Doa Seorang Wakil Takaful Insuran

Al kisah…Seorang wakil takaful yang berjaya telah membeli sebuah bangunan 3 tingkat.

Di tingkat bawah disewanya kepada seorang doktor yang akan membuka klinik.

Maka doktor ini mengadakan kenduri dan pemilik bangunan ini dijemput ke kenduri tersebut..Doktor itu pon mendoakan supaya klinik beliau ramai pengunjung supaya bisnes boleh berkembang.

Manakala di tingkat yang kedua disewanya kepada seorang peguam yang membuka firma guaman.

Maka kenduri juga diadakan di firma guaman tersebut seperti biasa pemilik bangunan juga dijemput..Peguam itu juga berdoa supaya syarikat beliau akan mendapat banyak kes supaya bisnes boleh berkembang.

Pemilik bangunan ini pulak mengadakan kenduri dan menjemput doktor dan peguam ke majlis tersebut…Pemilik bangunan tersebut pula mendoakan supaya lebih ramai orang yang sihat dan lebih ramai yang kaya-raya serta lebih ramai yang hidup bahagia, aman dan tenteram tiada kekacauan supaya bisnes boleh berkembang dengan baik.


doa
Doktor tersebut mula mempersoalkan kenapa mendoakan lebih ramai orang sihat, kalau ramai orang sihat.. klinik saya nanti tak ramai la orang yang datang.

Begitu juga dengan peguam itu cuba mempersoalkan kenapa mendoakan supaya ramai yang kaya-raya dan hidup aman dan tenteram tiada kekacauan, kalau ramai yang tak buat salah, hidup aman dan tenteram, nanti saya tiada kes la nak dibicarakan.

Maka jawab pemilik bangunan tersebut, saya kan wakil insuran takaful, jika ramai orang yang sihat maka ramailah yang dapat memiliki insuran takaful.

Begitu juga jika ramai yang kaya-raya, maka mereka juga boleh menyimpan dalam takaful supaya aset (tubuh badan dan harta-benda) mereka dapat perlindungan daripada risiko kemalangan, kecurian, kebakaran, kematian, sakit dan sebagainya.

Kerana syarat untuk memiliki insuran takaful anda perlulah sihat dan berduit.

Manakala kehidupan masyarakat bahagia, aman dan tenteram tiada jenayah, tiada kemalangan,tiada kebakaran diperlukan supaya syarikat takaful tidak perlu keluarkan wang pampasan yang banyak untuk dibayar kepada ahli yang ditimpa kecelakaan.

Jika jumlah wang caruman yang masuk kurang daripada jumlah wang yang terpaksa dikeluaran dalam jangka masa yang panjang…syarikat takaful boleh muflislah.

Akhirnya..barulah mereka faham…

p/s :- Tugas seorang wakil takaful sama mulia dengan tugas doktor dan peguam.

By hazlyagensi

Sijil Badal Haji Pertama Kepada Waris – GETB

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Great Eastern Takaful Bhd. (GETB) menyampaikan sijil badal haji pertama kepada waris keluarga pemilik pelan i Great Amal.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Zafri Ab Halim berkata, i Great Amal adalah satu pelan perlindungan unik direka untuk memastikan ibadah badal haji dilaksanakan bagi pihak pemilik sijil takaful yang telah meninggal dunia.

Beliau berkata, ia amat bersesuaian dengan hasrat syarikat untuk menjaga dan melindungi pemilik sijil.

Katanya, perkhidmatan badal haji adalah salah satu manfaat tambahan diberikan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

“Di samping itu, kami juga membuat pembayaran Manfaat Kematian daripada dana ‘Tabarru’ sebanyak RM244,000 kepada ketiga-tiga waris pemilik takaful kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

badal haji

Penyampaian sijil tersebut kepada waris keluarga terlibat telah berlangsung di Rawang, Selangor baru-baru ini.

i Great Amal merupakan pelan takaful keluarga eksklusif menggalakkan umat Islam untuk mengerjakan ibadah mereka dengan ketenangan, di samping mendapat perlindungan berganda serta mempunyai elemen simpanan semasa melakukan haji atau umrah.

Salah satu ciri unik i Great Amal ialah, manfaat Adha yang menawarkan peluang kepada para pelanggan melaksanakan ibadah korban serta menawarkan manfaat khairat kematian berjumlah RM2,0000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140207/ko_07/GETB-serah-sijil-badal-haji-pertama-kepada-waris#ixzz31eopnczM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

By hazlyagensi