Great Eastern Takaful – Rider

No.1 di Asia

Rider ialah perlindungan tambahan yang boleh diambil untuk meluaskan atau melengkapkan perlindungan asas.

Di Great Eastern Takaful terdapat banyak rider yang boleh dipilih untuk melengkapkan setiap perlindungan. Rider-rider tersebut adalah seperti berikut :- 

  1. i-Critical Illness Benefits i-Critical Illness Benefit Rider ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
  2. i-Early Payout Critical Care i-Early Payout Critical Care Rider ialah rider dengan penolakan unit yang membayar tuntutan bagi pelbagai jenis penyakit kritikal atau pun pelbagai peringkat penyakit kritikal yang sama, tertakluk kepada keadaan yang ditakrifkan. Jumlah perlindungan bagi rider ini mestilah setara dengan jumlah perlindungan bagi i-Critical Illness Benefit Rider (i-CIBR). Rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan i-CIBR, seterusnya turut mengurangkan jumlah perlindungan bagi pelan asas.
  3. i-Medik i-Medik ialah rider penolakan unit yang menyediakan perlindungan bagi kemasukan hospital dan perbelanjaan pembedahan yang ditanggung akibat penyakit atau kecederaan kemalangan.Ia turut didatangkan dengan dengan ciri produk yang unik iaitu Had Tahunan Keseluruhan Permulaan akan bertambah pada akhir setiap tahun sijil ketiga (ke-3) bermula dari tarikh risiko berkuatkuasa dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat dalam selang masa 3 tahun sijil sebelumnya.
  4. i-Hospitalization Benefits i-Hospitalization Benefit Rider ialah rider penolakan unit yang menyediakan manfaat tunai harian (“manfaat kemasukan hospital”) semasa kemasukan hospital kerana sakit atau kecederaan kemalangan.
  5. i-Accidental Death & Dismemberment i-Accidental Death and Dismemberment Benefits Rider ialah rider penolakan unit yang menyediakan perlindungan semasa kematian, Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD) atau kecederaan, disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh kemalangan.
  6. i-Accidental Medical Reimbursement Benefits i-Accidental Medical Reimbursement Benefits ialah rider dengan penolakan unit yang membayar perbelanjaan perubatan akibat kecederaan disebabkan kemalangan. Selain daripada itu, bagi kemasukan ke hospital kerajaan Malaysia, manfaat tanggung rugi mingguan akan dibayar.
  7. i-Comprehensive Accidental Benefits Xtra i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan semasa kematian, Hilang Upaya Total dan Kekal (HUPK), Hilang Upaya Kekal atau Sementara (HUKS), disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh kemalangan. Sebagai tambahan, ia membayar balik perbelanjaan perubatan dan menyediakan manfaat tanggung rugi mingguan bagi kemasukan hospital di hospital kerajaan Malaysia.Ia turut didatangkan dengan bonus pembaharuan dari Takaful Operator iaitu Jumlah Perlindungan bagi rider ini akan bertambah sebanyak 5% setiap tahun, berdasarkan Jumlah Perlindungan asal bagi rider sehingga maksimum 150% daripada Jumlah Perlindungan asal.
  8. i-Great Income i-Great Income Rider ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan pembayaran tahunan (10% daripada jumlah manfaat bagi rider ini) sekiranya berlaku HUPK sebelum umur 70 tahun hari lahir berikutnya. Pembayaran tahunan akan dibayar selagi hilang upaya berterusan sehingga ulang tahun sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur 70 tahun hari lahir berikutnya.
  9. i-Provider on DD i-Provider on DD Rider ialah rider penolakan unit di mana pembayaran caruman masa hadapan akan dibayar dari Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghidap penyakit kritikal.
  10. i-Provider on TPD i-Provider on TPD Rider ialah rider penolakan unit di mana pembayaran caruman masa hadapan akan dibayar dari Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghidap Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK).
  11. i-Provider Plus i-Provider Plus Rider ialah rider penolakan unit di mana pembayaran caruman masa hadapan akan dibayar dari Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghidap Hilang Upaya penuh dan Kekal (HUPK) atau penyakit kritikal, mana yang berlaku dahulu.
  12. i-Contributor Benefit i-Contributor Benefit Rider ialah rider penolakan unit di mana pembayaran caruman masa hadapan akan dibayar dari Dana Tabung Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya penuh dan Kekal (HUPK)kepada peserta,mana yang berlaku dahulu.
  13. i-Contributor Benefit Plus i-Contributor Benefit Plus Rider ialah rider penolakan unit di mana pembayaran caruman masa hadapan akan dibayar dari Dana Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) atau penyakit kritikal kepada peserta, mana yang berlaku dahulu.

Best takaful operator 7

By hazlyagensi