Kedudukan Orang Yang Berilmu

Kelebihan Orang Yang Berilmu

1) Allah s.w.t membezakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu

Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? “Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )

Firman Allah s.w.t : ” Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . ” ( Al-Mujadalah : 11 )

optimized-man-salaka-toriqon2-crop

Ibn Abbas ra mengulas ayat diatas dengan mengatakan : Tingkatan para ulama dibanding orang mukmin biasa adlah lebih tinggi sebanyak 700 darjat , di antara satu darjat ke darjat setelahnya adalah sama dengan jarak 500 tahun perjalanan

menuntut_ilmu_-crop

2 ) Orang yang berilmu sentiasa dijadikan rujukan

Allah swt berfirman : maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl: 43 )

3) Ilmu satu-satunya warisan Nabi

Dari Abu Darda’ , Rasulullah saw bersabda : Dan sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi,dan sesungguhnya para nabi itu tidak pernah mewariskan dinar dan tidak pula dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu.Maka barangsiapa mengambilnya, sungguh telah mengambil bagian yang besar . ( HR Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Majah )

Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi.Kemuliaan mereka diwariskan melalui ilmu Agama .Para Ulama’ yang mengambilnya pula berhak mendapatkan kemuliaan itu.Maka darjat mereka pun naik membumbung tinggi di akhirat nanti,sejajar dengan para nabi dan syuhada ! Dari Usman bin Affan ra , Rasulullah SAW besabda : Yang Pertama memberi syafaat pada hari kiamat ada tiga : para nabi , para ulama’ dan para syuhada.

ilmu.baqarah2.151

4 ) Beramal dengan cara betul dan ditakuti syaitan

Dari Abu Darda’ ra , Rasulullah SAW bersabda : ” Dan sesungguh perbezaan keutamaan orang yang berilmu dengan orang yang gemar beribadah , sebagaimana keutamaan bulan purnama dari seluruh bintang lain ” (HR Tirmidzi , Ahmad )

Mengapa orang berilmu (‘alim ) mempunyai keutamaan yang lebih mulia dibandingkan orang yang rajin beribadah semata2 (‘abid) ? Anologi mudah , seperti seorang berilmu solat sunnah dua rakaat .Dia berwudhuk dengan betul dan khusyuk , mengetahui syarat , Rukun solat dan hal2 yang membatalkan ibadahnya .Sementara seorang lagi yang gemar solat hingga lapan bahkan dua belas rakaat setiao malam,tetapi tidak bacaannya,tidak mengetahui adab syarat dan rukunnya.yang mana lebih mulia amalannya ?

 

5) Takut & Bertaqwa kepada Allah s.w.t

Allah swt berfirman : Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambaNya hanyalah para ulama’ ( Faathir : 28 )

Ilmu menjadikan para ulama takut kepada Allah .Bukan hanya ilmu agama atau syariah.tetApi semua ilmu yang baik berasal dari Allah sehingga mereka yang mendalaminya seharusnya dapat merasakan keagungan dan kebesaran Allah swt,dan kemudian lebih takut kepadaNya.Ilmu aqidah menjadikan manusia mengenal Allah melalui dalil-dalil naqli ( ayat qauliyyah ) dalam Al-quran dan hadis,tentang sifat Allah swt,kebesaran dan kekuasaan-Nya.

6 ) Orang yang berilmu mendapat kebaikan

Dari Muawiyah ra, Rasulullah bersabda : ” Barangsiapa yang Allah swt menginginkan kebaikan padanya , maka akan difahamkan dalam masalaah agama ! ” (HR Bukhari dan Muslim )

Ilmu yang berkat walau sedikit

Dengan ilmu maka seluruh kebaikan akan mendatanginya.Ketika ibadah maka dia beribadah dengan betul sesuai syariat .Ia juga beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kerana ia adalah orang yang paling takut pada Allah swt. Ketika ia bermuamalah maka ia mengetahui yang halal dan haram, maka tidak sekerat pun harta haram masuk dalam tubuhnya dan tubuh isterinya.Bahkan ketika ia mendapat ujian dari Allah , baik berupa kenikmatan seperti kekayaan ,pangkat/jawatan atau yang berupa kesusahan seeperti sakit, kematian dan musibah maka dia menghadapinya dengan syukur ataupun sabar .syukur dan sabar adalah sumber kebaikan yang menakjubkan , hanya dimiliki orang yang veriman dan berilmu.

Dari Suhaib bin Sinan ra , Rasulullah saw bersabda : ” Sungguh mengagumkan urusan kaum mukmin , semua urusannya adalah baik baginya.dan kebaikan ini hanya dimiliki orang mukmin .Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan itu baik baginya .Jika mendapat musibah ia bersabar dan hal itu juga baik baginya ! ” (HR Muslim )

7 ) Semua makhluk meminta ampun untuk orang yang berilmu

Dari Abu Darda ,Rasulullah saw bersabda : ” dan sesungguhnya orang yang berilmu itu , dimintakan ampunan oleh penghuni langit ,bumi bahkan ikan-ikan di laut yang dalam ” ( HR Ibn Hibban

Mengapa setiap makhluk merasa berhutang budi kepada para ulama,bahkan ikan di dalam lautan ? Dalam kitab Mukhtasor Minhajul Qasidin desebutkan bahwa hal ini terjadi kerana ulama mengajarkan ilmu yang membawa kebaikan pada seluruh makhluk seperti ilmu ihsan dalam penyembelihan ,ilmu larangan untuk menyiksa binatang ,menebang pokok dan lain2.maka wajar mereka meminta keampunan pada Alla bagi orang yang berilmu

malaikat_ridho_pada_penuntut_ilmu_by_beginwiths-d6chkfi-crop

8) Allah swt,para malaikat , penghuni langit dan bumi berselawat / mendoakan para pengajar ilmu kebaikan

Dari Abu Umamah ra, Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat-Nya , Penghuni langit dan bumi , bahkan semut disarangnya , bahkan juga ikan ,semuanya berselawat/mendoakan orang yang mengajarkan ilmu kebaikan.

Barangkali ini adalah kemuliaan di atas kemuliaan makhluk bernama manusia .Orang berilmu yang mendapatkan kemuliaan tak terhingga itu.Bayangkan ,Khalik dan makhluk-Nya semua berselawat dan mendoakan untuknya ! mengharapkan kebaikan dan kemuliaan itu sentiasa ada pada orang yang berilmu hingga akhir hayatnya !

Kita yakin bahawa kita manusia adalah makhluk yang mulia ,maka kita juga menyedari bahawa kemuliaan ini boleh menjadi tertingkat dan berterusan hingga ke akhirat apabila kita menjadi orang yang berilmu, Menguasai ilmu dengan baik atau lebih dari yang lainnya ,insyaallah akan memuliakan kita di hadapan manusia dan juga Allah swt.amin

By hazlyagensi

GST: Tiada jaminan kos rawatan kekal

Hospital swasta membekalkan 30 peratus katil dalam industri kesihatan.
Hospital swasta membekalkan 30 peratus katil dalam industri kesihatan.

SHAH ALAM – Persatuan Hospital Swasta (APHM) berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan mereka untuk tidak mengenakan GST ke atas ubat-ubatan, peralatan perubatan dan sumber perkhidmatan luar bagi hospital swasta.

Presiden APHM, Datuk Jacob Thomas berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan menerusi satu memorandum yang dihantar pada penghujung Mac yang lalu.

“Jika perkara ini tidak diteliti dengan baik, dikhuatiri kos itu akan membebankan pesakit dan pihak hospital.

“Sebagai contoh, alat-alat perubatan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Computed Tomography Scanner (CT Scan) akan dikenakan GST, termasuk perkhidmatan daripada pihak ketiga seperti mendapat khidmat mendobi, penyediaan makanan, dan pembersihan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Jacob, pihak hospital tidak mungkin mampu menampung penambahan kos itu selama-lama tanpa menaikkan kadar bayaran kepada pesakit.

Jacob turut memberitahu, pihaknya sudah beberapa kali mengadakan perbincangan mengenai perkara itu, namun belum ada kata putus daripada pihak kementerian.

“Dalam pertemuan itu, kita telah maklumkan apakah kemungkinan implikasi yang diterima pada pihak hospital dan pesakit, sehubungan itu, pihak kementerian meminta kita buat rayuan, dan rayuan telah pun dihantar, namun masih belum ada resolusinya,” katanya.

Ditanya adakah dengan pelaksanaan GST pada tahun depan akan menyebabkan kos hospital swasta meningkat lebih tinggi, beliau berkata secara jelasnya masih belum dapat diketahui, namun pada dasarnya apabila ada kos yang meningkat maka harga juga terpaksa di naikkan.

“Bagaimanapun, kami berusaha untuk tidak menaikkan harga sehingga membebankan pesakit. Perkara itu yang sedang dibincangkan bersama pihak kementerian.

“Setakat hari ini, pihak Kementerian Kesihatan dan Kewangan memberikan kerjasama yang baik, mendengar apa yang kita bangkitkan, namun kami masih menunggu keputusan akhir daripada mereka,” katanya.

Jacob sebelum ini memaklumkan bahawa hospital swasta memainkan peranan penting dalam industri kesihatan dalam negara yang mana 30 peratus daripada jumlah keseluruhan katil hospital datang daripada mereka ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan yang sektor kesihatan dikecualikan daripada GST dan Naib Presiden Kanan Penjagaan Kesihatan Malaysia, Rhenu Bhuller berkata, GST diyakini tidak akan menjejaskan perkhidmatan di hospital swasta kerana perlindungan premium insurans lebih tinggi dan mampu mengurangkan bebanan di hospital kerajaan.

Sumber :->http://www.sinarharian.com.my/nasional/gst-tiada-jaminan-kos-rawatan-kekal-1.287893

By hazlyagensi