Quo : Untuk Mak Cik Minah ( Bukan Nama Sebenar) Umur 54 tahun

Bulan ogos flyer
Mak Cik Minah : Salam, saya Minah, Umur 54 tahun, dah pencen, tetapi Alhamdulillah masih sihat…Boleh saya dapatkan quotation untuk medical card.
Agen T: Puan Minah nak medical kad untuk diri puan atau anak puan?
Mak Cik Minah : Untuk mak cik sendiri..
Agen T : Oh!!…Maafkan saya, ingatkan untuk anak puan tadi…Kenapa puan baru nak ambil medical kad?…Dulu puan dah ada medical kad ke belum?
Mak Cik Minah : Dulu mak cik tumpang perubatan yang disediakan oleh syarikat suami makcik, jadi makcik tak terfikir nak ambil medical kad…Sekarang pakcik dah tak ada, pakcik dah meninggal setahun yang lepas..
Agen T : Innalillahiwainnailaihirojiun…Takziah..maaf kerana saya bertanya..Dulu makcik kerja apa? Berapa bajet makcik?
kena sedarMak Cik Minah : Tak mengapa, dulu makcik kerja kerani di syarikat peguam….Makcik ada 8 orang anak..Makcik tak nak susahkan mereka..Mereka semua dah berkeluarga. Makcik dah tanya semua agen yang lain mereka kata mahal medical kad untuk umur yang dah lanjut nie…Makcik agak-agak kalau bajet RM300 sebulan cukup ke? Makcik masih sihat kalau nak check up pon tak ada masalah.
Agen T : Okey, Makcik saya dah siapkan quotation Medical Kad tanpa ko-takaful….sebulan RM300…cover 90k setahun dan 900,000 seumur hidup dengan bilik RM150 sehari sehingga 180 hari dan elaun hospital RM50…dengan basic sum cover ( mati dan lumpuh kekal )- RM16K..dan waiver kalau terkena penyakit kritikal atau TPD ( lumpuh kekal) medical kad bulan-bulan tak perlu bayar…syarikat takaful yang tanggung..
Quotation Makcik Minah2
Mak Cik Minah : Bagus tu..RM300 memang kena dengan bajet makcik..Makcik dah tanya agen lain semua dalam RM400 lebih..Kenapa mereka yang lain mahal?
Agen T : Oh!! Plan mereka mahal mungkin sebab plan yang berbeza kot…mungkin harga bilik tak sama….Mungkin ada tambah perlindungan 36 jenis penyakit atau perlindungan kemalangan kot…sebab tu mahal…..
Mak Cik Minah : Bilik harga sama…tetapi memang ada perlindungan kemalangan..tetapi tak ada perlindungan 36 jenis penyakit….tetapi ada satu quotation dari syarikat P harga bilik tak sama…
Agen T : Ooo…saya tak tahu kalau ada sebab lain..tetapi syarikat takaful kami ada golden age enhancer untuk umur next birthday  55 tahun sampai umur 70 tahun.
Mak Cik Minah : Apa tu ?
Agen T : Rasanya macam diskaun untuk warga tua untuk mendapatkan medical kad…Tapi saya kurang pasti betul ke tidak …nanti saya check balik…(jawapan selamat agen yang belum khatam ilmu produk).
Mak Cik Minah : Nanti emailkan quotation ke email makcik ye…namamakcik@taktau.com
Agen T : Baiklah…bila saya boleh jumpa makcik untuk sain agreement?
Mak Cik Minah : Makcik baca quotation dulu, nanti makcik set appointment..
Agen T : Okey..baiklah makcik…tetapi jangan lama sangat… kalau umur dah meningkat, takut-takut caruman bulanan tadi dah tak valid lagi..kena buat quotation baru…
Mak Cik Minah : Ooo..ye ke..Apa-apa, Makcik akan bagitau nanti.
Agen T : Terima Kasih Makcik, kerana berurusan dengan kami…Kami akan beri servis yang terbaik kat makcik…
Mak Cik Minah : Sama-sama..Terima Kasih sebab layan kerenah orang tua macam makcik nie..
Agen T: Tak apa makcik….Memang dah jadi tanggungjawab kami untuk berkongsi kebaikkan takaful dan Medical Kad.
3 option
SmoothArrow
quotation (1)
By hazlyagensi