Teknik Mudah untuk Keluar Daripada Perangkap Realiti Semasa

reality

Saya ingin berkongsi kepada anda satu latihan mudah yang anda boleh lakukan 

untuk membetulkan pemikiran anda dan pergi menghala ke kelimpahan rezeki.

Cuba perhatikan cerita berikut:

Mary mendapat pendapatan yang baik, tetapi dia tidak bahagia. Dia masih ada
hutang kereta, dia mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah yang lebih baik, dia
perlukan simpanan wang untuk pembelajaran ijazahnya. Walau betapa teruknya dia
bekerja, dia tidak pernah merasa cukup. Dan untuk menambahnya, dia berhutang
dengan bank kerana kad kredit.

Anda tentu kenal seseorang seperti Mary.
Ramai di antara kita berada dalam keadaan Mary, yang fokus kepada apa yang kita
tidak inginkan. Masalahnya adalah, apabila anda merungut tentang tidak cukup,
anda menarik lebih bil untuk dibayar.

Mary harus tentukan matlamat supaya bebas daripada hutang. Ini juga adalah
pendekatan yang salah… matlamat bebas HUTANG ini akan mengekalkan HUTANG
anda sampai bila-bila. Anda berfikir pasal hutang, hutang, hutang dan itulah apa
yang anda tarik dalam hidup anda.

Ini adalah bagaimana Mary mengubah mindanya apabila dia mempelajari Hukum
Tarikan.

Mula-mula, dia mengubah matlamatnya. Matlamatnya adalah tiada lagi “bebas
hutang”. Matlamatnya adalah “kebebasan kewangan yang mutlak”. Sekarang dia
fokus kepada perkara positif. Dia menghabiskan beberapa minit setiap pagi
berimaginasi tentang apa yang dia akan buat untuk mencapai kebebasan kewangan.
Perkara seterusnya yang Mary buat adalah membetulkan pemikiran negatifnya.

????????????????

Pemikiran asalnya adalah:
Saya ada banyak hutang, saya tak tahu nak buat apa.
Saya tidak cukup untuk mendapatkan benda yang saya cari untuk diri saya
dan keluarga saya.

Dengan perlahan-lahan, dia mula membetulkan pemikirannya:

  • Saya ada rumah, anak-anak saya gembira. Saya ada keluarga yang penyayang.
  • Saya ada kerja yang bagus dengan peluang untuk naik gaji.
  • Saya sihat.
  • Saya tidak patut merasa teruk, ramai orang tidak mempunyai rumah dan keluarga yang bahagia.
  • Hutang saya akan dibayar habis, apabila saya mula menyimpan sedikit setiap bulan.
  • Ada orang yang lebih teruk daripada saya, 1 bilion orang seluruh dunia terpaksa hidup dengan kurang RM1 setiap hari.
  • Saya bersyukur yang saya ada kerja dan mempunyai gayahidup sederhana.
  • Saya suka idea menjadi kaya.
  • Saya bersyukur yang saya mempunyai kereta, baju cantik, dapat makan 3 kali sehari dan boleh ambil cuti. Ramai orang tidak boleh melakukannya.
  • Saya percaya yang lebih banyak wang dan pelbagai sumber pendapatan akan terbuka untuk saya pada masa hadapan.

Jadi, dengan menukar pandangan terhadap keadaannya, Mary membetukan dirinya
daripada pemikiran negatif kepada positif.

Dengan perlahan-lahan, pemikirannya dan impiannya menjadi lebih baik:

  • Saya percaya yang bakat saya akan membantu saya mendapatkan pendapatan lebih tidak lama lagi.
  • Saya akan mempunyai perniagaan sendiri tidak lama lagi.
  • Saya boleh lihat diri saya mempunyai rumah yang ada 6 bilik tidur pada 2012.
  • Saya akan mempunyai RM 1,000,000 dalam bank dalam masa 5 tahun.
  • Mary sudah mula menukar mindanya dan membiarkan Hukum Tarikan mengalir masuk kepadanya.

Pemikirannya berubah daripada:

Saya ada banyak hutang, saya tak tahu nak buat apa.

Kepada:

Saya akan mempunyai RM 1,000,000 dalam bank dalam masa 5 tahun.

Ia meningkat, daripada perubahan kecil dalam kepercayaan diri. Tetapi apabila anda
sudah mulakan, anda akan perasan yang pemikiran positif mula datang dengan
pantas dan mudah.
Perkara kebetulan banyak berlaku. Mungkin Mary akan dapat kenaikan gaji, atau dia
akan belajar cara mengawal hutangnya daripada penasihat kewangan. Banyak idea
dan peluang baru akan mula mengalir kepadanya, aliran kebetulan ini adalah Hukum
Tarikan yang sedang bertindak.

Perhatikannya, pegang dan ikut mereka. Petanda kecil ini daripada alam semesta akan
membantu memberi anda motivasi dan percaya untuk terus bergerak ke arah benda
yang lebih baik.
stay-positive

Keputusan sekarang adalah hasil daripada kepercayaan anda sekarang. Pendapatan
anda sekarang adalah bergantung kepada kepercayaan anda tentang apa yang anda
mampu memperolehinya. Ketika anda membaca artikel ini, anda akan menilai semula
apa yang anda lihat adalah benar… apa yang anda percaya. Apabila anda menilai
semula situasi, anda akan dapat perubahan pada keputusan anda.

By hazlyagensi