Sijil Badal Haji Pertama Kepada Waris – GETB

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Great Eastern Takaful Bhd. (GETB) menyampaikan sijil badal haji pertama kepada waris keluarga pemilik pelan i Great Amal.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Zafri Ab Halim berkata, i Great Amal adalah satu pelan perlindungan unik direka untuk memastikan ibadah badal haji dilaksanakan bagi pihak pemilik sijil takaful yang telah meninggal dunia.

Beliau berkata, ia amat bersesuaian dengan hasrat syarikat untuk menjaga dan melindungi pemilik sijil.

Katanya, perkhidmatan badal haji adalah salah satu manfaat tambahan diberikan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

“Di samping itu, kami juga membuat pembayaran Manfaat Kematian daripada dana ‘Tabarru’ sebanyak RM244,000 kepada ketiga-tiga waris pemilik takaful kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

badal haji

Penyampaian sijil tersebut kepada waris keluarga terlibat telah berlangsung di Rawang, Selangor baru-baru ini.

i Great Amal merupakan pelan takaful keluarga eksklusif menggalakkan umat Islam untuk mengerjakan ibadah mereka dengan ketenangan, di samping mendapat perlindungan berganda serta mempunyai elemen simpanan semasa melakukan haji atau umrah.

Salah satu ciri unik i Great Amal ialah, manfaat Adha yang menawarkan peluang kepada para pelanggan melaksanakan ibadah korban serta menawarkan manfaat khairat kematian berjumlah RM2,0000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140207/ko_07/GETB-serah-sijil-badal-haji-pertama-kepada-waris#ixzz31eopnczM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

By hazlyagensi