Adakah mencarum 6%-10% sudah cukup untuk anda hadapi musibah ???

Menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk mengambil perlindungan takaful sekadar ada sahaja, kata mereka  ‘janji ada’, ‘kalau boleh nak yang murah dengan kadar perlindungan yang tinggi’, ‘ada diskaun ke?’ , ‘ komitmen tinggi la’ , ‘bajet tak cukup la’ dan macam-macam lagi.

Hal tersebut, kira ok lagi, sebab mereka ada kesedaran untuk ambil perlindungan takaful, tetapi disebabkan tidak pernah mengalami musibah, jadi mereka tiada pengalaman dalam membuat keputusan sama ada mencukupi atau tidak.

Disinilah peranan perunding takaful/agen dalam memberikan gambaran keseluruhan fakta dan plan yang sesuai dengan klien dengan mengambilkira pendapatan klien.

pelanlengkap1

Secara kasar, perunding takaful akan mengambil kira, caruman bulanan 6%-10% daripada pendapatan klien, supaya klien mendapatkan perlindungan yang hampir menyeluruh dan tidak membebankan.

Soalan: Kenapa 6% -10% jer?

Jawapan : Jika berlaku, hilang perkerjaan atau hilang sumber pendapatan akibat lumpuh/cacat kekal, terkena 36 penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan sebagainya pada tahap kritikal, kadar/jumlah caruman 6%-10% daripada pendapatan, diperlukan untuk menggantikan sumber pendapatan yang hilang sama ada dengan atau tidak mengambil kira kadar inflasi. Dapatkan Pengiraan Kewangan yang lebih TEPAT disini -> Tools@GreatEasternTakaful 

Sebagai Contoh :

En. Ali seorang pensyarah berumur 38tahun dengan gaji RM5,000 sebulan, telah mencarum dalam plan takaful XYZ dengan caruman bulanan (8% daripada pendapatan RM5,000) RM 400 sebulan .

Contoh plan yang beliau ambil mengandungi:-

1/- Pampasan kematian/lumpuh kekal – RM 300,000

2/- Pampasan 36 jenis penyakit kritikal (Tahap 4) – RM 100,000

3/- Pampasan Kemalangan – RM 115,000

3/- Penggantian pendapatan (income replacement) – RM 40,000 setahun

3/- Waiver – RM 4800 setahun

4/-  Wad RM 200 sehari

5/-  Elaun Harian Wad RM 200 sehari

sara-lapan-anak-1

Katakanlah, jika musibah menimpa En. Ali pada umurnya 50 tahun hingga menyebabkan En. Ali lumpuh/cacat kekal akibat kemalangan jalan raya dan tidak boleh bekerja.

En. Ali bakal dibantu oleh takaful dengan:-

1/- Pampasan lumpuh sebanyak RM 300,000

2/- Pampasan kemalangan RM 115,000

3/- Semua perbelanjaan perubatan ditanggung oleh medical kad.

3/- Medical kad menjadi percuma/tak perlu carum bulan-bulan disebabkan waiver RM4800 setahun tetapi perlindungan masih cover sampai umur 99 tahun.

4/- Setiap bulan En Ali menerima pendapatan/gaji drp takaful sebanyak RM 3,333.33 sebulan atau RM40,000 setahun sebagai ganti rugi hilang punca pendapatan.

5/- Setiap bulan En. Ali telah mencarum sebanyak RM400 sebelum kemalangan. Sejumlah wang daripada caruman itu dilaburkan dan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung simpanan peserta dan boleh dikeluarkan untuk kegunaan En. Ali, dimana selepas 12 tahun mencarum, jumlah simpanan+pelaburan En. Ali mungkin mencecah RM20,000.

Jadi, jumlah keseluruhan pampasan+ simpanan+pelaburan yang En. Ali bakal perolehi ialah

sebanyakRM 835,000. (tidak termasuk elaun harian hospital dan elaun tidak dapat hadir bekerja)

Cuba bandingkan pula, dengan jumlah caruman En. Ali secara bulanan menyimpan dalam takaful iaitu RM400 sebulan dari umur 38 sehingga 50 tahun hanya sebanyak RM57,600.

Persoalan:

Anda rasa berbaloikah En. Ali dapatkan plan takaful XYZ hanya dengan 8% drp pendapatan bulanan beliau?

Adakah anda rasa dengan mencarum 6-10% sudah cukup untuk menghadapi musibah?

Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda untuk memikirkan jawapannya.

Jika anda sudah mempunyai jawapan

Segera Hubungi Kami

0125358469 | 0125358470 

pampasan-takaful1

 

SmoothArrow
quotation (1)
By hazlyagensi