Tangan Menggeletar, Terima Cek RM 117,122.60.

hazly at kaunter great eastern

Hari Ini adalah hari yang bersejarah, untuk Hazly Agensi, kerana berjaya menyelesaikan claim untuk pelanggan dengan tuntutan PAMPASAN KEMATIAN + KEMALANGAN sebanyak RM 117,122.60.

 

Claim Kematian2

Walaupun cek nie, bukan milik saya tetapi perasaan gementar bercampur excited tiba-tiba muncul semasa menerima cek yang  bernilai ratusan ribu itu.

Sekarang baru saya merasai bagaimana perasaan sebenar dan kepuasan sebenar, seperti yang digambarkan dan dirasai oleh senior-senior dan leader-leader yang telah lama berkecimpung dalam bidang insurans dan takaful.

“Ohhh….Begini rasanya bila dapat bantu orang” bisik hati ini.

Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih GM, UM, IO dan rakan-rakan seperjuangan yang memberi tunjuk ajar dan semangat kepada kami untuk menjadi yang terbaik dalam industri takaful dan kepada Staf-staf Great Eastern Takaful Berhad yang telah bertungkus lumus mempercepatkan proses tuntutan pampasan ini..

Kami juga bersyukur kepada Allah yang telah takdirkan Hazly Agensi untuk mewakili Allahyarham Muhammad Kamilfaiz,  dimana amanah dan tanggungjawab telah hampir kami sempurnakan hari ini..

Seterusnya kami akan menyampaikan cek ini kepada waris Allahyarham Muhammad Kamilfaiz.

Antara tuntutan yang bakal terima oleh waris ialah:-

Pampasan Kematian        RM 47,500.00

Pampasan Kemalangan   RM 65,000.00

Badal Haji                         RM  2,500.00

Yuran Pampasan              RM  1, 413.35

Simpanan / Cash Value    RM   709.25

Jumlah Keseluruhan       RM 117,122.60

cropped-940-x-best-ever321.jpg

Diharap dengan adanya wang pampasan ini, dapat dimanfaatkan oleh waris kepada Allahyarham Muhammad Kamilfaiz . Semoga roh beliau tenang disisi Allah S.W.T

Isteri-Balu-Anak-Yatim

 

Bagi anda yang ingin mengikuti kisah sebenar yang berlaku kepada Allahyarham sila klik Mengejutkan Klien Takafulku Sudah Tiada dan My1st Claim Sejak Bergelar Agen Takaful.

Kami harap, kami dapat bantu lebih ramai individu dan keluarga memiliki takaful..

Supaya anda tak terbeban dengan masalah kewangan apabila ditimpa musibah…

Supaya anda hidup lebih aman dan tenteram.

Hubungi 0125358469 | 012-5358470 untuk khidmat kami..jangan malu-malu.

SmoothArrow
quotation (1)

Tidak Rugi Merancang Lebih Awal2

By hazlyagensi