Kenapa Tak Berminat Dengan Takaful ?

x-minat 2

Al-Kisah

Agen Takaful Anda : Assalamuaikum Encik, maaf mengganggu Encik dah ada takaful ke?

Encik Tak Berminat : Saya tak berminat la?

Agen Takaful Anda : Encik….Saya tak tanya Encik berminat atau tidak, saya tanya Encik dah ada takaful ke belum?

Encik Tak Berminat : Tak apalah saya memang tak berminat?

Agen Takaful Anda : Boleh saya tahu kenapa Encik tak berminat?

Encik Tak Berminat : Memang saya tak berminat. Ok

Agen Takaful Anda : Okey, kalau tak berminat tak apalah, tapi boleh saya ambil sedikit masa Encik.. Saya janji saya takkan ambil masa yang lama, cuma 3 minit jer…..

Encik Tak Berminat : Ok, cepat sikit, saya dah balik dah nie.

Agen Takaful Anda : Ok, terima kasih Encik, sebelum tu, jemput duduk Encik…Boleh saya tanya nama Encik?..dan…Encik dah berkeluarga ke?

Encik Tak Berminat : Nama saya AA. Saya dah berkahwin dan ada seorang anak.

Agen Takaful Anda : Encik AA, Setuju tak kalau saya katakan, semua orang sayangkan keluarga termasuk Encik AA kan.

Encik Tak Berminat : Mestilah..siapa yang tak sayang keluarga?

Agen Takaful Anda : Encik AA mesti ada ramai kawan rapat yang dah ada keluargakan?

Encik Tak Berminat : Ya, apa kena mengenai mereka dalam hal ini?

Agen Takaful Anda : Apa pendapat Encik AA, jika salah seorang kawan rapat Encik AA tiba-tiba meninggal dunia? Dan Encik AA tahu kawan rapat Encik AA ini mempunyai ramai anak, dan bukan orang yang senang, dan banyak berhutang.

Saya tahu, Encik AA, tentu tak sampai hati melihat kehidupan mereka yang susah kan?.

Mesti Encik AA akan cuba sedaya upaya untuk bantu mereka. Betul kan ?

Encik Tak Berminat : Hmmmm, betul-betul..

Agen Takaful Anda : Kalaulah ada seorang lagi yang prihatin, sama seperti Encik AA, yang sanggup bagi bantuan sara hidup kepada keluarga kawan Encik AA yang susah tadi…Encik AA rasa bagus tak?

Encik Tak Berminat : Kalau betul ada, bagus la.

Agen Takaful Anda : Bagaimana kalau terjadi perkara yang sama kepada keluarga Encik AA, dan orang yang prihatin ini juga, sanggup support kehidupan keluarga Encik AA walaupun Encik AA dah tak ada.

Encik Tak Berminat : Tersentak dan terdiam.

Agen Takaful Anda : Berminatkah Encik AA untuk mengetahui siapakah orang sangat prihatin tu?

Encik Tak Berminat : Sekali lagi terdiam dan berkata awak ke orang yang prihatin tu?

Agen Takaful Anda : Bukan Encik AA…saya nie cuma orang tengah yang akan kenalkan Encik AA kepada orang yang prihatin tu..

Awal-awal tadi saya bertanya Encik AA sudah ada takaful atau belum ?

Encik AA cakap tak berminat kan… Tetapi yang sebenarnya orang yang prihatin itu lah yang Encik AA tak berminat tadi. Iaitu TAKAFUL.

Encik Tak Berminat : Ohhh, ye ke..

Agen Takaful Anda : Sekarang bagaimana? Masih tak berminat dengan TAKAFUL?

Takpalah Encik AA, masa dah hampir 3 minit seperti yang saya janji tadi.

Minta maaf sebab dah bazirkan masa Encik AA , terima kasih kerana sudi mendengar.

By hazlyagensi