Mari Mengenali PIDM?

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) pada tahun 2005. Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit, serta mentadbir satu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.  Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM mempunyai kuasa meluas untuk menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan, mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, melakukan intervensi dan resolusi institusi ahli yang bermasalah serta bertindak bagi memelihara kepentingan pendeposit dan pemilik polisi.PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan.  Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC), terutama sekali di peringkat antarabangsa.Apakah perlindungan yang disediakan oleh PIDM?

Sistem Insurans Deposit

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di ahli penerima deposit, sekiranya berlaku kegagalan ahli penerima deposit. Melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans daripada kehilangan manfaat takaful dan insurans yang layak, sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

Mandat PIDM

Mandat PIDM digariskan dalam Akta PIDM dan matlamatnya adalah untuk :

  • Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful insurans;
  • Menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit yang baginya ahli penerima deposit adalah bertanggungan serta menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans yang baginya ahli penginsurans adalah bertanggungan;
  • Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan; dan
  • Menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), PIDM akan bertindak dengan cara yang
meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

Visi PIDM

Penginsurans dengan amalan terbaik.

Misi PIDM
Kami akan:

  • Melindungi deposit Islam dan konvensional
  • Melindungi manfaat takaful dan insurans
  • Memenuhi mandat kami dengan cara yang efisien dan efektif, dengan mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama dan kakitangan kami

Teras Strategik PIDM

  • Kecemerlangan operasi
  • Tadbir urus yang mantap
  • Keyakinan awam terhadap system kewangan

Objektif Korporat PIDM

  • Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat
  • Perkongsian efektif
  • Organisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik
  • Penilaian dan pemantauan risiko serta keupayaan resolusi yang kukuh
  • Amalan urusan dan kewangan yang mantap
  • Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan
  • Persekitaran korporat yang kondusif

Nilai Korporat PIDM

  • Pengelolaan Kewangan yang Berhemat
  • Kecemerlangan dan Profesionalisme
  • Hormat dan Adil
  • Integriti dan Kebolehpercayaan
  • Komunikasi dan Kerja Berpasukan
Advertisements
By hazlyagensi

Kisah Sedih !! Awak Hanya 1 Jam Sahaja Lagi Untuk Hidup !

Kisah Sedih !! Awak Hanya 1 Jam Sahaja Lagi Untuk Hidup ! – Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya.

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

gambar Sakit

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.

Apa yang akan terjadi padanya kini?

Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya….

Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,

“Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian”

Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?”

Malaikat menunjukkan mereka itu.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.

Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.

Luangkan masa bersama keluarga.

Imarahkan masjid selalu.

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

Selalulah memberi.
Sumber : Kisah Sedih !! Awak Hanya 1 Jam Sahaja Lagi Untuk Hidup ! | GilerKentang

By hazlyagensi

Memahami apa itu insurans dan takaful?

Sumber:- http://www.insuranceinfo.com.my/learn_the_basics/insurance_made_clear.php

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.
 
Anda boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:
Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen

Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful
Melalui Internet
Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
Masih tak faham, tak mengapa kami ada masa untuk memberi anda kefahaman yang sebenar. Hubungi Hotline/SMS kami 012-5358469 atau 012-5358470 untuk penerangan lanjut dan khidmat nasihat secara percuma atau tinggalkan mesej di fanpage kami http://www.facebook.com/messages/WeCareForU
By hazlyagensi