6 Tip Beri Pinjam Duit

Suka atau tidak suka, kita pasti berjumpa keadaan sebegini.

“Abang, pinjam duit boleh. Adik ada masalah sikit.”

“Kak Long ada duit lebih tak? Gaji saya bulan ni dah habis. Ada lagi 10 hari ni nak dapat gaji.”

Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukarnya mendapatkan semula hutang tersebut.

beri-pinjam-duit-kat-kawan

6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Dekat Orang

1. Pastikan kita cukup kenal orang tersebut

Hatta saudara sendiri atau kawan baik sekali pun.

Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya. Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia. Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu. Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat bayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.

2. Beri pinjam jumlah wang yang sanggup kita hilang

Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik. Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :

“Aku kalau RM 3,000 tu tak ada la, tapi kalau RM500 boleh la nak kasi pinjam.”

3. Tahu tujuan meminjam

Kalau yang meminjam itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti sakit dan sebagainya, maka kita boleh pertimbangkan untuk membantu. Pastikan mereka tidak menipu. Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat lingkup.

4. Syarat bayar semula yang jelas

Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat. Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula. Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut.

“Bulan depan aku bayar balik, janji.”

Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.

Baik kita berikan cadangan begini :

“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan  bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”

5. Pastikan bertulis

Ini yang Islam anjurkan.

Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran. Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut. Bertulis. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja. Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.

6. Sediakan backup plan awal-awal

Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan. Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik. Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.

Contohnya kalau kita ada kedai makan :

“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.

Beri Hutang Lebih Baik dari Bersedekah

Kita bukanlah tak nak menolong, tapi kadang-kadang serik juga bila beri pinjam duit tapi tak bayar. Bila minta, asyik cakap tak ada duit. Sudah bertahun, tapi hutang masih belum langsai. Jadi, kalian boleh gunakan tips di atas sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjam duit kepada orang.

Nabi Muhammad saw ada bersabda:

Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: ”Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.

Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”

Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (Direkodkan oleh Ibn Majah & Baihaqi).

Jom keluar dari bebanan hutang dengan cepat.

Credit to :- http://www.pakdi.net/6-tips-sebelum-beri-pinjam-duit-kepada-orang-lain/

By hazlyagensi