Pilihan Rider Medical Card Great Eastern Takaful

Ini adalah antara jenis-jenis kad perubatan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful. Secara lazimnya, jenis kad perubatan yang biasa ditawarkan kepada majoriti pemegang polisi adalah i-Medik bagi pelan takaful investment-linked dan i-Medik Asas bagi pelan takaful tradisional. Mari kita lihat perbezaan setiap pelan ini secara kasar.

wpid-img-20150331-wa0003

Perbezaan Kad Perubatan Great Eastern Takaful

1. i-Medik Asas

i-Medik Asas merupakan pelan kad perubatan yang paling asas ditawarkan oleh Great Eastern Takaful. Pelan kad perubatan ini hanya ditawarkan bersama pelan takaful tradisional.

⚫ Terdapat 4 pelan i-Medik Asas bermula dari kadar Bilik dan Penginapan RM150, RM200, RM300 dan RM400.
⚫ Had kos perubatan dari RM360,000 hingga RM800,000 seumur hidup.
⚫ Pelan ini dikenakan caj co-takaful 10% atau maksima RM500.
⚫ Sekiranya menaik taraf bilik, co-takaful 20% dikenakan tanpa sebarang had maksima co-takaful.

2. i-Medik

i-Medik merupakan pelan kad perubatan yang paling lazim ditawarkan oleh Great Eastern Takaful bagi pelan takaful investment-linked.

⚫ Terdapat 5 pelan i-Medik bermula dari kadar Bilik dan Penginapan RM100, RM150, RM200, RM300 dan RM400.
⚫ Had kos perubatan dari RM600,000 hingga RM2,000,000 seumur hidup.
⚫ Pelan ini tertakluk kepada caj co-takaful 10% atau maksima RM500.
⚫ Sekiranya pemegang polisi menaik taraf bilik, co-takaful 20% dikenakan tanpa sebarang had maksima co-takaful bagi pelan RM100 dan RM150.
⚫ Menaik taraf bilik bagi pelan RM200, RM300 dan RM400 juga tertakluk kepada co-takaful 20% tetapi terhad sehingga RM3,000 caj maksima.

3. i-Medik Xtra

Pelan ini merupakan pelan terbaru yang dilancarkan oleh Great Eastern Takaful pada tahun 2015. Sebagaimana pelan i-Medik, pelan i-Medik Xtra juga ditawarkan hanya bagi pelan takaful investment-linked dengan 100% kos bil hospital ditanggung bagi kos-kos yang layak.

⚫ Terdapat 4 pelan i-Medik Xtra bermula dari kadar Bilik dan Penginapan RM150, RM200, RM300 dan RM400.
⚫ Had kos perubatan dari RM900,000 hingga RM2,000,000 seumur hidup.
⚫ Pelan ini TIDAK tertakluk kepada caj co-takaful, 0% CO-TAKAFUL.
⚫ Menaik taraf bilik hanya perlu langsaikan amoun perbezaan.
⚫ Keistimewaan tambahan yang tidak terdapat dalam pelan kad lain seperti implan Intraocular Lens, Lumpuh Kekal Kemalangan, Elaun Tunai Harian Hospital Kerajaan yang lebih tinggi.

4. i-Medik Plus

i-Medik Plus merupakan pelan tambahan yang boleh diambil dengan i-Medik atau i-Medik Xtra bagi meningkatkan lagi perlindungan sedia ada.

⚫ Terdapat 3 pelan i-Medik Plus bermula dari kadar Bilik dan Penginapan RM200, RM300 dan RM400 sahaja.
⚫ Penambahan kadar Bilik dan Penginapan sebanyak 10% setiap 3 tahun sehingga 100% dari kadar asal.
⚫ Rawatan lanjutan selepas keluar hospital sehingga 180 hari.
⚫ Manfaat elaun harian penjaga.
⚫ Tambahan nilai elaun tunai harian hospital kerajaan.
⚫ Tambahan nilai manfaat kematian kemalangan.

Dapatkan penerangan lebih terperinci dengan menghubungi saya!!!

Credit 2:- https://igreattakaful.wordpress.com/2015/06/12/pilihan-kad-perubatan-great-eastern-takaful/

SmoothArrow
quotation (1)

 

By hazlyagensi