Mengejutkan..Klien Takaful Kembali Ke Rahmatullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W dan kepada Ahli Keluarga Baginda.

Daripada Allah Kita Datang Dan Kepada Allah Kita Kembali…Al-Fatihah

Pagi ini 28hb September, saya dikejutkan oleh (gambar dibawah) di dalam group whatapp mengatakan klien takaful saya yang bernama Muhammad Kamilfaiz telah kembali ke Rahmatullah.

IMG-20150927-WA0016

Saya pon menghubungi adik beliau, dan adik beliau telah memberithu bahawa Arwah telah meninggal dunia pada hari Jumaat 25hb September 2015. Beliau telah terjatuh kerana tergelincir akibat lantai yang licin, lalu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 23 hb September dan telah melalui pembedahan, namun Allah lebih menyayangi beliau.

Pengenalan saya dengan beliau bermula apabila beliau, menelefon saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang medical card yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful. Sejak beliau menjadi klien saya, beliau tidak pernah miss sumbangan takaful setiap bulan malah beliau telah menyumbang/membayar hingga hujung tahun ini.

Beliau berumur 27 tahun dan setahu saya, beliau masih belum berkahwin. Beliau juga merupakan seorang pelajar Sarjana dalam jurusan Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia.

Sepanjang mengenai Arwah, beliau adalah seorang yang peramah, tawaduk dan ahli masjid, dan sebelah petang, selepas asar, selalu kelihatan beliau membaca Al-Quran di Masjid.

Allah telah memberi rezeki dan pertunjuk atau tanda-tanda kematian orang yang soleh kepada Arwah kerana telah meninggal pada hari Jumaat, di dalam bulan yang baik (12 Zulhijjah) dan difahamkan beliau ke Kuala Lumpur untuk berdakwah/berjihad ke jalan Allah. AllahuAkbar..MasyaAllah..Beruntunglah orang yang berlumba-lumba menyediakan bekalan iman dan amal soleh dan wang hibah utk yg tersayang awal-awal lagi sebelum dijemput Allah.

Semoga roh beliau dicucur rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang mati syahid.

Muhammad KamilFaiz

By hazlyagensi