DUIT SIMPANAN, KAD KREDIT, ATAU MENGGUNAKAN KAD PERUBATAN YANG MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Jika anda tidak menyimpan wang dari sekarang..lambat laun anda terpaksa membelanjakan semua wang anda untuk tujuan perubatan dan pemulihan kesihatan anda atau orang tersayang…atau jalan lebih mudah guna kad kredit iaitu berhutang.

Masih ramai orang terutama muslim yang belum menyedari kepentingan takaful dan kad perubatan bagi menggantikan kad kredit atau duit simpanan. Adakah mereka ini tidak tahu atau buat-buat tak tahu?

Tidak tahukah anda akan hakikat bahawa simpan dengan syarikat takaful dapat perlindungan, dimana sistem takaful beri jaminan bahawa, sistem takaful sanggup menanggung segala perbelanjaan perubatan yang anda perlukan malah disertakan dengan elaun.

Sesuatu yang tak masuk akal apabila kita jatuh sakit masuk hospital, sistem takaful beri elaun lagi sebagai ganti pendapatan anda kerana tidak dapat hadir bekerja.

kad kredit punca muflis

Namun, masih ramai juga berpendapat bahawa rugilah kalau ambik kad perubatan kerana jika tidak sakit atau masuk hospital, sejumlah charge/duit akan dikenakan/dipotong dari akaun.

Tapi yang hairanya, tidak pula merasa rugi apabila masuk hospital terpaksa bayar beribu-ribu ringgit dan apabila duit tidak mencukupi guna kredit kad dan jika masih tidak mencukupi, tanpa segan-silu iklan sana-sini mohon bantuan…faham ke faham

Sedangkan, hanya dengan RM5 sehari, menyimpan di takaful anda sudah layak untuk dapat tanggungan perubatan melebihi RM90,000 setahun hanya dengan menunjukkan sekeping kad perubatan di kaunter pendaftaran hospital. Tak percaya rujukhttp://bit.ly/1hUsbbN

Kad Perubatan Dengan RM5

Jika RM5 sehari atau sebulan RM150 atau RM1800 setahun, pon anda tak mampu simpan, agak-agak boleh ke, anda sediakan RM 20,000 dengan segera, jika doktor perlukan untuk rawatan perubatan anda, tanpa jumlah wang tersebut nyawa anda atau orang tersayang akan melayang…cuba renungkan

Mahalnyer RM 5 sehari…
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat… Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan yang telah ditetapkan untuk isi rumah miskin tegar di Malaysia adalah RM460.00 seisi rumah(rujuk http://bit.ly/1dTOL1a)…Ini bermakna golongan miskin tegar belanja untuk makanan sahaja RM15 sehari…

Kalau dilihat dari aspek kepentingan takaful dan kesedaran risiko, golongan miskin tegar pon boleh memiliki takaful (kad perubatan) yang hanya RM5 sehari (tanpa mengira perbelanjaan lain).

Apa anda boleh beli dengan RM5 sehari…cukup ke buat belanja makan? …untuk budget makan sahaja dah RM 10 sehari..rokok lagi mahal tp boleh beli pulak..tengok wayang..duit minyak motor dan lain-lain..

Apabila dibandingkan dengan keperluan lain, RM5 sehari untuk takaful tidaklah semahal mana..
Bukan untuk orang lain untuk bantu diri sendiri juga..betul ke betul.

Jika itu pon tidak mampu bermakna anda lebih teruk daripada golongan miskin tegar

Magic bill1 black hole

Pernahkah anda terfikir…Bagaimana pula apabila anda lumpuh dan tak boleh bekerja? Berapa Ringgit Malaysia anda boleh dapat? Siapa yang nak menyara keluarga anda? Siapa yang nak bayar bil-bil kredit kad, hutang bank, hutang kereta, rumah, bil air, elektrik dan lain-lain.

Nak ke…dengan hanya RM5 sehari.. semua perbelanjaan diatas ditanggung beres.
Nak ke dengan hanya RM5 sehari..semua perbelanjaan perubatan anda ditanggung seumur hidup.

Dan jika ditakdirkan anda sihat  sehingga tamat tempoh matang polisi anda, anda akan dapat balik pulangan sebagai wang untuk persaraan..paling kurang 40% hingga 80% drp jumlah simpanan selepas tempoh matang..dan duit tersebut anda boleh keluarkan kesemuanya..ok ke ok… masalah wang untuk persaraan

Mari sama-sama kita mengira.

RM150 x 12 bulan x 30 tahun = RM 54,000
40% drp RM54,00 => RM21,600
80% drp RM54000 => RM43200

*Bagi kanak berumur bawah 15 tahun kebawah
pulangannya melebihi 100%

*Semua pulangan bergantung pertusan nilai pulangan pelaburan dan ekonomi negara serta dana pelaburan yang dipilih.
Untuk rujukan http://bit.ly/1d9IlJu

Jika Anda Ingin mengetahui berapa jumlah simpanan dan pulangan yang anda akan perolehi untuk tempoh 30 tahun dapatkan disini—>http://bit.ly/1d9IOvq

Semuanya terpulang kepada anda…mohon maaf jika perkongsian ini menyinggung perasaan mana-mana pihak..
Semoga anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini.

WANITA TERIMA PAMPASAN INSURANS SUAMI RM150,000

By hazlyagensi