Idea Menabung Yang Terbaik ???

Bismillah,

Apabila saya bertanya kepada pelanggan apakah cara yang paling berkesan untuk menabung/menyimpan?

Ramai menjawab, wujudkan satu tabung tak kiralah tabung buluh ke, tabung tin ke atau lebih kreatif lagi guna barang terpakai untuk dibuat tabung.

Setiap hari kalau ada duit syilling atau duit baki terus masukkan ke dalam tabung. Itulah cara yang paling asas sekali untuk menabung. Apabila tabung penuh, barulah dimasukkan ke dalam akaun bank/tabung haji. Kaedah ini saya namakan menabung ikut suka hati. Tak kisahlah berapa jumlah yang akan diperolehi apabila tabung penuh janji menabung.

Namun, ada juga yang memberikan idea kreatif lain supaya aktiviti menabung menjadi sesuatu yang menyeronokkan, seperti kaedah mengumpul duit syilling 20sen/50sen/RM1/ RM5/RM10 sahaja atau memberi tema seperti warna hijau, hanya wang RM5 atau biru untuk wang RM1 yang akan dikumpulkan dalam tabungan sama ada secara harian/bulanan/tahunan.

Dengan aktiviti menabung seperti ini, In Sya Allah diharapkan ia akan menjadi satu hobi yang kemudiannya akan bertukar menjadi tabiat/habit/budaya. Jika ia jadi budaya, maka tiada lagi masalah diri tidak berdisiplin untuk menabung secara konsisten.

Namun teknik menabung yang saya belajar ini, mungkin dapat membantu anda untuk berjimat cermat dan menguruskan kewangan anda menjelang tahun baru 2015. Rujuk petikan bertajuk tabung jutawan

tabung jutawan

Langkah-langkah penyediaan tabung jutawan

First step, sediakan 6 tabung. Xkesah la nak pakai sampul surat ke, sampul duit raya ke, tin biskut ke tin milo ke…. pape je asal boleh digunakan untuk menabung. Kalau dapat create 6 akaun bank lagi bagus!

Langkah kedua, labelkan setiap tabung seperti di bawah :
1. FFA : Free Financial Account (10%)
2. LTSS : Long Term Saving Spending (10%)
3. NEC : Necessity (55%)
4. EDU : Education (10%)
5. PLAY : Hiburan (10%)
6. CHARITY : Kebajikan (5%)

Lepas dah label cantik-cantik, kena tahu macam mana nak masukkan. Kalau malas nak kira manual, create 1 dokumen kat microsoft excel. Buat kotak2 nie. Dan apply format formula. Kalau yang gaji dia masuk setiap hari, maka setiap harilah duit2 gaji anda diagih2kan dalam ke enam2 tabung nie.
* tips nie boleh apply kat individu yang masih makan gaji, anak2 sekolah dan business anda.

Contoh : total gaji masuk sebulan RM 2000. Jadi, setiap akaun akan dpt pecahan :
1. FFA RM 200
2. LTSS RM200
3. NEC RM 1100
4. EDUC RM200
5. PLAY RM200
6. CHARITY/GIVE RM 100

APA FUNGSI SETIAP TABUNG?

FFA
Tabung nie xboleh usik. Ini ibarat tabung untuk anda bebas masalah kewangan. Lock guna mangga besar, haha!..Cuma saya cadangkan Anda mengunakan kesempatan wang tabung ini untuk menyimpan dalam TAKAFUL. Sebabnya, anda akan secara automatik terpaksa mencarum secara konsisten setiap bulan tak boleh menipu (berdisplin) dan dalam masa yang sama Anda dapat perlindungan TAKAFUL jika berlaku apa-apa kepada anda semasa mencarum. So, Anda dapat security untuk menyimpan dan peace of mind.

LTSS
Tabung nie plak untuk simpanan nak beli sesuatu yg harga mahal. Contoh : saya nak beli kereta Alpahad, duit dari tabung inilah yang saya akan guna untuk bayar down payment. Atau nak invest untuk property, inilah tabung yg kita akan gunakan.

NEC
Duit nie pecahan dia banyak sebab dari tabung inilah kita guna utk bayar segala jenis bil dan keperluan asas kita. Contoh : tabung NEC saya RM 1100 sebulan shj. Maka, perbelanjaan untuk product jualan xboleh lebih dari jumlah nie. Kalau yang makan gaji plak jumlah tabung NEC la tanda aras yang perlu dibelanjakan setiap bulan. Make sure x negatif yer! Kalau xcukup jugak ia adalah signal anda perlu mencari duit poket dan perlu tingkatkan sales bagi mereka yang ada bisnes sendiri. Selain drp cari duit lebih, boleh juga guna pendekatan kurangkan penggunaan, jimatkan tenaga, kongsi kereta, jimatkan belanja, potong astro beyond guna njoi dan apa-apa yang boleh menjimatkan wang perbelanjaan.

EDUC
Tabung education adlh tabung khas utk anda menimba ilmu. Contoh : tabung edu saya RM50 sehari x 30 hari. Kalau saya nak pegi program DAO seat General iaitu RM 997 saya perlu menyimpan selama sebulan lebih awal. Kalau nak buat tabung nie utk anak2 jugak, boleh gunakan tabung ini untuk bayar yuran2 sekolah dan kelengkapan sekolah mereka.

PLAY
Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga seperti:

Melancong & umrah bersama keluarga

Makan malam di hotel atau restoran kegemaran

Berkelah & bermalam di resort, dll.

Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.

GIVE/CHARITY
Tabung ini adalah tabung yang digunakan untuk sedekah pada tabung2 masjid, mangsa2 banjir dan lain2 kebajikan yang ada.

Kemungkinan tabung NEC akan melebihi 80% daripada pendapatan. Bagi sesiapa yang tergolong dalam zon bahaya ini, anda perlu buat sesuatu untuk meningkatkan pendapatan dengan berniaga atau kerja secara partime. Dalam masa yang sama, perlu senaraikan perbelanjaan yang penting dan yang tidak penting. Selesaikan perbelanjaan yang penting dan hapuskan perbelanjaan yang tidak penting seperti bil astro, bil topup, pembelian tanpa dirancang yang ikut nafsu jer dan sebagainya.

Lagi satu contoh iaitu jika anda merancang untuk bercuti,  contohnya ke Pulau Tioman tabung yang anda perlu penuhi ialah Tabung PLAY. Katakan, kos nak ke Tioman RM 1000. Kita perlu make sure tabung PLAY kita cukup RM 1000. Kalau xcukup kena usaha lagi sampai capai target!

Akhir sekali saya masukkan TIP Untuk Selamatkan WANG Anda, Azam Untuk Tahun Baru 2015 yang dikongsi oleh saudara Azizul Azli Ahmad. Credit 2 : https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah.
1.Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi dua
7. Kurang cakap dihp
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9.Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11.Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19.Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21.Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah.
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah.
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu.
Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia.
Bersedialah untuk tahun baru
Wallahu A’llam 

By hazlyagensi