.:: About Me ::.

hazlyfamily1

Assalammualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pengunjung blog. Kesudian anda mengunjungi blog saya, ribuan terima kasih saya ucapkan.

Nama saya Hazly Bin Harun. Saya memerima pendidkan awal dan pertengahan di Kedah dan meneruskan pengajian di Politeknik Muadzam Syah. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t setelah memperolehi pekerjaan tetap saya diberi peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperolehi Ijazah pada tahun 2010.

Saya telah memilih untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Penasihat Risiko dan Kewangan Islam apabila menyedari hakikat kepentingan Pengurusan Kewangan dan Risiko. Betapa ramai daripada rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang gagal merancang kewangan mereka dan amat sukar untuk mempunyai simpanan dan perlindungan kerana bagi mereka di waktu sihat, perlindungan risiko dianggap sebagai satu pembaziran dan tidak melihat kepentingannya sekiranya sesuatu yang terjadi kepada kita.

Disamping mempunyai perniagaan berasaskan internet, saya cuba untuk memaksimumkan penyaluran dan memperkembangkaan maklumat berkenaan kebaikan perlindungan risiko dan perancangan kewangan ini melalui blog dan juga facebook.

Harapan dan doa saya serta sokongan anda semua, agar perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

InsyaAllah.