Kunci Kewangan Pintar

a938f-key-to-freedom

Kunci Kewangan Pintar ialah dengan mengasingkan 10% wang daripada income/pendapatan untuk simpanan, sebelum membelanjakan keseluruhan duit gaji anda.

Ulangan suara simpan sebelum dibelanjakan dan bukan selepas berbelanja.

Kalau gaji Anda RM2,000, 10% daripada RM2000 => RM200 adalah untuk disimpan. Selebihnya bolehlah dibelanjakan.

Ramai orang termasuk saya, bertindak sebaliknya. Bagi yang celik serta tiada beban hutang lagi, 10% itu dipotong gaji siap-siap, ke dalam Amanah Saham,Tabung Haji, Unit Trust atau bank atau lain-lain investment untuk diberanakkan untuk manfaat masa hadapan dan melawan arus inflasi…Faham-faham

Antara tempat untuk kita simpan atau laburkan termasuklah:-

1/- Bawah bantal, dengan 0% pulangan.
2/- Akaun simpanan – 0.25% hingga 2%.
3/- Deposit tetap (fixed deposit) – 3% hingga 4%.
4/- Unit amanah – 5% hingga 20%.
5/- Saham – 50% hingga 100% (boleh sampai 1000% kalau kena cara)
6/- Hartanah – tidak boleh dijangka (ada ilmu boleh sampai 500%)

Namun malapetaka, seperti jatuh sakit, lumpuh, kemalangan, kebakaran dan kematian yang kita anggap remeh, bakal mengubah seluruh struktur kewangan pintar ini.

kemalangan1

3 option

Maka, dunia kewangan mencipta instrument insurans dan takaful supaya semua beban kewangan Anda, ketika datangnya malapeta dapat dipindahkan/ditanggung oleh pengurus risiko iaitu syarikat insurans atau takaful.

pelanlengkap1

Dengan memiliki insurans atau takaful Anda boleh meneruskan kehidupan tanpa bimbang akan kewangan anda. Kunci Kewangan Pintar tadi boleh diteruskan dengan menyimpan 10% ke dalam takaful dalam jangka masa yang panjang.

Malah, insurans dan takaful juga dapat menggantikan semula, semua pendapatan kita yang hilang akibat tidak dapat mencari nafkah kerana sakit kritikal atau lumpuh.

Akaun simpanan

Kalau di negara maju, kunci kewangan pintar mereka telah lama berubah daripada mengasingkan untuk menyimpan, kepada insurans.

Daripada rumah, kereta, laptop, barang elektronik sehingga kepada nyawa manusia dan haiwan semuanya boleh diinsuranskan.

Di Malaysia pula bagaimana pula keadaannya? …Insya-Allah ada masa, kita akan kupas nanti.

Semoga bermanfaat..

By hazlyagensi