang bahagia, menjadi tanggungjawab ketua keluarga menyediakan keperluan asas yang terbaik buat keluarga, makanan, tempat tinggal, pakaian dan macam-macam keperluan lagi. Tolonglah, tambahkan satu lagi asas dalam keluarga anda, INSURANS sebab In Sya Allah ini lagi bermanfaat. Pengalaman dari seseorang yang saya kenali, dia telah beli insurans untuk anaknya seawal 5 tahun lagi, manfaat itu diteruskan sehingga anaknya mencecah 18 tahun dan sampai tempoh matang atau “maturity”. Anda tahu berapa yang diterima akhirnya? RM50,000++ Wooowwww.. banyak, kan? Sehingga anak anda 18 tahun, dia tak perlu risau lagi untuk keperluan pendidikan. Dah tersedia oleh ibu bapanya yang bijak.

Kalau tiap-tiap bulan kita mampu bayar bil telefon bimbit sehingga RM140 sebulan, apalah sangatnya jika sebahagiannya kita sumbangkan untuk anak. Jangan lokek sebab itu lagi berharga buat mereka dan anda juga, sebab bila tiba masanya nanti, dah sah-sah anda tak pening kepala kalau anak anda perlukan wang untuk melanjutkan perniagaan. Psssssttt.. kebanyakkan pelanggan insurans di Allianz dah beli insuran untuk anak sejak baby masih dalam perut lagi, hoookayyy.. see, bertapa mereka pandang kepetingan insurans ini untuk anak.

Kesimpulannya, tolong fikirkan apa yang perlu di masa hadapan, belum tentu kita akan hidup selamanya, malang tak berbau, esok lusa kita mungkin dah tak ada di dunia ni. Fikirkan apa yang kita tinggalkan pada mereka yang masih hidup? Mudahkan mereka atau susahkan? Jumpa lagi di post yang lain.

Dipetih dari :- http://akuhunny.blogspot.com/2013/06/insurans-perlukah.html

By hazlyagensi