Hospital Swasta Enggan Menerima Mangsa Kemalangan 3 Beranak

Hospital Swasta Enggan Menerima Mangsa Kemalangan Tiga Beranak
Assalamualaikum,

Ini bukannya berlaku di Gaza..Berita yang sangat-sangat mendukacitakan dan lebih memalukan kes ini berlaku di Malaysia di mana rakyatnya hidup tolong-menolong dan prihatin antara satu sama lain.

Hanya kerana wang, hospital yang sepatutnya menolong merawat, dan memulihan orang yang sakit sanggup mengenepikan pesakit hanya kerana tiada siapa yang sanggup membayar bil perubatan mereka nanti.

Dikalangan doktor yang kaya-raya di situ takkan, tak ada yang sanggup membantu.

Inilah realiti dunia sekarang, sedarlah kita bahawa, wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan wang.

Bayangkan ini terjadi kepada anda, atau ahli keluarga anda,atau anak-anak anda, atau rakan-rakan anda.

Sebab itulah kami kempen habis-habisan supaya anda, takdapat tidak menyimpan RM3 sehari untuk memiliki Medical Card dengan kadar wad RM150 sehari di hospital swasta.

Anda mungkin tak memerlukan sekarang, tetapi bila kecemasan ia sangat-sangat membantu sekurang-kurangnya ringan sikit bebanan.

Sumber :-http://mynewshub.my/main/2014/07/22/hospital-swasta-tak-terima-pesakit-bimbang-tak-bayar-bil/

thomas loh said

MENERUSI Facebook Sarawak Update, seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pilih kasih sebuah hospital wasta dalam menerima pesakit.

Menurutnya, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu yang melibatkan tiga beranak. Dalam keadaan cemas, dia segera pergi ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi memaklumkan kejadian itu dengan harapan mereka akan menerima ketiga-tiga mangsa sebagai pesakit.

Malangnya jururawat yang bertugas menolak permohonannya dan memberitahu mereka bimbang tiada siapa yang akan bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan para mangsa.

Tambahnya lagi, hospital kerajaanlah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kes itu.

Justeru, Thomas mengecam sikap pihak hospital tersebut yang dianggap lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit.

 

By hazlyagensi