syiling

Rahsia Menyimpan Yang Bank Tak Mahu Anda Tahu

Assalamualaikum,

Ada lagi hamba Allah tanya nak buat apa menyimpan dalam takaful?

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢَ ﺍﻟﺬﻱ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﻫﻮﺍﻟﺤﻲ ﺍﻟﻘﻴﻮﻡ ﻭﺃﺗﻮﺏ ﺇﻟﻴﻪ

اَلحَمْدُ لِله

Takpa Dia dah tanya ? Sabarjelah..

Jawab cara selamba…Untuk simpan duit lah..

Simpan duit? Buat apa nak simpan duit kat takaful, takaful bukannya bank?

Ramai orang simpan duit kat dalam tabung, bawah tilam bantal, tabung haji, ASB …semua tu pon bukan BANK..kenapa ada orang masih simpan kat situ juga?

Lebih afdal sertai insurans takaful

Simpan Di Bank Lagi Selamat ke?

Tahukah anda bank di Malaysia juga mengambil insuran supaya dapat menggantikan wang anda yang hilang akibat dirompak, kebakaran, bencana alam dan sebagainya..

Manakala jika bank mengalami muflis, wang anda juga akan selamat kerana diinsurans oleh PIDM  (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). PIDM melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di bank-bank ahli, sekiranya berlaku kegagalan bank (iaitu bank menjadi muflis). Deposit anda yang layak diinsuranskan dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

So, begitu juga di takaful, wang anda selamat dan diinsurans oleh PIDM  (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). Jika berlaku syarikat takaful tersebut jatuh muflis tidak dapat membayar wang perlindungan atau simpanan anda PIDM akan menggantikannya sehingga RM500,000. Jadi Selamat ke Selamat?

infostrip-TIPS-eng

Nak buat apa dengan duit simpanan tu? Eh..apa ke punya soalan tu.

=========================================

Rahsia Menyimpan Di Takaful Yang Bank Tak Mahu Orang Tahu.

pernah anda terbayang ini terjadi

Dengan hanya simpan duit :-

1/- Anda dapat perlindungan akibat kematian, akibat kemalangan, akibat sakit, lumpuh, dapat elaun harian hospital, wang pampasan, elaun sara hidup jika tidak dapat bekerja dan byk lagi.

realiti kehidupan

WANITA TERIMA PAMPASAN INSURANS SUAMI RM150,000

2/- Anda dapat sediakan dana untuk pendidikan anak.

Buat apa…kan PTPTN ada?
Kalau tak mau guna untuk pendidikan anak..Gunakanlah duit tersebut untuk dana perkahwinan anak atau apa-apa keperluan anak anda.

education_fund

pengantin

3/- Anda dapat sediakan duit untuk menunaikan haji dan jika anda meninggal sebelum menunaikan haji, takaful akan membayar kepada pihak tabung haji untuk mengupah orang bagi menunaikan haji bagi pihak anda.

*Rasa anda kalau anda meninggal dunia, ahli keluarga dan anak-anak akan buat upah haji untuk anda tak???

serah badal haji

4/- Anda dapat keuntungan pelaburan daripada duit yang anda simpan.

Eh ye ka…Ada pelaburan ke? Biar betul? Banyak ke untungnya? Berapa dividen takaful beri?

Suruh simpan pon susah…kira nak untung je?…hehe

Keuntungan yang diberi – 5-9% setahun okey ke?.atau nak lebih?

dana mekar 1

Rujuk–> http://www.i-great.com/i-great/ffs.html

5/- Kalau anda sakit dan perlukan pembedahan, anda dapat tanggungan perubatan dari RM900,000 hingga RM2 juta seumur hidup. Nie mesti tak caya nie..
Kalau tak caya rujuk sini –> http://bit.ly/1hUsbbN

6/- Jika anda berpendapatan lebih RM3000 ke atas, anda sudah dikenakan cukai..Well..dengan simpan dalam takaful anda dapat pengecualian cukai RM3000-RM6000..

income tax2

7/- Sebagai bonus, takaful juga menyediakan perkhidmatan baikpulih kenderaan rosak dan tarik kereta rosak secara percuma.

8/-Jika anda jatuh sakit atau mati diluar negara, jangan risau, takaful juga menyediakan perkidmatan membawa pulang anda atau mayat anda ke tanahair secara percuma.

9/- Takaful beri semula, semua duit simpanan anda selepas tempoh matang. Ambiklah duit anda balik..Ketika ini anda akan berterima kasih kepada kami kerana memaksa anda untuk menyimpan. Dan anda mungkin akan menyesal kenapa aku tak simpan lebih banyak lagi..

bersara miskinApa nak buat dengan duit tersebut?
✔ Jika anda dah bersara, duit itu boleh bantu untuk perbelanjaan harian selepas persaraan.

✔ Jika anda masih berhutang, gunalah untuk bayar hutang.
✔ Jika anak nak kahwin, boleh guna untuk belanja majlis perkahwinan.
✔Jika hendak melabur, gunakan ia untuk membuat lebih banyak duit lagi..
✔Jika belum tunaikan haji, gunakan untuk pergi haji.
✔Untuk melancong, Untuk kahwin lagi, Untuk sambung belajar.
✔Guna untuk apa sahaja yang memerlukan duit..jika anda sudah banyak duit ..tak tau nak buat apa…Apa kata dermakan kepada rumah anak yatim, derma kepada masjid, surau, dan sebagainya.

Kalu simpan dalam bank ingat boleh dapat semua nie tak?

Wow..Banyak nyer kelebihan menyimpan dalam takaful!!!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihannya yang tersembunyi dan tersirat? Kalau nak huraikan mau 10 muka surat..

Secara ringkasnya..dengan sistem takaful inilah, caranya umat Islam dapat berkongsi kekayaan, memberi dan menerima, membantu dan dibantu, menambah pahala, menambah keberkatan hidup, menjemput rezeki, memberikan ketenangan, kebahagian kepada ahli-ahlinya..Inilah sesuatu kita tak nampak..pahala yang tak putus-putus sebagai bekalan bertemu Yang Maha Kuasa.

Dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya “(HR. Muslim).

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 215

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 254

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 262

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 263

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 264

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

“What You Give, You Get More”

Wallahualam bissawab.. Semoga Bermanfaat

By hazlyagensi