Insurans Bijak Malaysia?

bijak_malaysia

Sumber –> http://nurfauzibassar.blogspot.com/2012/07/insurans-bijak-malaysia.html

Saya hanya sedar kewujudan skim ini setelah menemankan isteri untuk buka akaun Maybank.

Semasa membuka akaun, kami ditawarkan  dengan skim insurans ini. Mulanya saya ingat produk daripada Etiqa Insurans, rupanya (senang kata) produk ini adalah satu program daripada pihak kerajaan.

Baca dahulu di sini.

Insurans ini ditawarkan melalui beberapa bank yang dipilih. Jadi, ia bukan produk daripada bank.

Contoh bank yang menawarkan insurans ini adalah Maybank dan CIMB.

Jadi staff itu sempatlah juga menerangkan serba sedikit tentang insurans ini. (Seboleh-boleh nak pelanggan ambik skim insurans ni.)

Memandangkan produk ini dari kerajaan, jadi kelulusannya mudah, berbanding dengan produk insurans dan takaful yang ada di pasaran. Lebih-lebih lagi mengenai status kesihatan.

Tapi bila saya tanya. Ini ada jaminan syariah compliance ke?

” Maaf cik, tak ada. Ini produk Insurans daripada government. ”

” Kalau macam itu saya tak mahulah. Minta maaf ye. ”

(Alasan lainnye, sebab diri sendiri sudah ada 2 polisi Takaful Keluarga)

Mujur juga kita ni tahu, kalau pelanggan yang tak tahu mungkin dah termakan promosi.

Masalah produk

Ya, walaupun produk ini adalah program kerajaan, ada satu masalah bagi pelanggan beragama Islam.

Berkenaan dengan status ‘syariah compliance’ produk.

Bagi mereka yang tak tahu, saya berikan satu tips. Kalau nama produk itu adalah ‘insurans’ ia tidak halal. Walaupun namnya kelihatan Islamic. Contohnya Insurans Madaani (nama rekaan), atau apa-apa sahaja.

Tapi kalau namanya ‘takaful’, alhamdulillah anda tak perlu pening dengan status halalnya. Walaupun namanya tidak islamic. Contohnya Hong Leong MSIG Takaful. Ianya halal, walaupun nama ‘Hong Leong’ ada disitu.

Produk insurans Bijak Malaysia ini adalah satu usrusniaga insurans, jadi hukumnya adalah sama seperti Fatwa di Malaysia berkenaan Insurans. Boleh ‘google’ dan cari ye.

Bagi mereka yang mahu mengambil produk ini, saya sangat-sangat tidak menggalakkan. Datanglah produk harga murah maam mana pun, keuntungan melambung 100% pun, kalau namanya insurans, tak patuh syariah, kita perlu tolak.

Tak kira pihak mana pun yang menawarkan, daripada pihak kerajaan ataupun swasta, walaupun murah dan menguntungkan, selidik dahulu status HALALnya.

Kenapa Takaful halal pulak?

Takaful beroperasi dibawah aktanya sendiri, Akta Takaful 1984. Dalam akta itu ada disebut tentang kewujudan penasihat Syariah yang WAJIB ada dan urusniaga perlu dijalankan selari dengan syariat Islam.

Nama takaful tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Bukan suka-suka letak nama takaful pada Syarikat Takaful seperti Takaful Ikhlas,  Etiqa Takaful, Takaful Malaysia, dan banyak lagi…

Pemakaian nama itu perlu mematui Akta Takaful 1984. Jadi bukan benda main-main.

bijak_malaysia

Ada yang bising…

” Asal kerajaan buat je, semuanya kau kate haram! “

Pengharaman insurans itu sendiri diputuskan oleh Majlis Fatwa. Malah Akta Bank Islam dan Akta Takaful itu sendiri adalah satu usaha kerajaan untuk beri alternatif kepada pengguna Islam di Malaysia.

Hang nak kata apa lagi? Yang cakap haram pun dari pihak yang berkuasa dalam kerajaan jugak. Betoi?Saya tak kata matlamat Insurans Bijak Malaysia ni tak bagus, cuma status ‘insurans’nya itu yang menjadi masalah dari segi muamalat Islam. 

Harapnya kerajaan Malaysia boleh wujudkan produk berasaskan Takaful melalui syarikat Takaful yang ada untuk semua rakyat Malaysia. Mesti ramai yang ambik. Barulah sesuai nak kata Malaysia sebagai Hub Kewangan Islam!

Credit to –>> http://nurfauzibassar.blogspot.com/2012/07/insurans-bijak-malaysia.html

By hazlyagensi