Adakah Simpanan KWSP cukup untuk Persaraan Anda?

KWSP1
Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan tabungan dengan elemen pelaburan untuk persaraan. Caruman ini telah ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dibuat pada setiap bulan oleh majikan. Setiap bulan 11% daripada pendapatan bulanan anda perlu dicarumkan ke dalam akaun KWSP anda.

Persoalannya, adalah simpanan KWSP anda mencukupi untuk menampung keperluan anda ketika persaraan kelak?

1234

Nota: Jadual pengiraan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Keperluan anda mungkin berbeza daripada jadual di atas. Anda dicadangkan untuk berhubung dengan Perunding Kewangan anda sebelum membuat keputusan dalam kewangan.

Mengapa pentingnya membuat simpanan dari awal?

Berdasarkan jadual di bawah, anda perlu membuat simpanan pada awal usia 20 tahun.

2345

 

Simpanan bulanan ini dapat dikurangkan jika anda menyimpan pada usia yang lebih muda, berbanding sekiranya anda mula membuat simpanan pada usia 30 tahun, yang memerlukan anda menyimpan lebih banyak untuk mencapai matlamat persaraan yang sama. Masa adalah nilai untuk wang.

Bagi mendisiplinkan diri dengan membuat simpanan, anda perlu memastikan untuk sentiasa membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan anda, Ingat! semua orang memerlukan jumlah wang besar untuk bersara dengan selesa.

Terdapat dua elemen utama yang memberi kesan terhadap dana persaraan anda,iaitu Kadar Faedah dan Kadar Inflasi.Kedua-dua elemen ini tidak dapat dikawal oleh anda Oleh itu, sentiasa pastikan anda mempunyai simpanan bulanan secara tetap sebagai persediaan persaraan anda.

(sumber:Majalah Ringgit-FOMCA)
By hazlyagensi