Apa itu MLTT? MLTA? MRTA? MRTT?

Ramai yang bertanya MLTT tu apa? MRTA apa? MRTT? MLTA?

Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya insurans untuk protect loan rumah kita. Loan ye… Bukan rumah… Iaitu perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam (pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal. Sebenarnya benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance

4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

Yang berbeza cuma pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.

Senang saje nak faham. Pertama, Takaful vs Assurance. Yang Takaful tu patuh syariah dan yang Assurance tu tidak patuh syariah sebab dia konvensional. Kedua, Level vs Reducing. Yang Level maksudnya jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa dan yang Reducing tu pulak bermaksud jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan. Gambarajah bawah ni boleh bantu untuk lebih faham…

MLTT
Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak RM100,000 + nilai tunai setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank.
MRTT
Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful

Kenapa ada Assurance atau Takaful? Sama macam perlindungan yang lain-lain, ada jenis konvensional dan ada jugak yang takaful.

Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh dilihat melalui jadual berikut :-MLTTvsMRTT

Kalau anda mahukan quotation utk MLTT dari Great Eastern Takaful

quotation (1)

– Credit 2 : http://www.takafulgreat.com/mortgage-level-term-takaful-mltt/#sthash.6UJ2pNYH.dpuf

By hazlyagensi