Waris Syukur Terima Cek RM 117,122.60

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S.W.T dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Ahli Keluarga Baginda..

Pada Hari Ahad, 27 hb Mac 2016, Kami telah berkunjung ke rumah Waris Arwah Muhammad KamilFaiz untuk menyampaikan cek terakhir.

Saya ditemani oleh Isteri dan anak-anak bersiap sedia untuk bertolak dan destinasi yang kami akan tuju ialah—> Selama, Perak

Kami bertolak dari pukul 11.00 pg dan sampai lebih kurang pukul 12.30tgh…

Sesampai kami di sana, kami disambut mesra oleh Cikgu Mohd Nor dan isteri beliau.

selfi1

ditemani

 

 

 

 

 

 

 

 

 

waris Kamilfaiz5

Kami bersembang tentang arwah dan bagaimana perwatakan arwah yang mesra dan suka membantu dalam kerja-kerja dakwah. Arwah juga sering balik ke rumah pada hujung minggu untuk menjenguk ayah dan bondanya.

Kata Cikgu Mohd Nor “Pada hari cuti, arwah akan balik ke rumah awal-awal pagi lagi tanpa memberitahu apa-apa” tapi sekarang hanya tinggal kenangan.

Sambil bersembang, kami disajikan dengan bihun goreng, buah-buahan dan air jus mangga…Yum,Yum,Yum…

Apabila selesai makan, terus kepada agenda seterusnya….penyampaian cek.

Saya penasihat takaful kepada Arwah Muhammad Kamilfaiz mewakili syarikat takaful Great Eastern Takaful Berhad menyerahkan cek terakhir tuntutan/klaim yang bernilai RM 117, 122.60.

cek 1

Semoga dengan cek ini, dapat melangsaikan hutang arwah jika ada…Banyak kebaikan dan kebajikan boleh dibuat dengan wang sejumlah tersebut..

waris Kamilfaiz

 

waris Kamilfaiz3

Maka dengan ini, bersaksilah bahawa saya Hazly Harun telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh arwah kepada saya.

Diharap segala sumbangan arwah dalam takaful dan sumbangan arwah kepada waris beliau akan dikira sebagai Sedekah Jariah yang amat besar pahala dan kedudukannya di sisi Allah S.W.T.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara

1) Sedekah Jariah

2) Ilmu Yang Memberikan Bermanfaat

3) Anak Yang Soleh Yang Mendoakan

Tidak Rugi Merancang Lebih Awal2

 Bagi anda yang ingin mengikuti kisah sebenar yang berlaku kepada Allahyarham sila klik Tangan Menggeletar, Terima Cek RM 117,122.60Mengejutkan Klien Takafulku Sudah Tiada dan My1st Claim Sejak Bergelar Agen Takaful.

Kami harap, kami dapat bantu lebih ramai individu dan keluarga memiliki takaful..

Supaya anda tak terbeban dengan masalah kewangan apabila ditimpa musibah…

Supaya anda hidup lebih aman dan tenteram.

Hubungi/SMS/Whatsapp/Telegram

012 – 535 84 69 | 012 – 535 84 70

untuk khidmat kami..jangan malu-malu.

SmoothArrow
quotation (1)

cropped-940-x-best-ever321.jpg

By hazlyagensi