Medical Kad Kami Mahal? Betul ke?

 

Assalamualaikum…

Kami menerima maklumbalas  pelanggan yang mengatakan bahawa Medikal Kad Takaful Investment Link kami dikatakan mahal.

Betul Ke Mahal ?

Mahal atau sebab dah ada syarikat lain yang menawarkan harga caruman bulanan yang jauh lebih murah berbanding dengan medical kad kami.

Setahu saya, sejak Great Eastern Takaful ditubuhkan sehingga sekarang, hanya ada sedikit sahaja kenaikkan caj tabarru’ i-medik rider bagi lelaki manakala kenaikkan caj tabarru’ bagi  wanita kelihatan agak ketara.  

Namun, secara keseluruhan kenaikkan tidaklah melampaui batas atau membebankan.

Anda boleh lihat sendiri perbezaan yang ditunjukkan dalam jadual-jadual dibawah sebagai bukti.

tabarrumale 2012

Caj Tabarru’ i-Medik Rider Lelaki – Dulu

tabarrumale2016

Caj Tabarru’ i-Medik Rider Lelaki – Kini

tabarrufemale 2012

Caj Tabarru’ i-Medik Rider Wanita – Dulu

tabarrufemale2016

Caj Tabarru’ i-Medik Rider Wanita – Kini

Jika penilaian anda dari segi harga caruman, Ya saya setuju, Medikal Kad Takaful Investment Link agak mahal.

Tetapi, jika di lihat dari segi benefit atau manfaat, saya rasa manfaat yang diperolehi daripada Medikal Kad Takaful Investment Link lebih menguntungkan dan lebih menyeluruh coverage nya bagi mengelakkan kebocoran wang jika berlaku musibah kepada kita.

Bukankah tujuan kita ambil takaful untuk memindahkan apa-apa risiko musibah yang akan menjelaskan kewangan kita kepada syarikat takaful yang boleh menyerap risiko tersebut dengan jaminan bantuan kewangan kepada peserta takaful dan yang lebih penting ialah medikal kad itu dijamin halal atau patuh syariah oleh Penasihat Syariah syarikat takaful tersebut.

pelanlengkap1

 

Apa Masalahnya Dengan Medical Kad Murah?

Sebelum kita membuat keputusan, hanya kerana harganya murah, tanpa mengambilkira hal-hal lain yang lebih penting lagi, seperti adakah harga carumannya akan kekal murah selama-lamanya.

Dalam hal ini, Anda lebih bijak dan tak mudah ditipu, anda sudah tentu tahu, bahawa setiap 5 tahun akan ada perubahan naik turun harga caruman Medical Kad yang murah ini.

Dalam jangka masa yang panjang, apabila usia semakin tua anda akan terpaksa mencarum dengan jumlah caruman yang tinggi. Betul-betul.

Sedangkan, pada usia sebeginilah kita sepatutnya berjimat, bukannya menanggung perbelanjaan yang tinggi.

Contoh

Katakan, umur anda sekarang, 35 tahun dan caruman medical kad murah hanya RM80 sebulan. Pada umur 60 tahun keatas, ketika anda sudah pencen, sanggupkah anda membayar 4 atau 5 kali ganda daripada harga caruman pada awalnya.

Kita tahu harga caruman tak akan turun, setiap 5 tahun, harga caruman akan semakin meningkat mengikut umur anda.

Ketika umur yang lanjut sebegitu, mungkin kita akan menyesal kerana  medikal kad murah telah menjadi mahal. Tambahan saat ini, anda amat bergantung kepada wang pencen  untuk menyara hidup yang berbaki.

Caruman Medikal Kad Investment Link Harganya Tetap Kekal

Tetapi, berbeza keadaanya jika anda ambil medical kad investment link plan, katakanlah carumannya RM180/monthly. Caruman ini akan sentiasa kekal pada RM180/monthly pada umur anda 60 tahun ke atas.

Jika ditakdirkan umur anda panjang, anda akan dapati harga caruman masih akan  kekal RM180 walaupun sudah banyak kali anda buat klaim, jika ada perubahan pun, mungkin harga caruman akan meningkat 1 kali ganda daripada harga asal.

Selain itu medikal kad investment link ini tidak mudah terbatal atau lapse berbanding medikal kad murah dan jika berlaku cacat kekal atau terkena penyakit kronik, caruman bulanan akan menjadi percuma.

Manakala jika berlaku kemalangan dan kematian, sejumlah wang pampasan akan di hibah kepada keluarga. Ini dapat membantu keluarga untuk survive sementara untuk adjust hidup mereka tanpa pendapatan anda.

Berbalik kepada caruman tadi, bagaimana harga boleh kekal walaupun umur meningkat. Namanya pun investment link, selain dapat perlindungan, simpanan anda setiap bulan akan  dilaburkan dan hasil keuntungan itulah yang digunakan untuk menampung kenaikan harga medical kad. Sebab itulah harga caruman bulanan dapat kekal sustain walaupun umur meningkat.

Malah ada hal yang lebih penting, iaitu caruman atau bayaran bulanan bagi medikal kad murah ialah bayaran hangus ( tiada apa-apa pulangan ). Duit yang anda sangkakan dapat disimpan hasil penjimatan dengan mengambil medical kad murah, juga habis digunakan akibat tekan hidup dan inflasi.

Tetapi dengan Medikal Kad Investmentlink anda dipaksa mendisiplinkan diri dengan mencarum dan menyimpan. Pada usia 60 tahun, anda dapati pulangan iaitu sejumlah wang dapat dikeluarkan daripada akaun takaful. Dengan wang ini dapatlah anda gunakan untuk hari-hari persaraan anda. Best kan.

Maaflah kerana anda terpaksa membaca tulis yang panjang ini. Jadi saya cuba ringkaskan untuk memudahkan anda membuat keputusan.

MEDIKAL KAD MURAH

 MURAH dan premium akan meningkat (Biasanya setiap 5 tahun).

 Bagi Plan takaful keluarga (family plan) , hanya satu PEMEGANG polisi(bapa) untuk COVER semua ahli keluarga termasuk isteri dan anak (Isteri & anak tiada polisi cuma kad hospital sahaja) – Bermakna jika bapa meninggal dunia semua polisi akan terbatal.

 Bagi Plan takaful keluarga (family plan), hanya salah seorang sahaja boleh membuat rawatan dalam satu satu masa. (kalau FOOD POISONING, hanya seorang sahaja dibenarkan masuk PRIVATE Hospital, yang lain pergi GENERAL Hospital) – Bermakna tidak boleh CLAIM serentak untuk semua ahli.

✔ KONTRAK secara tahunan, Caruman tidak terjamin apabila tiba masa nak RENEW. Caruman akan QUOTE ikut usia@kesihatan. Kalau HIGH CLAIM!! COMPANY ada hak untuk tidak menyambung polisi…BAHAYA!!

 BIASANYA tiada CASH VALUE (simpanan jangka masa panjang) – Bermakna premium hangus!

 PEMBAYARAN mesti ON TIME!! Kalau telupa bayar sebulan, tiada perlindungan akan diberikan…BAHAYA!!.

 

MEDIKAL KAD INVESTMENT LINK

✔ Caruman MAHAL sedikit, namun harganya tetap sama, tidak berubah-ubah.

✔ SETIAP orang mempunyai polisi sendiri, JIKA berlaku musibah ibu bapa, Polisi anak akan jadi FREE hingga usia 25 tahun. Begitu juga simpanan pendidikan anak. Polisi isteri juga akan FREE hingga usia 80 tahun – Bermakna FREE Kad Perubatan & simpanan.

 SETIAP orang boleh membuat rawatan secara serentak kerana masing masing mempunyai perlindungan atau polisi sendiri.

 KONTRAK seumur hidup (maksimum 100 tahun), TIADA RENEWAL kontrak setiap tahun – Bermakna sumbangan bulanan anda sama sahaja bila bila walaupun anda pernah buat claim

 ADA PULANGAN CASH VALUE (boleh dikeluarkan)

 Polisi tidak mudah terbatal (lapse). Jika lupa bayar, syarikat takaful akan tolak CASH VALUE mengikut caj caj yang dikenakan.

Kami mohon supaya anda jangan terus membuat keputusan yang kurang bijak tanpa merujuk kepada kedua-dua pihak atau kedua-dua agen terbabit bagi mendapatkan penjelasan sebenar. Agen tidak akan rugi, tetapi anda sebenarnya yang akan merana di kemudian hari.

Jadi, sekarang anda dah tahu kenapa Takaful Plan Medikal Kad Investment Link kami dikatakan mahal. Ianya supaya anda mendapat perlindungan yang komprehensif dengan harga caruman yang tetap demi masa depan anda dan keluarga anda.

By hazlyagensi