BNM

BNM Galakan Tabungan Dalam Insuran TAKAFUL II

Dalam Islam, penyediaan perlindungan insurans adalah berlandaskan prinsip-prinsip Islam al-Takaful dan al-Mudharabah. Al-Takaful secara ringkasnya bermaksud pakatan di antara sekumpulan orang untuk saling jamin-menjamin di antara satu sama lain, sementara al-Mudharabah ialah kontrak perkongsian keuntungan komersial di antara pemberi atau pemberi- pemberi modal untuk usahasama perniagaan dan pengendali iaitu orang yang menjalankan perniagaan tersebut. Di bawah konsep al-Mudharabah, pemegang polisi yang dikenali sebagai penyumbang atau peserta merupakan pemberi modal kepada perniagaan usahasama takaful, sementara pemegang saham syarikat takaful ialah pengendali yang menjalankan perniagaan.
Faedah Takaful Keluarga

Pelan Takaful Keluarga (PTK) ialah tabungan jangka panjang dan program pelaburan yang menyediakan bantuan bersama sekiranya berlaku kematian ke atas peserta (pemegang polisi). PTK akan membolehkan seseorang individu melibatkan diri di dalam perniagaan takaful berdasarkan objektif-objektif berikut:

  • untuk sentiasa menabung bagi jangka masa tetap dengan tujuan membentuk satu jenis dana persaraan atau kontinjensi jangka panjang;
  • untuk memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang diluluskan oleh Syariah dan seterusnya meningkatkan tabungan; dan
  • untuk mendapatkan perlindungan dalam bentuk bantuan kewangan bersama dari bayaran faedah takaful kepada waris/tanggungan disebabkan kematian peserta.

Bayaran Sumbangan

Sumbangan takaful adalah bersamaan dengan premium insurans dalam insurans konvensional. Ansuran takaful adalah jumlah tetap yang dibayar pada jarak masa yang dipersetujui sama ada secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan. Jumlah ansuran takaful yang perlu dibayar sepanjang tempoh pelan ditentukan oleh peserta sendiri. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut mestilah mengikut kemampuan kewangan peserta. Ia juga tertakluk kepada jumlah minimum seperti yang ditetapkan oleh pengendali-pengendali takaful. Peserta boleh membayar ansuran melalui potongan gaji, arahan tetap bank, GIRO atau melalui bayaran terus.

Setiap ansuran takaful dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Takaful Keluarga. Sebahagian besar bayaran ansuran tersebut dikreditkan ke dalam Akaun Peserta (AP) semata-mata untuk tujuan tabungan dan pelaburan. Baki bayaran ansuran tersebut dikreditkan ke dalam Akaun Khas Peserta (AKP) sebagai tabarru’ (sedekah) untuk pengendali membayar faedah takaful kepada waris(-waris) peserta yang meninggal dunia sebelum pelan matang. Sebarang keuntungan daripada pelaburan AP dan AKP akan dibahagikan di antara pengendali dan peserta berlandaskan prinsip al-Mudharabah mengikut nisbah yang ditetapkan.

Apabila seseorang peserta menyerah atau membatalkan penyertaannya sebelum tarikh matang PTK, beliau berhak menerima faedah serahan. Faedah serahan merupakan jumlah ansuran takaful yang dikreditkan ke dalam APnya dari tarikh penyertaan termasuk keuntungan daripada pelaburan APnya. Bahagian ansuran takaful yang telah dikreditkan ke dalam AKP sebagai tabarru’ tidak akan dipulangkan kepadanya. Selain itu, terdapat kemudahan bagi peserta untuk mengeluarkan sebahagian daripada APnya selepas satu jangka masa tertentu, misalnya, dua tahun.

Contoh berikut adalah merupakan gambaran Pelan Takaful Keluarga untuk seseorang peserta yang menyertai pada umur 30 tahun bagi pelan takaful keluarga selama 30 tahun.

Umur : 30 tahun
Tempoh penyertaan : 30 tahun
Sumbangan takaful : RM100 sebulan
AKP1/ sebagai % sumbangan : 9.9%
Andaian kadar pulangan pelaburan AP : 6.0% setahun

 

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (v)/(i)
Tahun Jumlah Sum- bangan (RM) AP Ter- kumpul (RM) AKP Ter- kumpul (RM) Faedah Kematian/ KUK (RM) Nilai Serahan (RM) Pulangan Pelaburan dalam AP (RM) % Pulangan
1 1,200 1,081 119 35,949 1,146 65 95.5%
5 6,000 5,406 594 36,461 6,461 1,055 107.7%
10 12,000 10,812 1,188 39,106 15,106 4,294 125.9%
15 18,000 16,218 1,782 44,676 26,676 10,458 148.2%
20 24,000 21,624 2,376 54,159 42,159 20,535 175.7%
25 30,000 27,030 2,970 68,879 62,879 35,849 209.6%
30 36,000 32,436 3,564 90,606 90,606 58,170 251.7%

Catatan:

  1. Nilai serahan = AP terkumpul + Pulangan pelaburan
  2. Kematian/KUK = Nilai serahan + Sumbangan masa depan
  3. Faedah kematangan = Nilai serahan pada tarikh matang + Lebihan aktuari daripada AKP

1/ Kadar AKP yang merupakan bahagian tabarru’ (sedekah), bergantung kepada umur pada tarikh penyertaan dan tempoh pelan, iaitu semakin panjang tempoh pelan, semakin tinggi kadar tabarru’

Perlindungan Tambahan

Terdapat juga produk-produk yang dipanggil rider yang boleh diperoleh untuk digandingkan dengan pelan takaful keluarga asas. “Rider” ialah kontrak tambahan yang menawarkan faedah tambahan apabila berlaku sesuatu kejadian tertentu dan meliputi perlindungan terhadap kemalangan, kecacatan dan kemasukan ke hospital. Seseorang individu yang menyertai PTK boleh memilih untuk menggandingkan mana-mana faedah tambahan berikut dengan membayar jumlah tambahan:-

  • (i) Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (KUK)
  • (ii) Kemalangan Persendirian (KP)
  • (iii) Faedah Kemasukan ke Hospital (FKH)

Tempoh Matang

PTK menawarkan penyertaan dengan tempoh matang berikut:

  • (i) 10 tahun
  • (ii) 15 tahun
  • (iii) 20 tahun
  • (iv) 25 tahun
  • (v) 30 tahun
  • (vi) 35 tahun
  • (vii) 40 tahun

Buat masa ini, pengendali-pengendali takaful di Malaysia menawarkan pelan-pelan takaful di atas kepada individu yang berumur di antara 18 tahun dan 55 tahun, dengan kematangan maksimum bagi pelan-pelan tersebut apabila peserta mencapai umur 65 tahun.

Layanan Cukai

Sumbangan yang dibayar bagi pelan takaful keluarga adalah dikecualikan daripada cukai. Selain itu, bagi pelan pendidikan dan faedah perubatan, sumbangannya adalah dikecualikan daripada cukai sehingga maksimum sebanyak RM2,000 setahun.

 

Jenis pelan-pelan takaful utama di bawah perniagaan takaful keluarga yang ditawarkan oleh pengendali-pengendali takaful adalah seperti berikut:

(i) Takaful Keluarga

Ciri-ciri : Ini adalah tabungan jangka panjang dan program pelaburan yang membolehkan peserta-peserta menikmati keuntungan pelaburan dan menyediakan bantuan bersama di kalangan peserta-peserta.
Faedah : Apabila berlaku kematian, faedah berbayar adalah seperti berikut:daripada APnya 
Jumlah bayaran ansuran takaful dari tarikh permulaan hingga tarikh bayaran ansuran sebelum kematiannya dicampur dengan bahagian keuntungan pelaburan yang dikreditkan ke dalam APnya.daripada AKPnya 
Baki ansuran takaful yang sepatutnya dibayar jika beliau masih hidup di sepanjang tempoh pelan, iaitu dari tarikh kematian sehingga tarikh matang.Apabila pelan matang, faedah berbayar adalah seperti berikut:daripada APnya 
Jumlah ansuran yang telah dibayar sehingga tarikh tersebut dicampur bahagian keuntungan daripada pelaburan yang dikreditkan ke dalam APnya.daripada AKPnya 
Lebihan bersih yang diagihkan seperti ditunjukkan pada penilaian terakhir AKP.
Tahap : Jumlah ansuran takaful berbayar pada jarak sumbangan masa yang dipersetujui adalah ditentukan oleh peserta, tertakluk kepada jumlah minimum seperti ditetapkan oleh pengendali-pengendali.

(ii) Pelan Takaful Keluarga Untuk Pendidikan

Ciri-ciri : Operasi Pelan Takaful Keluarga untuk Pendidikan adalah serupa dengan Pelan Takaful Keluarga kecuali di bawah pelan ini, kontrak tambahan berlandaskan konsep Islam secara ‘hibah’ (hadiah) ditandatangani. Ia membentuk satu jenis dana biasiswa yang boleh digunakan untuk membantu pembiayaan pendidikan tinggi anak-anak peserta pada masa depan. Sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang, faedah akan dibayar kepada anak yang dinamakan sebagai waris di dalam borang ‘hibah’. Di bawah pelan ini, peserta (orang yang diinsuranskan) ialah ibubapa.

(iii) Pelan Takaful Keluarga Berkelompok

Ciri-ciri : Pelan ini menyediakan perlindungan kepada sekumpulan individu di bawah satu sijil takaful utama yang lazim. Ia boleh dikuatkuasakan oleh sesebuah organisasi/majikan ke atas nyawa ahli- ahli/pekerja-pekerjanya sebagai sebahagian daripada faedah sampingan kepada kakitangan. Faedah adalah berbayar kepada penuntut yang berhak atau orang yang dilindungi akibat daripada kematian atau kecederaan badan sama ada disebabkan oleh penyakit atau kemalangan, atau sebagai bayaran balik perbelanjaan perubatan dan kemasukan ke hospital.
Faedah : Perlindungan asas yang disediakan di bawah pelan ini ialah faedah kematian. Walau bagaimanapun, ia boleh diperluaskan untuk meliputi faedah tambahan seperti kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, perbelanjaan pengkebumian, kematian akibat kemalangan dan kehilangan upaya separuh kekal dan faedah kemasukan ke hospital dengan membuat bayaran tambahan.
Tahap sumbangan : Jumlah sumbangan ditentukan oleh pemegang sijil utama, tertakluk kepada jumlah minimum seperti ditetapkan oleh pengendali.
Keuntungan Mudharabah: Sekiranya pada akhir tempoh takaful, terdapat lebihan bersih di dalam Akaun Takaful Keluarga Berkelompok, ia akan dikongsi di antara peserta dan pengendali mengikut prinsip al-Mudharabah pada nisbah yang dipersetujui, dengan syarat peserta tidak membuat sebarang tuntutan dan/atau menerima sebarang faedah di bawah pelan ini semasa ia berkuatkuasa.

(iv) Pelan Kesihatan

Ciri-ciri : Ini merupakan pelan yang boleh diperbaharui setiap tahun (tertakluk kepada penerimaan pengendali) yang menyediakan bayaran balik perbelanjaan yang dikenakan bayaran berikutan rawatan hospital dan penjagaan pembedahan disebabkan oleh penyakit, kecacatan atau kecederaan ke atas peserta atau mana-mana orang lain yang dilindungi.
Faedah : Pelan ini menyediakan penjagaan perubatan merangkumi daripada rundingan dengan pakar perubatan sehingga kos rawatan bagi pembedahan utama seperti pembedahan jantung, pemindahan buah pinggang dan sebagainya. Faedah yang disediakan adalah tertakluk kepada jumlah maksimum yang ditetapkan oleh pengendali. Jadual faedah boleh disemak untuk menggambarkan sebarang pertambahan dalam kos perlindungan perubatan.
Tahap sumbangan : Sumbangan tahunan adalah tertakluk kepada penilaian berkala selaras dengan pengalaman tuntutan pengendali.
Keuntungan Mudharabah: Apabila tempoh takaful tamat, peserta adalah berhak menerima bahagiannya daripada keuntungan bersih, jika ada, hasil daripada kendalian Akaun Takaful Keluarga Berkumpulan oleh pengendali mengikut prinsip al-Mudharabah pada nisbah yang dipersetujui, dengan syarat peserta tidak membuat sebarang tuntutan dan/atau menerima sebarang faedah semasa sijil berkuatkuasa.

(v) Pelan Gadaijanji

Ciri-ciri : Pelan ini menyediakan perlindungan dalam bentuk faedah kewangan bersama kepada individu daripada sebarang pembiayaan, kemudahan kredit atau pinjaman yang diperoleh daripada institusi kewangan bagi tujuan membeli aset tetap seperti rumah, tanah dan sebagainya.
Faedah : Sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh pembiayaan, jumlah tertunggak akan dijelaskan dengan bayaran sekaligus daripada faedah takaful yang dibayar di bawah pelan ini. Selain kematian, pelan ini juga menyediakan perlindungan tambahan daripada kehilangan upaya kekal dan menyeluruh.
Tahap sumbangan : Sumbangan tunggal dibayar ke dalam Akaun Khas Peserta (AKP) di bawah Perniagaan Takaful Keluarga.
Keuntungan Mudharabah: Sekiranya peserta masih hidup di sepanjang tempoh takaful sehingga pelan matang, peserta adalah berhak menerima bahagiannya daripada lebihan seperti yang ditentukan oleh pengendali.
Sumber :-  http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=29&pg=285&ac=214

=======================================================================

Manfaat Pelan Takaful Keluarga1

Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko. Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Hazly Agensi menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu menyimpan dan memperolehi polisi perlindungan tersebut supaya anda dan keluarga anda dapat perlindungan juga wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda supaya hidup dan mati anda dalam keadaan aman dan tenteram(tidak terbelenggu dengan hutang).

Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang simpan tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.

Bilakah anda perlukan Kad Perubatan?

Ketika anda masih sihat.

Bilakah Kad Perubatan tidak lagi dapat anda miliki?

Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.

Adakah anda ingin kami bantu sebelum terlewat?

Sila SMS ( I Nak ) ke 0125358469.

Kami akan menghubungi anda untuk membuat temujanji.

Sila klik di bawah untuk mengisi borang mendapatkan quotation percuma.

quotation (1)

best takaful asia

By hazlyagensi