Kejadian Aneh, Harta Benda Dilindungi, Diri Diabaikan

Assalamualaikum,

Buat renungan bersama, ramai dikalangan kita tidak menyedari akan hakikat ini, bahawa kita lebih sayangkan kebendaan daripada diri kita sendiri.. Betul-betul?

Cuba kita lihat berapakah anak kunci dan manga serta alat perlindungan serta peralatan yang kita peruntukkan untuk melindungi rumah dan kenderaan daripada risiko kecurian?

Rumah ini sahaja memerlukan 4 anak kunci untuk membuka, 1 anak kunci utk manga di pintu pagar, 2 anak kunci untuk manga dan pintu grill dan 1 anak kunci utk buka pintu utama.r

Mengapa nak susahkan diri untuk membuka semua kunci tersebut…

Kenapa perlu adakan begitu banyak perlindungan utk harta benda?

Kenapa perlu keluarkan wang ringgit untuk melindungi harta benda ini?

rumah berkunci

 

Siapa boleh teka berapa kunci yang terdapat pada basikal ini?

safety first

Semuanya bertujuan untuk melindungi harta benda daripada risiko kecurian, kebakaran dan sebagainya..

Semua ini adalah bukti, bahawa kita terlampau sayangkan harta benda.

1001 alasan atau hujah boleh dicipta/dinyatakan bagi menidakkan persoalan ini…

Namun sedar atau tidak, kita memang tidak menghargai tubuh badan yang Allah telah amanahkan kepada kita untuk menjaga dan melindunginya.

Harta vs  Diri

Adakah kita sudah jadi terlalu jahil sehinggakan tidak tahu menilai yang mana intan dan yang mana permata.

Harta benda kah yang paling berharga atau nyawa, kesihatan diri yang lebih berharga?

Acapkali kita terbaca didada akhbar, dikalangan kita yang ditimpa musibah, memohon bantuan kewangan bagi menanggung rawatan, menanggung hutang, memohon bantuan anak sekolah, berita kematian yang menyebabkan ahli keluarga hilang punca kewangan  dan sebagainya.

realiti kehidupan

553885_513807845298218_689796993_n

Solusinya

Sedangkan sebahagian permasalahan di atas, dapat dielakkan jika kita memperuntukkan kurang daripada 10% daripada pendapatan kita untuk membuat simpanan takaful, sama ada bagi mendapatkan perlindungan hayat, tabungan persaraan, tabungan pendidikan anak-anak ataupun pembiayaan perubatan.

Hanya semudah itu, tak percaya tak apa..

Persoalannya

Kenapa adakan byk perlindungan utk harta benda sedangkan perlindungan untuk diri sendiri diabaikan?

Kenapa sanggup keluarkan beribu-ribu ringgit untuk lindungi harta benda sedangkan, perlindungan utk diri sendiri masih berkira-kira?

Dan persoalan yang terbesar sekali adakah anda menganggap diri sendiri kurang nilainya daripada harta benda anda?

harga-diri

 

Akan Bersambung….

By hazlyagensi