bank-negara-malaysia-wang-kertas

BNM Galakkan Tabungan Dalam Insurans TAKAFUL

Pada akhir bulan November 1996, terdapat 65 buah syarikat insurans dengan 793 cawangan yang beroperasi di Malaysia. Daripada bilangan tersebut, 51 buah merupakan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, manakala 14 buah syarikat lagi ditubuhkan di luar negeri. Daripada 65 buah syarikat tersebut, lima menjalankan perniagaan insurans hayat sahaja, 47 buah (termasuk tujuh buah syarikat insurans semula) menjalankan perniagaan insurans am sahaja, dan 13 buah syarikat lagi menjalankan kedua-dua perniagaan insurans hayat dan am. Oleh itu, secara keseluruhan terdapat 18 buah syarikat (termasuk 13 buah syarikat insurans komposit yang menjalankan kedua-dua perniagaan insurans hayat dan am) menjalankan perniagaan insurans hayat di Malaysia. Syarikat-syarikat tersebut menyediakan pelbagai jenis polisi insurans hayat meliputi terutamanya faedah kematian, kehidupan, mencapai tarikh matang atau apa sahaja kejadian yang ditetapkan dalam kontrak.

BNM

Polisi insurans hayat adalah kontrak di antara pihak yang diinsuranskan dan syarikat insurans di mana syarikat insurans dikehendaki membayar kepada pihak yang dinamakan sebagai pewaris sejumlah wang (iaitu jumlah wang diinsuranskan) apabila polisi tersebut matang, berlaku kematian, atau dalam kejadian-kejadian lain seperti yang ditentukan dalam kontrak tersebut. Sebagai contoh ialah kehilangan upaya kekal dan menyeluruh atau pemegang polisi mengidap penyakit kritikal tertentu. Produk insurans hayat secara kasar terbahagi kepada empat kategori seperti berikut:

  1. Tabungan untuk memenuhi keperluan kewangan bagi tujuan-tujuan tertentu pada tarikh yang tertentu di masa hadapan;
  2. Menyediakan jaminan kewangan bagi keluarga jika berlaku kematian di luar jangkaan pihak yang diinsuranskan semasa tempoh di mana jumlah tabungan belum lagi mencapai tahap yang diingini;
  3. Menyediakan perlindungan bagi tujuan membayar balik pinjaman yang diambil bagi tujuan membeli aset; dan
  4. Tabungan untuk menampung perbelanjaan di luar jangkaan yang mungkin timbul akibat daripada penyakit atau kehilangan keupayaan.

Polisi insurans hayat boleh didapati dalam bentuk polisi sertaan, di mana ia turut serta dalam keuntungan syarikat insurans dalam bentuk bayaran bonus, atau polisi ketidaksertaan, di mana pemegang polisi tersebut tidak akan mendapat faedah tambahan hasil keuntungan syarikat insurans. Jenis-jenis utama polisi insurans hayat yang ditawarkan oleh syarikat insurans hayat adalah seperti berikut:

(i) Insurans Seumur Hidup

Ciri-ciri : Jumlah wang diinsuranskan (iaitu faedah) akan dibayar apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia. Faedah polisi juga boleh dibayar apabila berlaku kejadian-kejadian lain seperti hilang upaya kekal dan menyeluruh atau penyakit kritikal/ merbahaya.
Faedah : Polisi ini menyediakan perlindungan kewangan kepada keluarga bila berlakunya kehilangan pendapatan akibat daripada kematian ketua keluarga.
Kadar premium : Kadar premium tahunan bagi setiap RM1,000 jumlah wang diinsuranskan bagi individu berumur 30 tahun ketika membeli polisi ini adalah lebih kurang RM23 bagi polisi sertaan dan RM17 bagi polisi ketidaksertaan.

(ii) (a) Insurans Endowmen

Ciri-ciri : Jumlah wang diinsuranskan dibayar pada tarikh polisi matang atau apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia, mana yang terdahulu. Sama seperti insurans seumur hidup, sebagai tambahan kepada perlindungan kematian, perlindungan boleh juga diluaskan untuk meliputi kejadian-kejadian lain seperti kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, penyakit kritikal atau faedah tambahan untuk kematian akibat kemalangan dan sebagainya.
Faedah : Insurans endowmen merupakan satu polisi tabungan di mana jumlah wang diinsuranskan akan dibayar sekaligus kepada pemegang polisi pada tarikh matang. Tarikh matang polisi tersebut boleh disesuaikan supaya ianya seiring dengan tarikh berlakunya peristiwa-peristiwa tertentu di masa hadapan yang memerlukan sejumlah wang tersebut misalnya, untuk membiayai pendidikan anak-anak, persaraan dan sebagainya.Pembayaran faedah boleh juga dibuat secara berkala sekiranya pemegang polisi mahukan sedemikian, seperti pembayaran dibuat bagi setiap lima tahun dalam tempoh polisi tersebut berkuatkuasa. Polisi sedemikian digelar Polisi Endowmen Jangkaan (Anticipated Endowment Policy).
Kadar premium : Kadar premium tahunan bagi setiap RM1,000 jumlah wang diinsuranskan bagi individu yang berumur 30 tahun ketika membeli polisi ini dan untuk tempoh 20 tahun adalah lebih kurang RM55.80 bagi polisi endowmen sertaan dan RM41.60 bagi polisi endowmen ketidaksertaan.

(ii) (b) Pelan Pendidikan

Ciri-ciri : Faedah akan dibayar pada tarikh matang yang ditetapkan untuk menampung keperluan kewangan bagi membiayai pendidikan seseorang anak di peringkat universiti. Polisi ini biasanya dijual dalam dua bentuk: dengan ibubapa sebagai pihak yang diinsuranskan dan pemilik polisi, manakala penerima faedah adalah anaknya; atau anak tersebut sebagai orang yang diinsuranskan dan pemunya polisi.
Faedah : Pelan jenis ini memudahkan ibubapa menabung untuk membiayai pendidikan masa depan anak mereka. Jika berlaku kematian di luar jangkaan kepada ibubapa, faedah yang sepatutnya dibayar pada tarikh polisi matang masih boleh didapati untuk menampung pendidikan tinggi anak tersebut tanpa perlu membayar baki premium bagi polisi tersebut. Jika anak tersebut meninggal dunia, ibubapa juga diberi pilihan untuk meneruskan polisi tersebut bagi faedah anak yang lain.
Kadar premium : Untuk faedah polisi yang dibayar atas sebab kematangan/ kematian/ kehilangan upaya kekal dan menyeluruh anak tersebut, kadar premium tahunan bagi setiap RM1,000 jumlah wang diinsuranskan bagi anak yang berumur 1 tahun ketika perlindungan insurans bermula dan berumur 21 tahun pada waktu matang adalah lebih kurang RM55.30.

(iii) Insurans Sementara

Ciri-ciri : Jumlah wang diinsuranskan hanya dibayar apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh polisi tersebut. Tempoh polisi tersebut pula adalah terhad kepada umur pihak yang diinsuranskan tidak melebihi 65 tahun.
Faedah : Insurans sementara merupakan jenis perlindungan insurans yang paling murah yang menyediakan perlindungan kematian sebelum tempoh polisi tamat. Pada kebiasaannya, polisi jenis ini tidak menyediakan nilai serahan atau nilai tunai apabila polisi ditamatkan atau mencapai tempoh matang.Insurans sementara, yang digunakan untuk meliputi pinjaman yang belum dijelaskan, pinjaman perumahan yang belum dijelaskan dan sebagainya, akan menyediakan perlindungan kepada keluarga untuk membolehkan pinjaman tersebut dibayar balik sekiranya berlaku kematian di luar jangkaan terhadap sipeminjam.
Kadar premium : Kadar premium tahunan bagi setiap RM1,000 jumlah wang diinsuranskan bagi individu berumur 30 tahun ketika membeli polisi dengan tempoh polisi selama 20 tahun adalah lebih kurang RM4.

(iv) Insurans Anuiti

Ciri-ciri : Insurans anuiti adalah satu bentuk bayaran pencen yang menyediakan pembayaran sejumlah wang yang telah ditentukan terlebih dahulu pada setiap tempoh tertentu (anuiti) semasa tempoh persaraan, untuk tempoh yang terhad atau sehingga pemegang polisi tersebut meninggal dunia.
Faedah : Pemegang polisi anuiti akan menerima sejumlah pendapatan tetap dalam tempoh persaraan. Pembayaran anuiti boleh dibuat serta merta setelah bayaran premium oleh pemegang polisi anuiti (anuiti akhiran) atau ditangguhkan pada satu tarikh yang ditetapkan pada masa hadapan (anuiti tertunda).
Kadar premium : Premium tunggal bagi bayaran anuiti akhiran sebanyak RM50 sebulan sepanjang tempoh hidup seseorang yang berumur 55 tahun dengan jaminan bahawa bayaran tersebut akan dibuat untuk tempoh selama 20 tahun adalah lebih kurang RM9,000.

(v) Insurans Berkaitan Pelaburan

Ciri-ciri : Ia merupakan satu bentuk produk pelaburan di mana pemegang polisi melabur dalam satu portfolio aset yang diuruskan oleh syarikat insurans. Risiko hasil kenaikan/penurunan dalam nilai modal yang dilaburkan itu adalah ditanggung keseluruhannya oleh pemegang polisi. Polisi jenis ini masih belum dipasarkan di Malaysia.
Faedah : Polisi ini memberi peluang kepada individu yang mempunyai tabungan yang sederhana untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi dengan mengambil peluang daripada kecekapan pelaburan syarikat insurans. Walaupun pembayaran faedah kematian disediakan, tujuan utama produk ini adalah untuk melabur premium yang terlibat dengan tujuan mendapatkan pulangan yang terbaik. Pulangan pelaburan kepada pemegang polisi bergantung terutamanya kepada prestasi portfolio yang terlibat.
Kadar premium : Bergantung kepada jumlah pelaburan yang dibuat oleh pemegang polisi.

Kebanyakan syarikat insurans hayat menjual pelbagai jenis polisi seperti yang dinyatakan di atas. Di samping itu, terdapat juga produk yang dikenali sebagai ‘rider’ yang boleh dibeli bersama dengan produk-produk asas. “Rider” adalah kontrak tambahan yang menyediakan faedah tambahan apabila berlakunya kejadian-kejadian tertentu termasuk perlindungan terhadap kemalangan, hilang upaya dan kemasukan ke hospital atau berlakunya salah satu daripada penyakit-penyakit utama yang disenaraikan.

Pembayaran Premium

Kadar premium lazimnya ditetapkan pada permulaan polisi tersebut berkuatkuasa dan premium biasanya dibayar sepanjang tempoh polisi berkenaan. Walau bagaimanapun, terdapat polisi-polisi yang mempunyai tempoh bayaran premium terhad. Bagi insurans sementara, anuiti dan insurans berkaitan pelaburan, premium boleh dibuat dalam bentuk premium tunggal atau pembayaran berperingkat-peringkat.

Cukai

Premium yang dibayar untuk pembelian polisi insurans hayat dan anuiti tertunda termasuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dibenarkan bagi maksud potongan cukai pendapatan sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 setahun. Pelbagai faedah yang diterima daripada polisi tersebut seperti nilai tunai, dividen, faedah-faedah kematangan atau tuntutan kematian adalah dikecualikan daripada cukai. Di samping itu, bagi polisi-polisi berkaitan dengan pendidikan dan rawatan perubatan, potongan cukai dibenarkan terhadap premium polisi sedemikian sehingga jumlah maksimum sebanyak RM2,000 setahun.

Bagi pelan anuiti, hanya produk-produk anuiti yang dibeli dari syarikat-syarikat insurans hayat yang majoriti ekuitinya dimiliki oleh rakyat Malaysia sahaja yang akan mendapat kemudahan pengecualian cukai.

Bonus untuk Polisi Sertaan

Bagi polisi yang turut serta dalam keuntungan syarikat, jumlah wang diinsuranskan bertambah dari setahun ke setahun bila bonus diisytiharkan oleh syarikat. Biasanya, kadar bonus yang ditunjukkan adalah berdasarkan nilai bagi setiap RM1,000 jumlah wang yang diinsuranskan. Tidak seperti jumlah wang yang diinsuranskan, bonus-bonus yang diilustrasikan adalah merupakan faedah yang tidak dijamin akan dibayar dan pengisytiharan bonus tersebut bergantung kepada prestasi setiap syarikat insurans berkenaan. Terdapat beberapa jenis bonus yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans. Antara bonus yang biasa terdapat dalam pasaran adalah seperti berikut:

Bonus tunai: Bonus jenis ini dibayar secara tunai dan jumlahnya ditetapkan setiap tahun bergantung kepada penilaian aktuari.
Bonus berbalik: Merupakan bonus yang terkumpul yang ditentukan sama ada secara kompaun atau biasa. Bonus ini dibayar bersama-sama dengan jumlah wang yang diinsuranskan.
Bonus akhir: Merupakan bonus yang dibayar apabila polisi mencapai tempoh matang atau apabila tuntutan polisi dibayar selepas satu tempoh minimum. Bonus ini lazimnya dinyatakan dalam bentuk peratusan kepada bonus berbalik terkumpul atau jumlah wang yang diinsuranskan.

Apabila pihak yang diinsuranskan memerlukan wang dan ingin menamatkan kontrak polisinya, beliau akan diberikan pilihan-pilihan berikut yang terdapat di bawah polisi insurans:

Serahan: Pemegang polisi boleh menamatkan polisinya dan sebagai pulangan, menerima nilai serahan polisi tersebut. Nilai serahan bagi polisi tersebut hanya diberi jika polisi tersebut telah berkuatkuasa sekurang- kurangnya bagi tempoh tiga tahun. Walau bagaimanapun, pemegang polisi dinasihatkan supaya tidak menamatkan polisi untuk mendapatkan nilai serahan kerana akan mengakibatkan hilangnya perlindungan insurans yang amat bernilai ini, yang tidak mungkin didapati pada kadar premium yang sama dan ini juga akan menyebabkan sedikit kerugian kepada pemegang polisi.
Pinjaman polisi: Pemegang polisi juga boleh meminjam sejumlah wang sehingga ke tahap jumlah nilai serahan polisinya. Faedah akan dikenakan ke atas pinjaman tersebut. Mana-mana pinjaman yang tidak dibayar, termasuk faedahnya, akan ditolak daripada faedah polisi yang dibayar apabila berlaku kematian atau mencapai tempoh matang.
Insurans berbayar: Polisi boleh ditukarkan kepada polisi berbayar dengan jumlah wang diinsuranskan yang lebih rendah tanpa memerlukan pembayaran premium selanjutnya. Lebih lama sesuatu polisi tersebut berkuatkuasa, ia akan menyediakan jumlah insurans berbayar yang lebih besar. Jumlah wang diinsuranskan yang berkurangan akan dibayar pada tarikh yang sama seperti yang patut dibayar berdasarkan polisi yang asal.
Insurans sementara lanjutan: Tanpa perlu membayar premium seterusnya, polisi boleh ditukar kepada polisi insurans sementara dengan jumlah wang diinsuranskan yang sama dan tempohnya pula bergantung kepada jumlah nilai serahan bagi polisi asal yang terlibat.
Pinjaman premium automatik: Jika pemegang polisi tidak berupaya membayar premium kerana kesulitan kewangan untuk sementara waktu dan polisi tersebut layak untuk mendapat nilai serahan, selain daripada menyerahkan polisi tersebut, kemudahan pinjaman premium automatik boleh digunakan untuk membuat pendahuluan bagi bayaran premium yang belum dijelaskan, pada kadar faedah tetap yang ditentukan oleh setiap syarikat insurans hayat.

Sumber :- http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=29&pg=285&ac=213&lang=bm

=======================================================================

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko. Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Hazly Agensi menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu menyimpan dan memperolehi polisi perlindungan tersebut supaya anda dan keluarga anda dapat perlindungan juga wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda supaya hidup dan mati anda dalam keadaan aman dan tenteram(tidak terbelenggu dengan hutang).

Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang simpan tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.

Bilakah anda perlukan Kad Perubatan?

Ketika anda masih sihat.

Bilakah Kad Perubatan tidak lagi dapat anda miliki?

Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.

Adakah anda ingin kami bantu sebelum terlewat?

Sila SMS ( I Nak ) ke 0125358469.

Kami akan menghubungi anda untuk membuat temujanji.

Sila klik di bawah untuk mengisi borang mendapatkan quotation percuma.

quotation (1)

best takaful asia

By hazlyagensi