Perlunya Kad Perubatan – Kisah Benar

Dalam usia 30-an, Su Ling* telah berkembang dengan maju dalam dunia firma pemasaran di pusat bandar Kuala Lumpur dan hidup dalam keadaan yang tenang dan aman. Dia mempunyai impian yang tinggi, tetapi tidak pernah meletakkan kerjanya dahulu sebelum keluarga. Su Ling akan sentiasa berhutang kepada dua ibu bapanya kerana mengajarnya tentang kehidupan dan oleh itu, menjadi keutamaannya menjaga dan menolong mereka terutama sekali dalam keadaan dimana mereka perlu dijaga. Gaji Su Ling yang tinggi membolehkannya hidup dalam keadaan teratur dan ibu bapanya dijaga dengan baik. Akan tetapi, kesukaran kewangan adalah sesuatu yang Su Ling tidak jangka berlaku.

Tragedi pertama berlaku apabila ibu Su Ling mengalami kegagalan buah pinggan. Oleh itu, rawatan dialisis diwajarkan. Oleh kerana terdesak untuk mendapatkan apa jua bantuan kewangan, Su Ling berusaha mencari cara lain untuk membiayai rawatan perubatan ibunya. Walau bagaimanapun, semua usaha beliau sia-sia. Dia tidak dapat memperoleh bantuan kewangan dari mana-mana pihak kerajaan dan NGO. Segala perubatan ibunya ditanggung sendiri disebabkan bapanya yang sudah lama bersara dan mempunyai simpanan yang amat sedikit. Dialisis dan terapi hormon sahaja berjumlah RM6,000 sebulan. Disebabkan surgeri ibunya yang mahal, segala gaji Su Ling terus digunakan untuk bil perubatan ibunya.

Setelah 5 tahun menanggung segala perubatan ibunya, bapa Su Ling telah didiagnosis dengan kanser paru-paru. Su Ling seperti tidak percaya dengan keadaan yang dialami olehnya, seolah-olah sebuah batu yang amat besar telah menimpanya. Su Ling sedar yang kos perubatan akan menjadi dua kali ganda memandangkan kedua-dua ibu bapanya yang sakit tenat. Dalam sebulan sahaja kos perubatan melonjak,membuatkan Su Ling kesempitan wang. Disebabkan keadaan yang memaksa, dia terpaksa membuat kerja sambilan semasa cuti hujung minggu. Namun begitu, dia hanya mampu untuk memenuhi keperluan dan tidak mempunyai wang tambahan untuk perbelanjaan lain. Dia tahu keadaan kewangannya menyebabkan dia tidak dapat membayar kos perubatan bapanya.

Disebabkan tidak dapat menanggung dirinya sendiri dan untuk membiayai kos perubatan kedua-dua ibu bapanya dengan pendapatan yang diperolehinya sekarang, dia merasakan dia amat memerlukan bantuan kewangan. Su Ling telah menggunakan jalan yang mudah dengan menggunakan kredit. Disebabkan terdesak, dia telah memohon beberapa kad kredit untuk meringankan bebannya walaupun mengetahui apa yang akan terjadi terhadap situasi kewangannya kelak.

Keadaan ibu bapanya semakin merosot dan akhirnya dia telah kehilangan kedua ibu bapanya pada tahun yang sama. Disebabkan kehilangkan itu, Su Ling kecewa. Dia tidak mempercayai bahawa segala usahanya selama ini tidak berhasil. Di samping itu,hutang yang terkumpul telah membuatkan Su Ling perlu membayarnya dengan segera. Walaupun ada saudara mara yang datang membantu, ia tetap tidak memadai.Oleh itu, Su Ling telah mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK.

Ejen AKPK telah berunding dengan pihak bank untuk beberapa pengecualian faedah dan faedah penalti. Tunggakan terkumpul adalah RM500,000 pada lima kad kreditnya yang diatur agar Su Ling membayar minimum RM300 sebulan untuk hutangnya dengan pengecualian faedah. Perundingan itu jugak membuatkan pihak bank merendahkan pembayaran bulanan Su Ling sebanyak 50%. Su Ling sangat berterima kasih kerana akhirnya selepas 10 tahun mengalami tekanan kewangan, dia dapat melegakan diri dan meneruskan kehidupannya dalam keadaan tenang.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

Sumber : http://www.akpk.org.my/my/pembelajaran/kisah-kejayaan/id/171/cerita-10

mdical-card1

Malangnya Su Ling tidak menyedari akan kepentingan memiliki Kad perubatan dan menjadi kewajipan seorang perunding insurans/ takaful untuk memberitahu tentang kebaikan Kad Perubatan.

Jika Su Ling mengambil Kad Perubatan untuk ibu dah bapanya lebih awal sudah tentu perkara ini dapat dielakkan..Yang lebih menakutkan lagi kebarangkalian Su Ling akan terkena penyakit sama seperti ibu bapanya amat tinggi..

Oleh itu, Su Ling juga perlulah memiliki kad perubatan untuk mengelakkan dirinya membebankan kewangannya.

Dengan hanya RM 150 – RM 500 sebulan apalah sangat jika dibandingankan dengan RM 500,000 yang perlu ditanggung oleh beliau.

Kelebihan Kad Perubatan
1/-Beri tanggungan perubatan yang mahal ( 600K – 2 juta seumur hidup).
2/- Beri Pampasan 36 jenis penyakit
3/- Beri Pampasan Kemalangan
4/- Beri Elaun Hospital
5/- Perlindungan sehingga umur 80tahun untuk perubatan..dan sehingga umur 99 tahun untuk kematian atau lumpuh.
6/-Dilindungi walaupun di luar negara.
7/-Nikmati pelepas cukai
9/-Keuntungan daripada hasil pelaburan
10/- Simpanan wang untuk persaraan. dan lain-lain lagi
Rujukan – http://www.i-great.com/i-great/pdf/products/iMedik%20Rider.pdf

http://www.i-great.com/i-great/pdf/products/iGreat%20Damai.pdf

 

By hazlyagensi