Apa Itu FARAID?

 promo faraid

***********************************************************************

Apa Itu FARAID?

• Pembahagian yang ditentukan oleh Hukum Syarak untuk orang tertentu.
• Bahagiannya telah disebut secara nyata dalam Surah an-Nisa ayat 11-12.
• Satu tatacara pembahagian yang telah di tetapkan sebagai satu jalan penyelesaian dalam pembahagian harta umat Islam.
• Mereka yang di sebut di dalam al-Quran di namakan sebagai golongan Ashabul Furud (waris al-Quran)

Syarat mewarisi:

  • Kematian pewasiat (simati)
  • Waris hidup pada masa kematian pewasiat.
  • Tiada perhubungan lain yang boleh menghalang kepada perwarisan.

Faktor penting Faraid:

  • Siapa mewarisi?
  • Berapa bahagian pewarisan?

Kadar Asas Pembahagian Faraid:

  • Suami – ½: Jika simati (isteri) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; ¼: Jika simati (isteri) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
  • Isteri – ¼: Jika simati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/8: Jika simati (suami) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
  • Bapa – 1/6: Jika simati mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/6 + asobah: Jika simati tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan)
  • Ibu – 1/6: Jika simati mempunyai anak, @ cucu perempuan daripada anak lelaki ke bawah @ mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan); 1/3 dari keseluruhan harta: Jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak ke bawah; 1/3 dari baki harta: Jika simati meninggalkan salah seorang suami @ isteri dan bapa tanpa waris lain
  • Anak Perempuan – 1/2: Jika seorang; 2/3: Jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1
  • Anak Lelaki – 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang; Dikongsi sama rata daripada baki (Asabah) sekiranya lebih daripada seorang; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1
 Baitul Mal:

• Terjemahan secara bahasanya ialah Rumah Harta
• Suatu badan yang memegang dan menguruskan harta bagi orang-orang Islam setiap negeri
• Sumber pendapatan adalah daripada pungutan zakat, cukai, pewarisan harta dsb.
• Menjadi waris sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka
• Menjadi waris kepada baki harta sekiranya masih ada baki dan tiada ada waris asabah (baki).
• Mendapat keseluruhan harta sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka.

Peraturan Pembahagian Harta Pusaka:

  1. Pertama, waris Ashabul Furud (Quranic Heirs) akan mendapat bahagian mereka yang ditetapkan oleh Al-Quran.
  2. Kemudian, waris Asabah (Residue Heirs) akan mendapat baki harta yang tinggal setelah waris Ashabul Furud mengambil bahagian mereka.
  3. Waris Asabah Lelaki akan mendapat semua bahagian/harta si mati sekiranya mereka bersendirian(tiada waris lain).

Peraturan Terdinding Daripada Mewarisi:

  1. Taraf pertalian yang hampir menghalang pertalian yang jauh (cth: anak lelaki MENGHALANG anak lelaki kepada anak lelaki)
  2. Orang yang terkemudian terhalang dengan kewujudan orang yang lebih awal (cth: bapa MENGHALANG abang) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu Ibu tidak menghalang saudara lelaki dan saudara perempuan.
  3. Pertalian darah penuh menghalang pertalian darah separa (cth: saudara perempuan seibu sebapa MENGHALANG saudara sebapa) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu saudara seibu tidak terhalang sama sekali)

Hilang Hak Mewarisi:

  • BERLAINAN AGAMA. Menurut Syari’ah orang bukan Islam tidak boleh mewarisi daripada orang Islam.
  • Sekiranya seseorang itu MENYEBABKAN KEMATIAN SI MATI samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dia juga tidak boleh mewarisi harta si mati.

Harta Yang Dikira Sebagai Harta Pusaka:

  • Semua barang atau benda yang ditinggalkan oleh si mati, yang diperolehi semasa hayatnya secara halal melalui proses jualbeli, pusaka, hibah, wasiat, hadiah, atau sedekah dan sebagainya.
  • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada simati.
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
  • Dividen/faedah yang diterbitkan daripada harta simati.
  • KWSP
  • Pencen yang belum sempat ditunaikan oleh simati semasa hayatnya.
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya seperti perniagaan,saham,takaful dll.

Harta Yang TIDAK Dikira Sebagai Harta Pusaka:

  • Harta yang telah diberikan si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
  • Harta yang telah dijual oleh simati.
  • Harta yang telah diwakafkan,
  • Harta yang dipegang amanah,
  • Khairat kematian,
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian,
  • Faedah kematian/Amaun tambahan KWSP
  • Imbuhan,pampasan & saguhati,
  • Pencen terbitan,
  • Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Sedikit maklumat berkenaan FARAID

Video 1

Video 2

Credit 2:- http://blog.pintarpusaka.com/p/faraid.html

By hazlyagensi

6 Tip Beri Pinjam Duit

Suka atau tidak suka, kita pasti berjumpa keadaan sebegini.

“Abang, pinjam duit boleh. Adik ada masalah sikit.”

“Kak Long ada duit lebih tak? Gaji saya bulan ni dah habis. Ada lagi 10 hari ni nak dapat gaji.”

Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukarnya mendapatkan semula hutang tersebut.

beri-pinjam-duit-kat-kawan

6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Dekat Orang

1. Pastikan kita cukup kenal orang tersebut

Hatta saudara sendiri atau kawan baik sekali pun.

Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya. Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia. Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu. Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat bayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.

2. Beri pinjam jumlah wang yang sanggup kita hilang

Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik. Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :

“Aku kalau RM 3,000 tu tak ada la, tapi kalau RM500 boleh la nak kasi pinjam.”

3. Tahu tujuan meminjam

Kalau yang meminjam itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti sakit dan sebagainya, maka kita boleh pertimbangkan untuk membantu. Pastikan mereka tidak menipu. Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat lingkup.

4. Syarat bayar semula yang jelas

Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat. Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula. Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut.

“Bulan depan aku bayar balik, janji.”

Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.

Baik kita berikan cadangan begini :

“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan  bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”

5. Pastikan bertulis

Ini yang Islam anjurkan.

Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran. Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut. Bertulis. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja. Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.

6. Sediakan backup plan awal-awal

Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan. Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik. Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.

Contohnya kalau kita ada kedai makan :

“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.

Beri Hutang Lebih Baik dari Bersedekah

Kita bukanlah tak nak menolong, tapi kadang-kadang serik juga bila beri pinjam duit tapi tak bayar. Bila minta, asyik cakap tak ada duit. Sudah bertahun, tapi hutang masih belum langsai. Jadi, kalian boleh gunakan tips di atas sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjam duit kepada orang.

Nabi Muhammad saw ada bersabda:

Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: ”Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.

Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”

Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (Direkodkan oleh Ibn Majah & Baihaqi).

Jom keluar dari bebanan hutang dengan cepat.

Credit to :- http://www.pakdi.net/6-tips-sebelum-beri-pinjam-duit-kepada-orang-lain/

By hazlyagensi

Lailatul Qadar…

Assalamualaikum wbt..
Lailatul Qadar (Bahasa Arabلیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur’an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandangan jumhur ulama’ dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27.
 Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
 Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.
APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
doa-malam-lailatul-qodar-
 
2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
 
CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.
By hazlyagensi