GST:-Peluang Kaut Keuntungan Atau Tanggungjawab Sosial.

Sejak 1 April GST 6% telah pon dilaksanakan, heboh 1 Malaysia bahawa, apabila GST dilaksanakan maka akan menyusahkan rakyat Malaysia yang rata-ratanya berpendapatan sederhana dan rendah dan malah yang tiada berpendapatan pon kena GST.

Pahit sekali keadaan ini untuk ditelan, rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang perlaksanaan GST.

Tahukah Anda,  sebuah syarikat insurans yang terkaya dan terbesar di Malaysia, juga turut sama-sama merasai keperitan yang anda rasakan.

Dengan penuh prihatin akan situasi ini, syarikat Great Eastern Life Insurans dan Great Eastern Takaful Berhad mengambil langkah terbaik dan terhebat dengan menyerap cukai GST 6% yang dikenakan ke atas perkhidmatan insurans dan takaful (utk produk investmentlink) dan juga menyerap cukai 6% yang dikenakan ke atas bil perubatan / hospital para pelanggannya.

Dengan penyerapan ini, bermaksud pelanggan-pelanggan tidak perlu menanggung 1 sen pon untuk pelan medical card i-medik xtra rider, manakala untuk pelan medical card i-medik asas dan i-medik biasa hanya perlu membayar 10% ko-takaful max Rm500 sahaja.

Penyerapan ini berkuatkuasa serta merta dari tarikh surat dikeluarkan…

Surat Absorb GST

Beruntunglah Pelanggan Great Eastern Takaful yang sedia ada, dapat syarikat insuran takaful yang sangat kukuh dan stabil.

Kepada bakal pelanggan, jangan tunggu lama-lama, semakin meningkat umur semakin mahal harga medical kad dan kos perubatan yang perlu dibayar.

TAHUKAH ANDA ?

  1. Great Eastern Takaful telah menanggung cukai GST 6% dalam caruman/premium setiap bulan bermula April ( Tiada Kenaikan Caruman Bulanan Pelan Investment Link sahaja).
  2. ELAUN HOSPITAL adalah secara auto-calaim? Tidak Perlu lagi mengisi borang.
  3. Semua Pelan Great Eastern Takaful disertakan badal haji RM3000 secara PERCUMA.
  4. Pelan TAKAFUL (Medical Card Investment Link) menyediakan CAR ASSISTANCE & TOWING 200km secara PERCUMA.
  5. GREAT EASTERN adalah sebuah syarikat Insurans TERBESAR & TERKAYA di Malaysia. Rujuk BNM dan rujuk artikel ini
  6. GREAT EASTERN juga adalah satu-satunya syarikat insurans yang mempunyai SHOPPING MALL di ruangan bangunan pejabatnya.
  7. Great Eastern Takaful merupakan hasil gabungan Great Eastern Life Insurans Dengan Koperasi Angkatan Tentera ( Antara Koperasi Terbesar Di Malaysia ).
  8. Great Eastern Takaful Mempunyai Badan Kawalan dan Penasihat Syariahnya sendiri.  klik sini untuk rujukan 
  9. Great Eastern Sudah Berusia 107 tahun pada tahun 2015.
  10. Great Eastern Takaful prihatin dengan situasi Cukai GST 6% ini dan pada bulan Jun ini, akan menyerap cukai GST 6% (bil perubatan sahaja) yang dikenakan ke atas pelanggannya, walaupun syarikat tahu akan mengalami beban kewangan akibat tindakan ini.

Menara-Great-Eastern-day-708x505

 

Bertindak Sekarang !!!
Jika Anda Masih Sihat !!!
Bertangguh!!! Hanya Merugikan Anda

Jaminan Wang Dikembalikan

 Anda Akan Diberi 15 hari,

Untuk Menyemak, Meneliti & Mengkajinya,

Selepas Dapat Polisi.

Jika Anda Tak Berpuas Hati,

Kembalikan semula Polisi dan Kami Pulangkan 100% Wang Anda.

Kenapa Permohonan Kad Perubatan Anda Ditolak?

Kerana anda sudah ada sakit kritikal / lumpuh .

Adakah anda ingin kami bantu sebelum terlewat?

Sila SMS ( I Nak Kad Perubatan) ke 0125358469.

Kami segera hubungi anda bagi memberikan khidmat rundingan takaful kewangan secara percuma.

Sila klik di bawah untuk mengisi borang mendapatkan quotation percuma.

quotation (1)

 

 

Advertisements
By hazlyagensi

Bagaimana takaful boleh 
menjamin masa depan anda?

umbrella-insurance-photo1

Perancangan masa depan sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan, terutama­nya jika kita mempunyai keluarga serta mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Ini termasuklah keinginan untuk membeli rumah, kereta atau mempunyai wang yang cukup untuk menghantar anak-anak ke universiti serta hidup dengan selesa sewaktu bersara kelak. Sebilangan besar daripada kita tidak menyedari bahawa langkah pertama untuk jaminan masa hadapan adalah dengan mengekalkan apa yang dimiliki sekarang dan kemudiannya melabur untuk masa depan. Nampak begitu mudah, namun pada hakikatnya ramai daripada kita gagal untuk melabur pada peringkat awal sehinggalah semuanya sudah terlewat.

Walaupun kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa depan, kita sentiasa boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Aspek yang paling pen­ting untuk masa depan yang mampu dikawal adalah aspek kewangan kita. Hampir kesemua aspek yang boleh dinilai seperti mendapatkan pendidikan tinggi, berkait rapat dengan perancangan kewangan yang baik. Boleh dikatakan bahawa pengurusan kewangan yang baik dan me­nyalurkannya untuk menjamin masa depan serta pengumpulan aset adalah cara terbaik untuk memastikan kita dilindungi daripada sebarang ketidaktentuan. Produk Takaful merupakan instrumen terbaik untuk membantu mencapai masa depan yang lebih terjamin. Berikut disertakan beberapa contoh:

Protector

 

Memberikan perlindungan komprehensif

Pelan Takaful keluarga direka untuk menyediakan perlindungan komprehensif dan memberikan perlindungan berpanjangan serta pelaburan untuk masa depan. Terdapat pelan berkait pelaburan yang membolehkan kita menyimpan untuk jaminan masa depan seperti persaraan. Pelan ini membolehkan kita melindungi keluarga sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, kematian atau hilang upaya kekal dengan bayaran tunai sekali gus. Ini memastikan waris mempunyai bantuan kewangan yang diperlukan setelah ketiadaan kita. Kebanyakan pelan Takaful keluarga membantu memenuhi matlamat kewangan tanpa perlu bimbang akan ketidaktentuan pada masa depan. Di samping itu, beberapa pelan Takaful keluarga membenarkan kita untuk meningkatkan kadar perlindungan dengan menawarkan rider perubatan dan penyakit kritikal.

pelanlengkap1

 

Membina dana jangka panjang

Sekiranya anda mempu­nyai banyak matlamat kewangan dalam kehidupan, produk Taka­ful membolehkan kita untuk membuat sumbangan yang lebih besar untuk membina kekayaan dengan lebih cepat. Pelan-pelan Takaful yang terikat kepada berkaitan pelaburan boleh membantu melaburkan wang mengikut selera risiko masing-masing. Ini turut membolehkan kita mempunyai kuasa beli dan seterusnya mencapai matlamat seperti membeli rumah dengan lebih cepat.

Melindungi kesihatan

Boleh dikatakan, tiada yang lebih penting daripada memiliki kesihatan yang baik kerana dengan kesihatan yang baik akan membolehkan kita mencapai sebarang matlamat hidup. Kita tidak boleh menjangka bila kita akan jatuh sakit atau ditimpa musibah. Ini membuatkan penjagaan kesihatan menjadi semakin penting. Dalam dunia moden kini, kos penjagaan kesihatan amatlah tinggi. Oleh itu memiliki pelan Takaful perubatan merupakan satu kewajipan bagi memastikan kita menerima rawatan kesihatan yang sewajarnya apabila diperlukan. Selain itu, pelan Takaful perubatan juga membolehkan kita dilindungi da­ri sebarang bebanan kewangan disebabkan kos perubatan yang tinggi.

Rancang pendidikan anak

Sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa keperluan mereka diutamakan, dan cara yang terbaik adalah menyediakan mereka dengan peluang pendidikan yang terbaik. Melalui pelan pendidikan Takaful, kita boleh menyediakan tabungan untuk pengajian tinggi mereka. Ada beberapa pelan yang menawarkan ganjaran tunai kepada anak-anak sebagai insentif dalam pencapaian peperiksaan diperingkat rendah dan mene­ngah. Pelan pendidikan ini juga memberikan perlindungan asas Takaful.

Perlindungan kediaman

Salah satu pelaburan terbesar yang dibuat dalam hidup adalah pembelian rumah. Sewajar­nyalah kita melindungi pembelian terbesar ini dari sebarang ketidaktentuan. Terdapat pelbagai jenis skim komprehensif untuk melindungi kediaman, bukan sahaja dari aspek gadai janji rumah malah aset yang berada di dalam kediaman. Pelan Takaful pemilik rumah direka untuk melindungi pembeli rumah dan gadai janji dan akan membayar ansuran bulanan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal ke atas pemilik. Selain melindungi rumah, perimeter luar rumah dan juga isi kandu­ngannya turut dilindungi daripada kecurian, banjir, kebakaran dan sebarang musibah lain. Malah sekiranya kita menyewa rumah tersebut, ia masih boleh dilindungi melalui satu pelan Takaful yang direka khas ini.

Perlindungan untuk kenderaan

Kenderaan terutamanya ke­reta telah menjadi satu ke­perluan untuk menjalankan ak­ti­viti seharian. Kita menggunakan kereta untuk ke tempat kerja, mengambil anak-anak dari sekolah, malah kita menggunakan kereta untuk hampir semua urusan. Adalah sangat penting untuk memiliki pelan Takaful kenderaan yang terbaik. Pelan Takaful ini akan melindungi kenderaan dan membayar ganti rugi sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian. Ada pelan yang menyediakan kereta sewa untuk digunakan sekiranya kenderaan langsung tidak boleh digunakan bagi membolehkan rutin harian dilakukan seperti sedia kala.

getsbidaman1  

 Zafri Ab Halim – Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad

 

 

Sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/bagaimana-takaful-boleh-8232-menjamin-masa-depan-anda-1.95581#sthash.PphJMGYw.dpuf

By hazlyagensi