Takaful For You And Me

Sejak Takaful diperkenakan kepada rakyat malaysia, ramai yang telah menyedari dan beralih kepada produk yang patuh syariah.

Takaful juga telah dapat memenuhi permintaan sama seperti Insurans, dan yang lebih menarik ianya selari dengan kehendak agama Islam dan membawa  keberkataan kehidupan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat jua. Produknya yang menepati kehendak syariah telah berjaya mengeluarkan umat Islam daripada terlibat dengan unsur-unsur riba, judi dan juga gharar atau ketidakpastian yang terdapat dalam Insurasn tanpa lari dari matlamat asal iaitu memberi perlindungan kewangan semasa ditimpa musibah.

Takaful bukan sahaja sesuai dengan umat islam tetapi produk juga mendapat sambutan di kalangan orang bukan Islam.

Apakah yang sebenarnya pelan takaful ?

Kebanyakkan kita tidak menyedari bahawa langkah awal untuk menyelamatkan masa depan kita adalah dengan bersedia menghadapi ujian dan musibah yang akan menggangu kewangan dan kesejahteraan hidup kita.

Jadi cara yang terbaik adalah dengan mengurus dan merencanakan plan-plan perlindungan nyawa, aset dan pendapatan supaya tidak terbeban akibat musibah.

balance your dream

Musibah adalah apa-apa yang berlaku diluar kawalan kita yang mengakibatkan kematian, kerugian harta benda, hilang punca pendapatan, dan lumpuh akibat kemalangan seperti yang dilaporkan di media masa dan media cetak. Keadaan menjadi lebih parah lagi jika berlaku kepada si ayah atau si ibu yang merupakan ‘breadwinner’ dalam keluarga.

dunia gelap

Bagaimana Takaful berfungsi?

Mekanisma Takaful berfungsi dengan jayanya apabila:

  1. Peserta bersetuju untuk menyumbang wang ringgit antara satu sama lain.
  2. Sumbangan setiap wang ringgit akan dimasukkan dalam tabung dana kecemasan.
  3. Peserta sepakat bahawa dana akan dikeluarkan untuk membantu perserta yang ditimpa musibah.
  4. Dana ini juga akan dilaburkan, keuntungan atau kerugian akan dikongsi bersama.
  5. Jumlah bantuan yang akan diterima tertakluk kepada jumlah sumbangan dan pampasan yang telah dipersetujui oleh peserta.
  6. Setiap perserta tahu peranan masing-masing dan tahu peranan pentadbir takaful jika berlaku kerugian. Peserta sedar hak mereka dan tahu apa yang akan mereka perolehi jika berlaku musibah.
Dengan Takaful, ruang-ruang kemusnahan kewangan atau kemiskinan akibat berlaku musibah dapat diatasi. Oleh itu, peserta akan merasa aman dan boleh menarik nafas lega.

 

Memahami Terma-terma yang digunakan dalam takaful 

Untuk memudahkan anda memahami terma-terma yang terdapat dalam polisi takaful.

Term Definition
Sumbangan Wang atau duit yang diberi oleh peserta kepada syarikat takaful untuk dimasukkan dalam dana kecemasan.
Polisi Bukti penjanjian antara peserta dengan pentadbir takaful
Takaful keluarga Pelan perlindungan dan simpanan
Tabarru’ Sumbangan yang dikira sebagai derma kedalam dana kecemasan.
Yuran Wakalah Peserta mewakilkan pentadbir takaful untuk mengurus dana dengan caj yang dipersetujui dalam perjanjian.
Participant’s Individual Account (PIA) Akaun individu yang mengandungi duit sumbangan peserta dan catatan keuntungan pelaburan.
Underwriting surplus Keuntungan pelaburan
Perbezaan terma yang digunakan oleh takaful dan insurans conventional
Takaful Conventional
Annual Contribution Annual Premium
Basic Sum Covered Basic Sum Assured
Upfront Charge Unallocated Premium
Tabarru’ Insurance Charge
Service Charge Policy Fee
Fund Management Charge Management Charge
Cotakaful Coinsurance
By hazlyagensi