Waris Syukur Terima Cek RM 117,122.60

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S.W.T dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Ahli Keluarga Baginda..

Pada Hari Ahad, 27 hb Mac 2016, Kami telah berkunjung ke rumah Waris Arwah Muhammad KamilFaiz untuk menyampaikan cek terakhir.

Saya ditemani oleh Isteri dan anak-anak bersiap sedia untuk bertolak dan destinasi yang kami akan tuju ialah—> Selama, Perak

Kami bertolak dari pukul 11.00 pg dan sampai lebih kurang pukul 12.30tgh…

Sesampai kami di sana, kami disambut mesra oleh Cikgu Mohd Nor dan isteri beliau.

selfi1

ditemani

 

 

 

 

 

 

 

 

 

waris Kamilfaiz5

Kami bersembang tentang arwah dan bagaimana perwatakan arwah yang mesra dan suka membantu dalam kerja-kerja dakwah. Arwah juga sering balik ke rumah pada hujung minggu untuk menjenguk ayah dan bondanya.

Kata Cikgu Mohd Nor “Pada hari cuti, arwah akan balik ke rumah awal-awal pagi lagi tanpa memberitahu apa-apa” tapi sekarang hanya tinggal kenangan.

Sambil bersembang, kami disajikan dengan bihun goreng, buah-buahan dan air jus mangga…Yum,Yum,Yum…

Apabila selesai makan, terus kepada agenda seterusnya….penyampaian cek.

Saya penasihat takaful kepada Arwah Muhammad Kamilfaiz mewakili syarikat takaful Great Eastern Takaful Berhad menyerahkan cek terakhir tuntutan/klaim yang bernilai RM 117, 122.60.

cek 1

Semoga dengan cek ini, dapat melangsaikan hutang arwah jika ada…Banyak kebaikan dan kebajikan boleh dibuat dengan wang sejumlah tersebut..

waris Kamilfaiz

 

waris Kamilfaiz3

Maka dengan ini, bersaksilah bahawa saya Hazly Harun telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh arwah kepada saya.

Diharap segala sumbangan arwah dalam takaful dan sumbangan arwah kepada waris beliau akan dikira sebagai Sedekah Jariah yang amat besar pahala dan kedudukannya di sisi Allah S.W.T.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara

1) Sedekah Jariah

2) Ilmu Yang Memberikan Bermanfaat

3) Anak Yang Soleh Yang Mendoakan

Tidak Rugi Merancang Lebih Awal2

 Bagi anda yang ingin mengikuti kisah sebenar yang berlaku kepada Allahyarham sila klik Tangan Menggeletar, Terima Cek RM 117,122.60Mengejutkan Klien Takafulku Sudah Tiada dan My1st Claim Sejak Bergelar Agen Takaful.

Kami harap, kami dapat bantu lebih ramai individu dan keluarga memiliki takaful..

Supaya anda tak terbeban dengan masalah kewangan apabila ditimpa musibah…

Supaya anda hidup lebih aman dan tenteram.

Hubungi/SMS/Whatsapp/Telegram

012 – 535 84 69 | 012 – 535 84 70

untuk khidmat kami..jangan malu-malu.

SmoothArrow
quotation (1)

cropped-940-x-best-ever321.jpg

By hazlyagensi

Tangan Menggeletar, Terima Cek RM 117,122.60.

hazly at kaunter great eastern

Hari Ini adalah hari yang bersejarah, untuk Hazly Agensi, kerana berjaya menyelesaikan claim untuk pelanggan dengan tuntutan PAMPASAN KEMATIAN + KEMALANGAN sebanyak RM 117,122.60.

 

Claim Kematian2

Walaupun cek nie, bukan milik saya tetapi perasaan gementar bercampur excited tiba-tiba muncul semasa menerima cek yang  bernilai ratusan ribu itu.

Sekarang baru saya merasai bagaimana perasaan sebenar dan kepuasan sebenar, seperti yang digambarkan dan dirasai oleh senior-senior dan leader-leader yang telah lama berkecimpung dalam bidang insurans dan takaful.

“Ohhh….Begini rasanya bila dapat bantu orang” bisik hati ini.

Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih GM, UM, IO dan rakan-rakan seperjuangan yang memberi tunjuk ajar dan semangat kepada kami untuk menjadi yang terbaik dalam industri takaful dan kepada Staf-staf Great Eastern Takaful Berhad yang telah bertungkus lumus mempercepatkan proses tuntutan pampasan ini..

Kami juga bersyukur kepada Allah yang telah takdirkan Hazly Agensi untuk mewakili Allahyarham Muhammad Kamilfaiz,  dimana amanah dan tanggungjawab telah hampir kami sempurnakan hari ini..

Seterusnya kami akan menyampaikan cek ini kepada waris Allahyarham Muhammad Kamilfaiz.

Antara tuntutan yang bakal terima oleh waris ialah:-

Pampasan Kematian        RM 47,500.00

Pampasan Kemalangan   RM 65,000.00

Badal Haji                         RM  2,500.00

Yuran Pampasan              RM  1, 413.35

Simpanan / Cash Value    RM   709.25

Jumlah Keseluruhan       RM 117,122.60

cropped-940-x-best-ever321.jpg

Diharap dengan adanya wang pampasan ini, dapat dimanfaatkan oleh waris kepada Allahyarham Muhammad Kamilfaiz . Semoga roh beliau tenang disisi Allah S.W.T

Isteri-Balu-Anak-Yatim

 

Bagi anda yang ingin mengikuti kisah sebenar yang berlaku kepada Allahyarham sila klik Mengejutkan Klien Takafulku Sudah Tiada dan My1st Claim Sejak Bergelar Agen Takaful.

Kami harap, kami dapat bantu lebih ramai individu dan keluarga memiliki takaful..

Supaya anda tak terbeban dengan masalah kewangan apabila ditimpa musibah…

Supaya anda hidup lebih aman dan tenteram.

Hubungi 0125358469 | 012-5358470 untuk khidmat kami..jangan malu-malu.

SmoothArrow
quotation (1)

Tidak Rugi Merancang Lebih Awal2

By hazlyagensi

Plan Takaful Yang Ideal vs Plan Takaful Ikut Kemampuan Pelanggan

Menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk mengambil perlindungan takaful sekadar ada sahaja, kata mereka  ‘janji ada’, ‘kalau boleh nak yang murah dengan kadar perlindungan yang tinggi’, ‘ada diskaun ke?’ , ‘ komitmen tinggi la’ , ‘bajet tak cukup la’ dan macam-macam lagi.

Hal tersebut, kira ok lagi, sebab mereka ada kesedaran untuk ambil perlindungan takaful, tetapi disebabkan tidak pernah mengalami musibah, jadi mereka tiada pengalaman dalam membuat keputusan dalam memilih plan yang ideal.

pelanlengkap1

Disinilah peranan perunding takaful/agen dalam memberikan gambaran keseluruhan fakta dan plan yang sesuai dengan klien dengan mengambilkira pendapatan klien.

Secara kasar, perunding takaful akan mengambil kira, caruman bulanan 6%-10% daripada pendapatan klien, supaya klien mendapatkan perlindungan yang hampir menyeluruh dan tidak membebankan.

Soalan: Kenapa 6% -10% jer?

Jawapan : Jika berlaku, hilang perkerjaan atau hilang sumber pendapatan akibat lumpuh/cacat kekal, terkena 36 penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan sebagainya pada tahap kritikal, kadar/jumlah caruman 6%-10% drp pendapatan tadi diperlukan untuk menggantikan sumber pendapatan yang hilang sama ada dengan/tanpa mengambil kira kadar inflasi. Dapatkan Pengiraan Kewangan yang lebih TEPAT disini -> Tools@GreatEasternTakaful 

Sebagai Contoh : En. Ali seorang pensyarah berumur 38tahun dengan gaji RM5,000 sebulan, telah mencarum dalam plan takaful XYZ dengan caruman bulanan (8% daripada pendapatan RM5,000) RM 400 sebulan .

Contoh plan yang beliau ambil mengandungi:-

1/- Pampasan kematian/lumpuh kekal – RM 300,000

2/- Pampasan 36 jenis penyakit kritikal (Tahap 4) – RM 100,000

3/- Pampasan Kemalangan – RM 115,000

3/- Penggantian pendapatan (income replacement) – RM 40,000 setahun

3/- Waiver – RM 4800 setahun

4/-  Wad RM 200 sehari

5/-  Elaun Harian Wad RM 200 sehari

sara-lapan-anak

Katakanlah, jika musibah menimpa En. Ali pada umurnya 50 tahun hingga menyebabkan En. Ali lumpuh/cacat kekal akibat kemalangan jalan raya dan tidak boleh bekerja.

En. Ali bakal menerima:-

1/- Pampasan lumpuh sebanyak RM 300,000

2/- Pampasan kemalangan RM 115,000

3/- Semua perbelanjaan perubatan ditanggung oleh medical kad.

3/- Medical kad menjadi percuma/tak perlu carum bulan-bulan disebabkan waiver RM4800 setahun tetapi perlindungan masih cover sampai umur 99 tahun.

4/- Setiap bulan En Ali menerima pendapatan/gaji drp takaful sebanyak RM 3,333.33 sebulan atau RM40,000 setahun sebagai ganti rugi hilang punca pendapatan.

5/- Setiap bulan En. Ali mencarum sebanyak RM400 sebelum kemalangan. Sejumlah wang daripada caruman itu dilaburkan dan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung simpanan peserta dan boleh dikeluarkan untuk kegunaan En. Ali, dimana selepas 12 tahun mencarum, jumlah simpanan+pelaburan En. Ali mungkin mencecah RM20,000.

Jadi, jumlah keseluruhan pampasan+ simpanan+pelaburan yang En. Ali bakal perolehi ialah

sebanyakRM 835,000. (tidak termasuk elaun harian hospital dan elaun tidak dapat hadir bekerja)

Jika dibandingkan dengan jumlah caruman En. Ali secara bulanan RM400 dari umur 38 sehingga 50 tahun iaitu sebanyak RM57,600.

Persoalan:

Anda rasa berbaloikah En. Ali dapatkan plan takaful XYZ hanya dengan 8% drp pendapatan bulanan beliau?

Adakah ini plan yang ideal atau plan ikut kemampuan?

Hubungi kami untuk mendapatkan jawapannya.

Atau

Tekan mesin ATM, tanyalah berapa baki simpanan anda setiap akhir bulan.

Jika baki anda kurang daripada 6%-10% daripada jumlah gaji anda..Percayalah jika musibah datang,

kewangan anda akan menjadi yang lebih teruk..

pampasan-takaful1

Berbalik kepada perbincangan asal plan yang ideal vs plan ikut kemampuan pelanggan

Plan yang ideal ialah plan yang lengkap yang melindung klien dari semua aspek perlindungan daripada risiko yang boleh mengancam kewangan klien jika terkena musibah seperti risiko sakit, risiko kemalangan, risiko lumpuh, risiko perubatan, risiko hilang pekerjaan dan sebagainya.

Manakala plan ikut kemampuan pelanggan atau klien adalah apa yang klien rasa perlu, atau apa yang klien mampu, bergantung kepada bajet/pendapatan masing-masing.

Sama ada ikut plan yang ideal atau plan ikut kemampuan pelanggan, perlu mengambil kira beberapa faktor:-

1/- Tanggungan – Ibu, bapa, isteri-isteri, anak-anak.

2/- Komitmen – loan kereta, loan rumah, personal loan, PTPTN, MARA, hutang-hutang yang lain.

3/- Special interest or desired or hobbies or activities yang bahaya atau yang perlu belanja yang lebih – contoh;  suka melancong, suka mengembara, mendaki, memancing, menyelam, bersukan, berlumba dan lain-lain.

4/-Dimana keutamaan/kerisauan yang lebih – Penumpuan harus diberikan kepada apa keutamaan/kerisauan pelanggan. Contoh, jika pelanggan risaukan tentang perubatan/medical sebab beliau tiada coverage perubatan lagi, berikan plan medical kad terlebih dahulu. 

5/- Baki selepas tolak perbelanjaan – Cara yang betul menguruskan kewangan ialah dengan mengasingkan simpanan dahulu barulah berbelanja. Tetapi, ini tidak berlaku dalam masyarakat kita. Kita berbelanja dahulu baru menyimpan. Dalam hal ini, jika baki selepas berbelanja adalah sifar atau negatif, kebanyakkan perunding takaful atau perunding kewangan akan beri 2 tip yang berguna.

i/- Sama ada tambah pendapatan – Cari duit lebih (tawaran terbuka sertai kami sebagai bisnes partner secara partime atau fulltime  – komisyen 25%-35% selama 6 tahun dengan hanya 1 x kerja ) untuk maklumat lanjut rujuk ->Tawaran Terbuka

ii/- Atau Kurangkan perbelanjaan. –  jimatkan apa yang patut.

Kesimpulan

Plan yang ideal akan dapat menutup semua kemungkinan risiko berlakunya krisis kewangan apabila seseorang ditimpa musibah.

Manakala plan ikut kemampuan, hanya beri tumpuan plan ikut keutamaan/kerisauan/kemampuan atau  bajet pelanggan itu sendiri.

Adalah menjadi hasrat, setiap perunding takaful yang bertauliah dan profesional untuk cuba sedaya upaya yakinkan pelanggan untuk mengambil plan perlindungan yang ideal bagi menghadapi musibah yang boleh memusnahkan masa depan mereka yang tersayang.

Namun apakan daya, kekangan kewangan pelanggan menjadi penghalang utama pelanggan untuk mendapat plan perlindungan yang ideal.

Selalunya nasihat yang boleh diberikan oleh perunding kepada pelanggan ialah ambil perlindungan asas dan terpenting terlebih dahulu, seperti perlindungan hayat, perlindungan penyakit kritikal, medical kad atau perlindungan income replacement, sehinggalah pendapatan pelanggan stabil, bertambah atau mengizinkan, barulah naiktaraf perlindungan lain secara berperingkat-peringkat.

Sekian, semoga bermanfaat…Terima Kasih kerana baca sampai habis. 🙂

SmoothArrow
quotation (1)

GREATEASTERN FLYER NEW BEGINING2

By hazlyagensi