Doa Murah Rezeki

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, syukur ke hadrat-Nya dengan limpah kurnia-Nya yang telah memberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berlalu. Sambil2 berehat bersama keluarga, setalah melepaskan penat seharian bekerja terlihat aku beberapa naskah buku yang aku perolehi tidak lama dahulu dan salah-satunya adalah “Doa Murah Rezeki”.

Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Baqara – 2:186

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Di sini ingi aku kongsikan bersama beberapa doa:

1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Maidah – 5:114

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.

2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah at-Taubah – 9:129

Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Hud – 11:6

Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Fathir – 35:2

Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Qasas – 28:24

Maksudnya: ”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.

9. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah asy-Syuara – 42:19

Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah at-Talaq – 65:7

Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

By hazlyagensi